09
Nov

Ilmu Dan Amalan

Assalamualaikum WBT.  Saya doakan kesejahteraan buat anda yang sudi menyinggah Blog ini. Sudah hampir 6 tahun Blog ini dikongsikan buat orang ramai. Ia ibarat Diari peribadi saya. Dan sepanjang 6 tahun ini juga saya memperolehi ramai kenalan baru dan juga banyak peluang yang telah dapat dibina.

Baru-baru ini, saya sedang merancang untuk membuka pusat latihan baru untuk menggantikan yang lama. Kira downgrade sedikit. Sebelum ini pejabat saya di tingkat tiga dan yang baru ini tingkat bawah sekali. Jadi orang yang mempunyai masalah sakit lutut atau kaki tidak ada lagi masalah nak datang ke pejabat pusat latihan saya.

Kalau hari biasa anda nak datang, anda boleh mendapatkan rawatan Bekam atau Urut Elektrik. Hanya sebulan sekali sahaja saya buat kursus seperti Kursus Tendai. Hari biasa saya banyak keluar daerah. Sebab itulah blog ini semakin jarang diupdate. Namun saya ikhtiarkan juga agar ia tidak sampai lebih 3 bulan tidak update.

Tentang topik hari ini amat penting saya nak kongsikan dengan anda terutama pada pelajar ahli Tendai tak kira anda ambik pengijazahan dengan sesiapa sekali pun. Tetapi ia bukan juga ditumpukan kepada ahli tendai. Semua perguruan termasuk perguruan seni bela diri juga perlu tahu bagaimana nak peroleh kejayaan dari setiap ilmu yang kita ambil.

Saya juga seperti anda, banyak ilmu yang saya belajar terutama setiap hujung minggu saya akan pergi ke kursus yang dianjurkan oleh orang lain. Apa jua ilmu seperti ilmu LAM JALALA, ilmu PENGERAS TANGAN , ilmu TENDAI , ilmu BUDI SUCI SEJATI , ilmu silat , ilmu agama , ilmu melukis , ilmu matematik semuanya kalau nak berjaya perlu dilakukan AMALAN yang BERTERUSAN.

Ramai yang belajar contohnya selepas belajar mereka perlu mengamalkan selama 30 hari. Dan selesai 30 hari apa yang kebiasaannya mereka akan tanya ialah APA YANG PERLU DIBUAT SETERUSNYA ?

Selepas sesuatu amalan contohnya 30 hari itu dah dilaksanakan, kita perlu amalkannya sepanjang hidup kita. Ibarat kita belajar bawak kereta. Kemudian ambik periksa kereta lepas 3 bulan kita Berjaya Lulus dalam ujian kereta. Adakah selepas itu kita perlu berhenti untuk bawak kereta? Sudah tentu kita akan bawak kereta sepanjang hayat kita.

Ilmu ilmu yang kita belajar akan kekal dalam diri kita tetapi jika kita kurang mengamalkannya , ia tidak cukup kuat untuk digunakan. Kecuali bile berlaku saat darurat atau terdesak, baru tenaga ilmu yang kita belajar itu bangkit.

Ambik contoh orang yang belajar ilmu PENGERAS TANGAN, kalau rajin amalkan selalu amalan pengeras tangan, mereka boleh memecahkan buah keras atau botol kaca dengan mudah. Tetapi jika tidak mengamalkannya, buah itu amat sukar untuk pecah. Tetapi jika saat darurat, pengamal ilmu Pengeras Tangan dapat mengaktifkan tenaga pengeras tangan dan pukulannya kuat seperti penukul. Jangan tanya saya macamana nak belajar ilmu ini sebab saya tidak mengajar. Boleh cari dengan guru lain.

Itu adalah sebagai contoh. Jadi bagaimana jika kita nak mantapkan ilmu yang kita belajar ? Perlu diamalkan sekrang-kurangnya seminggu sekali. Kalau hari hari lebih mantap. Bila mantap barulah banyak berlaku perubahan hidup. Orang yang selalu menggunakan ilmu adalah orang yang selalu merawat orang. Jadi jika nak mantap rawatannya, dia perlu jalani amalan secara kerap.

Jika anda dapat ilmu untuk menaikkan otot, tentu sekali anda perlu pergi ke gym angkat besi secara kerap. Kalau setakat buat 3 ke 4 bulan, ototnya tak mantap. Begitu juga dengan silat, tendangan menjadi padu bila hari hari amalkan tendang guni pasir. Kalau belajar dan tak amalkan, tendangan tidak berapa kuat.

Jadi pesanan ini untuk diri saya sebenarnya, tanamkan niat dan berazam, untuk mantapkan semua ilmu yang kita balajar kita perlu buat amalan paling kurang seminggu sekali. Lagi bagus anda buat satu jadual untuk semua amalan anda supaya anda boleh tetapkan rutin harian anda. Ini yang terbaik.

Mengapa jika anda dah belajar dan anda tidak amalkan apa yang akan berlaku ? Anda akan mengakibatkan sentiasa pergi mencari ilmu lain dan akhir-akhirnya anda pasti sedar yang ilmu yang anda perolehi semua memerlukan amalan yang berterusan.

 

Next Kursus Recharge dan Kursus Pengijazahan Tendai Peringkat Master 30 hb November 2014.

Sila layari website ini untuk daftar : www.KursusTendai.com

 

Sedikit promosi pada minggu depan, saya akan berada di Sabah Kota Kinabalu untuk projek induk saya iaitu EMAS :

Jika ada sesiapa yang berada di Sabah dan nak belajar cara buat duit dari EMAS boleh hubungi saya 0123969746. Hanya 3 hari sahaja di sana.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*