26
Jul

Hari Raya Nak Dekat

Assalamualaikum WBT,

Kali terakhir saya update post di webiste ini sebelum puasa. Hari ini nak dekat raya baru berkesempatan untuk kongsi tips dan peluang dalam mengecapi kehiudpan yang bahagia.

Sebenarnya saya sibuk dengan banyak program jamuan buka puasa untuk projek emas saya. Boleh dikatakan setiap minggu outstation. Hari ini disaat orang lan sibuk nak balik kampung saya ambik kesempatan untuk duduk depan komputer dan buat sedikit perkongsian.

Ada satu amalan untuk capai hajat yang saya nak kongsikan dengan anda. Terpulang pada anda nak amalkannya. Pernah suatu hari saya mendapat mesej dari seorang hamba Allah yang saya sendiri tidak kenal.

Mesejnya memberitahu pada saya bahawa dia dan keluarganya memulangkan semula ilmu yang dia belajar dengan saya. Jangan bimbang, ilmu yang saya kongsikan bukan bersifat panas dan ia ilmu yang cenderung ke arah munasabah diri.

Mungkin hamba Allah tu dah terkena pengaruh dengan guru lain atau kenalan yang dia mengamalkan amalan songsang. Bagi saya, jika anda nak amalkan , silakan, Jika tak mahu tak mengapa. Tak perlulah sampai nak pulangkan balik la dan sebagainya. Lainlah kalau pinjam duit tu kena pulangkan balik la ikut nilainya.

Bawah ni adalah amalan yang saya sekarang ini amalkan, dan anda dapat lakukan secara istiqomah, alhamdulillah. Jika berjaya, anda akan cepat perolehi kejayaan in shaa Allah , dunia akhirat.

“AMALAN MENCAPAI IMPIAN DALAM MASA 44 HARI “

Setiap kali selepas solat 5 waktu, baca alfatihah sebanyak 21 kali dan lakukan selama 44 hari.

Jika anda berjaya lakukannya dengan tertib, anda akan diberi peluang kejayaan yang anda impikan. Semoga anda berjaya mengamalkannya. Sebelum itu, saya nak tekankan mengapa surah Alfatihah ? Surah ini surah yang lembut berbanding surah al ikhlas yang merupakan surah yang panas. Maksud panas ialah jika dibaca berulang kali dengan banyak seperti zikir, badan menjadi panas.

Baca surah Alfatihah banyak kali inshaa Allah, tidak panas. Apa yang saya diajar tentang surah al ikhlas ialah, setiap sayap malaikat mempunyai kalimah al ikhlas. Wallahualam.

Anda boleh lihat aktiviti saya bulan Ramadhan penuh dengan acara buka puasa sambil membuat seminar emas. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang program emas yang saya anjurkan ini, bolehlah dapatkan tips percuma dengan klik link ini : www.jutawanemasonline.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*