03
Jun

Ada Orang Yang Dulu Berjaya Sekarang Gagal

 

Salam ceria buat anda yang sentiasa mencari dan menunggu apa yang saya ingin kongsikan di blog ini. Buat masa sekarang ini saya banyak pergi ke luar negara atas urusan perniagaan.

Hari ini lepas buat sedikit senaman melayu tua selama 45 minit, otak mula rasa segar dan menunggu masa untuk ke Johor Bahru, saya cuba untuk luangkan masa membuat sedikit perkongsian disini.

Ada ramai yang keliru tentang blog website saya ini. Ada yang tertanya-tanya, ini website perniagaan ke atau website agama ? Maaf sebab keliru. Sebenarnya saya banyak kali maklumkan di post-post sebelum ini, bahawa website ini bukan webiste agama tetapi website yang menceritakan tentang pengalaman dan proses kehidupan kita.

Semua orang atau agama PASTI akan kembali ke kampung halamannya. Semua manusia akan hilang dimuka bumi ini. Jadi jika di masa hidupnya dia mempunyai hati yang busuk atau dengki dengan orang lain, nauzubillah….semoga sempat kita bertaubat dan dijauhkan sifat itu.

Tajuk post ini adalah perkongsian saya yang saya pernah lalui. Jika dulu anda pernah berjaya dan sekarang anda gagal, itu proses kehidupan. Hidup ibarat roda. Tidak ada yang kekal diatas.

Tinggi macamana takhta sekali pun anda berada diatas muka bumi ini, akhirnya anda akan berada dibawah. Itu proses kehidupan. Jika dulu berjaya dalam perniagaan, sekarang perniagaan jatuh salahb satu  faktor disebabkan kejatuhan adalah trend.

Contohnya dulu orang biasa guna filem Kodak. Sekarang apa jadi pada kodak sejak camera digital diperkenalkan ? Kalau dulu MAS menjadi penerbangan pilihan no satu sekarang sejak banyak syarikat penerbangan yang guna sistem beli tiket online, apa jadi pada MAS ?

Jadi kalau bisnes kita yang berlandaskan keperluan asas seperti beras , ayam , kambing atau senang cerita makanan, itu yaang boleh tahan lama . Kalau bisnes yang ikut trend seperti STD IDD Fon suatu ketika dahulu yang tumbuh bagaikan cendawan, sekarang semua pendatang dari Indonesia, Bangladesh boleh buat panggilan ke keluarga di kampung guna Handfon sahaja.

Bisnes ibarat projek. Projek untuk 5 tahun ke 10 tahun. Lepas dah kumpul dana yang cukup barulah beli tanah dan buat benda yang kita suka seperti bercucuk tanam, buka kandang kuda atau kambing, buka sekolah pondok. Ini sebagai contoh untuk buat gambaran kepada anda.

Kita selalu dalam keadaan takut. Takut tak ada rumah, takut tak ada tabung bersara, takut tak ada kerja, takut tak ada jualan. Tetapi kita lupa yang kalau kita ada rumah sekali pun dan rumah itu belum habis bayar, itu bukan satu penyelesaian pada ketakutan kita.

Anda pasti setuju yang bayar duit rumah di bank lebih tinggi sekarang berbanding sewa rumah. Seperti rumah di Rawang, sewa boleh dapat RM600 sebulan tetapi bayar bank RM2,000.

Kalau dah 10 tahun bayar pun tetapi sangkut 4 bulan, bank dah tampal notis nak lelong. Kalau buat refinance, jawabnya sampai hujung hayat bayar rumah dan belum boleh miliki sepenuhnya.

Sebab itu ramai yang ghairah masa berjaya nak cepat-cepat beli rumah , kereta, pinjaman perabot, dan bila trend bisnes yang dibuat sudah tidak musim, semua hutang pinjaman terhimpit pada diri sendiri.

Jangan bimbang, saya bukan cerita pasal diri anda tetapi saya kongsikan pengalaman saya sendiri. Namun setiap masalah ada jalan keluarnya. Guna kaedah bagaimana ? Adakah guna cara halus ? Cara halus bukan guna khidmat bomoh ya! Itu sangat ditegah.

Bomoh tugas dia untuk merawat penyakit mistik. Bukan pasal bisnes. Merawat pun satu bisnes yang banyak permintaan sebab banyak orang mempunyai masalah emosi yang cenderung ke arah masalah spiritual.

Kalau tanya saya, kenapa tak buat bisnes merawat orang ? Saya lebih suka mengajar orang supaya boleh merawat diri dia sendiri. Kalau nak suruh rawat, saya bagi peluang pada orang lain yang memang fokus untuk merawat.

Memang kerja merawat boleh caj sampai beribu malah puluhan ribu macam hospital caj. Trend sekarang di negara kita tak sampai tahap sama macam negara indonesia. Kalau disana, mereka sanggup gadai tanah, gadai rumah untuk bayar kos rawatan dengan guru spiritual mereka. Disini lebih berpegang kepada bayar ikhlas.

Cara halus yang saya maksudkan untuk berjaya dalam perniagaan ialah , saya mudahkan buat checklist :

  • Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali
  • Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
  • Sedekah ke rumah anak yatim dan tahfiz
  • Jangan kedekut nak belanja makan dengan kawan-kawan. Ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman kejap. Dulu masa saya berjaya di bidang lain dulu memang saya selalu belanja kawan-kawan makan. Alhamdulillah, bila saya jatuh dulu dan tak ada duit, setiap hari dapat  juga makan ayam. Belum sampai tahap makan maggi atau biskut sahaja.
  • Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
  • Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
  • Jangan terlalu nak cepat kaya sebaliknya bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Tetapkan dalam diri untuk kembali berjaya ambik masa 3 tahun ke 5 tahun. Bukan 3 bulan ke 5 bulan.
  • Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan. Jika esok mendapat rezeki, mohon kepada Allah rezeki itu yang diberkati. Ada pepatah mengatakan usaha macamana sekali pun kalau bukan rezeki, ia memang bukan rezeki kita. Tetapi sebenarnya, rezeki itu boleh bertukar haluan. Contohnya ia telah ditetapkan untuk orang lain tetapi bila kita lepas syarat, rezeki tersebut beralih kepada kita. Apa syaratnya ? Buatlah apa yang disenaraikan diatas.

Walau apa pun sahabatku sekalian, jika sekarang ini kita susah, kita belum tahap menghadapi kesusahan zaman perang, zaman dajjal, zaman darurat, zaman kemarau yang tidak ada makanan langsung dan yang ada hanya makanan kita ketika itu adalah zikir.

Sekarang ini kebanyakan makanan kita ada DNA Babi. Apa yang cuba nak di sampaikan ? Mungkinkah kalau banyak sangat makan babi dan doa kita susah nak dimakbulkan dan ketika itu musuh Islam boleh menawan kita ? Doa adalah senjata yang ampuh.

Akhir sekali saya nak kongsikan satu zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita :

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN

Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan inshaa Allah dipermudahkan segala urusan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

hafizah

November 13, 2014 at 12:15 pm

Ape yg saudara list wajar dipraktikkan.