28
Dec

Tutup Buku 2014 dan Bina Kejayaan Pada Tahun 2015

Assalamualaikum buat para pembaca Blog Hadzrin dot com,

Lagi beberapa hari sahaja kita akan tinggalkan tahun 2014 dan bakal memasuki tahun 2015 yang semakin mencabar baik dari segi ekonomi, emosi , dan keselamatan.

Apa yang belaku pada kita tahun 2014 ini ada yang mencapai kejayaan yang dasyat dan ada yang terjatuh terduduk dengan dasyat. Bukan sahaja kita yang diuji tetapi negara kita diuji dengan kehilangan pesawat , banjir besar di pantai timur dan ekonomi matawang yang jatuh teruk. Ujian besar untuk kita semua.

Pada pendapat saya, kalau kita amalkan apa yang Nabi Muhammad SAW ajar pada kita 1400 tahun dahulu iaitu menyimpan emas sama ada dinnar emas atau apa sahaja asalkan emas. In shaa Allah kita boleh menghadapi pelbagai masalah bagi tahun tahun akan datang dengan tenang.

Tahun depan ni 2015 apa yang anda nak capai yang tahun sebelum ni anda ada tulis sebagai target tetapi tidak dapat ? Mungkin nak kereta idaman…. rumah idaman…. simpanan yang banyak ?

Apa yang saya nak kongsikan di sini, ialah walaupun anda dah capai material tersebut tetapi anda masih lagi belum rasa puas. Contohnya anda nak pakai kereta BMW dan anda dah capai. Tetapi selepas itu anda nak kereta porche pula. Anda nak rumah banglo dan anda dah capai. Tetapi anda nak rumah pent house pula.

Anda nak ada simpanan RM100,000 tetapi selepas itu anda nak ada simpanan RM1 juta pula. Jadi ia akan berterusan sampai selama lamanya selagi anda hidup dan selagi anda ingin kejar material. Bukan maksud saya jangan kejar keduniaan. Kita kejar dunia bukan fokus padanya. Tetapi kita kejar akhirat dan dunia akan ikut.

Sebagai contoh, anda kejar akhirat bagaimana ? Anda kejar untuk mengeluarkan zakat paling banyak dari sebelum ini seperti anda keluarkan RM10,000. Secara automatiknya, hal keduniaan anda dicukupkan. Anda akan capai memakai kereta yang anda impikan dengan cara mudah, anda mampu ada simpanan dan anda mampu tinggal di rumah yang anda impikan.

Apa yang saya kongsikan ini semua adalah apa yang saya sendiri alami sendiri. Contohnya dulu saya minat nak pakai kereta VELLFIRE, Alhamdulillah Allah izinkan saya mamakainya. Nak pakai BMW tanpa perlu risau nak bayar bulanannya. Hari ini Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Bukan nak tunjuk riak tetapi nak tunjuk bukti yang selama ini kita buat banyak kesilapan.

Kesilapan terlalu fokus kejar dunia dan tinggalkan akhirat. Bagi sesiapa yang baca posting ini dan dah tahu kalau tak buat memang spesis manja. Atau spesis OKU. Orang Kurang Usaha. Apa yang dia tahu nak pinjam sahaja. Nak tambah hutang dan bila dah berhutang tak bayar lari.

Meminta dengan manusia lebih susah berbanding meminta dengan Allah tetapi ramai yang tidak guna peluang ini. Lagi banyak kita minta dengan Allah lebih banyak Allah beri. Lebih banyak kita minta dengan manusia lebih meluat manusia itu.

Jadi tahun 2015 ini kita tukar konsep. Tukar cara pemikiran. Tukar perangai kita. Target, apa yang kita nak. Contohnya nak bina masjid… itu memang power. Nak buat bisnes bagi orang Islam makan, itu pun power. Nak banyakkan nilai sedekah…itu setakat paling lemah yang kita boleh buat.

Apa perancangan saya tahun 2015 ? Saya nak menambah ilmu. Pada tahun 2015 ini, saya nak mula sibukkan diri dengan pengajian ilmu. Semoga Allah mudahkan urusan saya. Urusan bisnes saya jalan seperti biasa. Saya ada lagi 4 tahun untuk melengkapkan MISI MID TERM saya. Kali ini, bukan target saya nak kereta, nak rumah, nak harta tetapi upgrade diri. Doakan untuk saya semoga anda juga mendapat apa yang anda impikan. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

hafizah

April 5, 2015 at 1:50 am

Says suka blog anda. Banyak ilmu berguna yg boleh saya pelajari dan jadikan panduan.