27
May

Tericir 1 dapat 10

Assalamualaikum WBT,

Apa yang saya nak kongsikan pada hari ini ialah tentang bagaimana kita nak atasi masalah mudah putus asa, mudah kecewa dan mudah hilang semangat. Terutama dalam bab bisnes ataupun dalam hal benda yang kita nak capai.

Sebagai contoh kalau kita ada buat bisnes dan kita mengharapkan seseorang itu untuk beli barang kita, dan apa yang berlaku orang itu tidak membeli dengan kita malah siap dia hina atau kondem apa yang kita buat.

Satu contoh kisah seorang kawan saya yang buat Unit Trust dia mempunyai ramai kawan-kawan di sekolah. Dia mengajak kawannya itu untuk menyertai bisnes Unit Trustnya. Faham je lah bila kawan ni, tak semua yang menyokong malah nak mintak belanja atau pow sahaja.

Jadi apa yang berlaku, tak ada seorang kawan dia yang menyertainya. Hari ini, sudah lebih 7 tahudia dalam industri Unit Trust dan sudah ada agensi yang besar. Malah bilangan kawan-kawannya semakin bertambah dan semuanya daripada orang yang dia tidak kenal.

Dia ajak seorang kawan dia tetapi seorang kawan dia yang reject, datang 10 orang kawan yang dia tak kenal dan join dengan dia. Sekarang ni dia menjadi otai dalam bisnes Unit Trust. Cuba kalau dia putus asa masa dia kena reject dengan kawan, sekarang ni mungkin dia masih lagi bekerja di kilang.

Saya bukan cakap kerja kilang tak bagus, tetapi nak bezakan antara keseronokan kerja kilang dan kerja sendiri. Kerja sendiri boleh tentukan masa free dan masa bersama keluarga selain boleh menambahkan pendapatan sesuka hati.

Satu lagi senario tentang topik post ini ialah mengenai kisah seorang sahabat yang ingin membeli kereta. Kawan ni memang minat betul dengan kereta Skyline GTR yang harganya masa tu RM700,000. Dia tak dapat pinjaman untuk kereta tersebut. Apa yang dia buat, dia tunggu sehingga beberapa tahun lagi.

Sekarang harga kereta itu dah menjadi RM250,000 hampir setengah juta kurang berbanding pada 3 tahun lepas dia nak beli. Kalau dia kecewa dengan pinjaman dia tak lepas, sekarang ni dia menanggung hutang yang banyak.

Beli kereta umpama beli besi buruk. Kalau kita nak ada cukup duit dan tak menyusahkan orang lain, kita pakai kereta yang memang kita perlukan contohnya perlu bawak ramai orang, perlu cari satu MPV. Tak perlu nak habiskan duit dengan kereta SPORT.

Melainkan ada duit lebih RM1 juta tak apa pakai kereta sport. Tips untuk hidup tenang ialah kurangkan perbelanjaan komitmen dan banyakkan reserve tabung sesak. Tabung sesak ni ialah duit nyorok. Sorok di akaun bank yang kita jarang guna seperti bank oversea.

Saya tak hebat seperti jutawan di luar sana tetapi sejak saya amalkan buka banyak tabung sorok ni, Alhamdulillah, keperluan semua dilengkapkan. Tak risau kalau tak ada pendapatan atau tak ada bisnes. Saya bukan sorok dalam bank sahaja tetapi sorok di tempat-tempat rahsia.

Hari ini ramai orang tahu, saya buat program emas. Ini pun selagi boleh buat hasil saya teruskan. Tak ada benda yang kekal abadi. Apa yang saya amalkan ialah guna konsep 1 buang datang 10.

Angka tidak menipu dan apa yang berlaku ia benar-benar menjadi apa yang kita tidak terfikirkan. Bayangkan berapa ramai orang yang reject saya dengan program emas yang saya buat ni. Ada yang kata scam , ada yang kata tak sah, ada yang kata haram. Seolah-olah mereka lebih tahu atas rujukan mereka yang terhad.

Saya nak kongsikan satu kisah supaya anda boleh faham dan tangkap apa yang tersirat. Ada seorang prospek yang pada mulanya bersetuju untuk join pakej emas 20 gram. Bila saya follow up tanya dengan dia bila nak join , dia bagitahu dia tak minat sebab takut.

Orang yang takut memang susah nak berjaya. Contohnya takut nak keluar modal dan takut nak beli rumah belum siap. Orang yang berani sahaja yang akan buat kerja gila dan bila semua orang cakap dia gila, dia buat tak peduli sampai dia berjaya baru orang sanjung nak jadi macam dia. Macam Tony Fernandes dulu.

Jadi prospek saya tadi saya reply mesej pada dia dan cakap ” Alhamdulillah, terima kasih sebab tak jadi join.” Prospek itu pelik dan dia fikir seolah-olah saya sindir dia. Dia cakap yang saya tak suka kalau dia join ka ?

Sebenarnya saya dah faham akan patern 1 buang 10 datang. Dah lebih 15 tahun saya tidak bekerja makan gaji dan dah faham benar konsep ini. Sebab itu saya kalau buat apa-apa saya akan teruskan sampai jadi dengan izin Allah.

Tak lama lepas tu, saya mendapat satu panggilan daripada orang yang saya tidak sangka-sangkakan nak minta no akaun saya untuk join pakej 400 gram. Alhamdulillah. Patern ini berlaku lagi sekali. Bayangkan kalau saya terima rejection dengan kecewa mungkin saya akan lemah semangat.

Sebenarnya bila soal bab rezeki ni kita tak boleh nak tentukan sebab semuanya kuasa Allah. Itu semua kerja Allah. Contohnya hari ini, kalau semalam kita fikir nak makan nasik ayam , tetapi bila pergi ke kedai yang tinggal hanya nasik ikan. Maka itulah rezeki kita. Apa yang kita pikir, tak dapat apa yang sebenarnya.

Allah itu Maha Penyayang. Dia bagi apa yang kita nak kalau sentiasa berharap padaNya. Cuba kalau kita selalu berharap pada manusia. Lama-lama manusia itu benci dan meluat. Berbanding Allah, lagi banyak berserah padaNya lagi banyak Dia bagi.

Kita hilang satu, Allah gantikan balik 10 dengan syarat sentiasa bersyukur dan berserah padanya. Antara ilmu yang saya perolhi ini daripada perguruan Tenaga Dalam Ilahi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Norman Zakaria

July 26, 2014 at 11:29 am

Memang betul apa yg dikatakan oleh saudara itu…rejection itu adalah perkara biasa dlm perniagaan…usah hiraukan.Teruskan langkah demi langkah hingga kemercu kejayaan..

Man Ipoh

September 19, 2014 at 3:17 pm

Assalamualaikum, harap apkp jujur berkongsi ilmu. Masalah saya ialah perlu jelaskan pinjaman peribadi dan ansuran kereta. Masalah saya timbul kerana saya sakit selama sebulan dan tiada gaji hendak menjelaskan hutang. Saya harap Master Hadzrin dapat menolong saya.