31
Aug

KEKUATAN NIAT

As salam  buat para pelawat Blog ini.

Alhamdulillah, dapat mengambil masa untuk kongsikan pengalaman dan ilmu pada kali ini. Sebelum ini kali terakhir saya update pada sebelum hari raya. Ini sudah nak penghabis raya.

Banyak program yang saya buat secara offline kebelakangan ini. Jadi nak duduk depan komputer amat terhad. In shaa Allah ada rezeki saya beli satu laptop agar mudah nak bawak ke mana-mana.

Topik yang saya nak kongsikan pada kali ini adalah menggunakan kekuatan NIAT. Ramai yang tak yakin dan tidak percaya bahawa sebelum melakukan sesuatu perlu ada NIAT.

Dengan hanya niat kita boleh dapat pahala dan dapat dosa. Contohnya niat nak bangun solat tahajud tetapi kita tidak bangun, Allah tetap bagi pahala untuk kita sebabkan Niat kita sahaja.

Nak jadi Jutawan pun kena ada NIAT. Biasanya rasa nak jadi jutawan tetapi tak ada niat. Senang cerita, NIAT adalah mustahak untuk setiap perkara yang kita nak capai.

Ambik contoh dalam solat, kenapa perlu NIAT contohnya solat di waktu asar, mengapa perlu sebut niat solat asar. Niat nak puasa bulan ramadhan, niat nak puasa sunat. Niat ni umpama apa ?

Niat umpama KUNCI dalam setiap pekerjaan yang kita nak lakukan. Jika tiada kunci, maka pekerjaannya menjadi sukar. Ibarat nak masuk rumah tapi tak ada kunci….jalannya ialah pecahkan rumah atau lompat pagar yang memerlukan kepayahan.

Sekarang ini, cuba kita buat praktikal sedikit :

Di bawah ini, cuba anda tuliskan apa perkara yang anda nak capai :

  1. ……………………………………….
  2. ……………………………………….
  3. ………………………………………
  4. ……………………………………..
  5. ……………………………………….
  6. ……………………………………..
Anda perlu ambik kertas dan tuliskan apa impian, matlamat dan perkerjaan. Selepas anda tuliskannya, sekarang anda NIAT kan pula.
Anda boleh faham apa yang saya nak bagitahu ?
Baiklah,
Saya bagi contoh.
Katakan impian anda nak beli rumah . Anda tulis impian untuk beli rumah itu. Kemudian anda baca impian tersebut lalu anda niatkan : “YA ALLAH YA TUHANKU, AKU NAK BELI RUMAH……….SEMOGA KAU BERIKAN JALAN DAN BERIKAN KEMUDAHAN UNTUK MENCAPAIKANNYA “
Ayat niat ikut ayat anda sendiri. Tak ada ayat format.
Dapat sedikit idea ?
Kalau ada masalah seperti nak selesaikan hutang dan sebagainya, anda boleh gunakan NIAT juga.
Anda nak tahu kenapa ramai yang tak buat benda senang ini ? Sebab ramai yang tak yakin. Ramai yang memilih jalan mudah yang kononnya boleh bantu selesaikan masalah mereka. Sebabnya bila gunakan cara yang saya kongsikan ini, ia bukan berlaku dalam sekelip mata.
Ia PASTI dengan izin Allah akan berlaku bila dalam keadaan kita tidak sedar. Sebagai contoh, anda seorang yang mempunyai masalah hutang. Selepas anda niat nak selesaikan masalah anda, anda lakukan pekerjaan anda seperti biasa.
Dalam perjalanan anda untuk mencapai matlamat anda itu, anda terserempak dengan peluang untuk anda capai target anda. Contohnya anda berjumpa dengan peluang baik.
Anda ambik peluang itu dan dalam masa lebih setahun anda jalankan peluang itu, anda sudah mula membuat duit. Bila anda dah mula buat duit, anda dah boleh selesaikan masalah anda dan mencapai impian lain.
Itu adalah aturan perjalanan setiap orang yang berjaya. Saya belum pernah mendengar kisah hidup orang yang berjaya ni tak pernah lalui hidup susah. Yang sekarang kaya raya kita tak sangka dulu pernah tidur dalam kereta.
Jadi jika sekarang ini anda belum mencapai impian atau matlamat anda, anda boleh mulakan pasang niat.
Sebelum saya nak selesaikan perkongsian saya ini, saya nak buat sedikit kupasan tentang, bagaimana nak capai impian dengan NIAT yang lebih cepat. Sebab ada yang bertanya, tak semua niat berlaku dengan pantas.
Ini dah masuk bab ILMU. Niat dengan ilmu tak sama dengan niat kosong. Jadi bagaimana nak dapat niat yang ada ILMU ? Nak ilmu kena pergi belajar. Pergi ke sekolah. Bayar yuran untuk belajar.
Pada 28 haribulan September ini, saya anjurkan KURSUS TENDAI untuk peringkat MASTER dan bagi alumni boleh datang untuk recharge. Jika anda nak daftar, boleh layari www.KursusTendai.com
Semoga perkongsian hari ini dapat memberi sedikit idea buat anda. NIATKAN apa sahaja asalkan anda tahu apa yang anda nak capai dalam hidup. Sambungan tentang niat ini akan saya buat di post akan datang.
Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

mohamad zahari

September 5, 2014 at 8:24 am

Salam master ,Saya ada niat nk ikut kursus TENDAI.Peringkat MASTER maksut nya ada kursus ASAS ke,adake sy dh 55 thn boleh ikut serta.Kalau ada buat kursus ASAS ,tarikh nya bila master.