07
May

Buat Apa Yang Kita Tidak Suka dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Suka

Buat Apa Yang Kita “Tidak Suka” dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita “Suka”

Ayat dekat atas ada sambungannya…

Buat apa yang kita SUKA , kita akan dapat apa yang kita TAK SUKA…

Ramai orang yang keliru dengan kerjaya atau apa yang mereka buat. Ramai yang bertanya kepada saya melalui EMAIL, melalui whatsap, melalui SMS pasal hal mereka. Seingat saya itu pelajaran ilmu hidup .

Kita ada fikiran, kita boleh ambik masa untuk berfikir untuk membentuk diri kita. Kalau kita manja, kita tak kuat dan lemah…susah ¬†untuk kita berjaya.

Biasanya orang keliru dan nak tak tahu apa yang mereka buat sekarang. Contohnya mereka stress dengan kerja. Mereka kalau boleh mencari kerja yang tak stress dan dapat duit banyak.

Ni nak tanya, ada ke kerja yang tak stress dalam dunia ni yang terus dapat duit ? Nak dapat duit free macam BRIM pun kena beratur dan mohon di pejabat pos, LHDN, Bank. Pun stress kena tunggu dan beratur panjang.

Kerja jaga anak-anak stress ? Ni ayat biasa yang dikongsikan kepada saya. Nak berhenti kerja sebab stress dan nak fokus jaga anak-anak. Bila berhenti kerja stress pula nak jaga anak-anak.

Kerja apa lagi cuba kita kupaskan ? Kerja Menteri ? Boss besar ? Pengarah syarikat ?

Ni satu rahsia yang anda wajib tahu. Orang yang dibayar gaji mahal dan dapat pendapatan besar sebab mereka boleh menguruskan stress mereka.

Kalau mereka tak boleh nak settelkan hal kecil, macamana mereka nak bina perniagaan besar atau empayer besar. Kalau setakat kena stress kena marah, sebab tak achieve target itu biasa dan normal. Kalau anda kerja dengan saya dan tak achieve target pun saya Tiaww.

Tengok sendiri anak-anak. Kalau mereka tak lulus periksa pun kita marah. Jadi itulah kehidupan. Sebabnya manusia ni mudah lupa dan manja. Perlu sentiasa beringat.

Orang yang selalu beringat ialah orang yang susah. Dia sentiasa ingat yang dirinya perlu diperbaiki. Sebab itu ramai yang kita lihat, latar belakang orang yang berjaya sekarang adalah orang yang dulu hidupnya susah.

Baiklah , cuba kita perhatikan ayat tajuk post ini betul-betul. Apa makna yang nak disampaikan.

Buat Apa Yang Kita “Tidak Suka” dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita “Suka”

Anda suka nak bangun pagi ? Tak suka kan….tetapi kalau bangun pagi, anda ada banyak masa boleh buat kerja dan rezeki bangun pagi akan sentiasa melekat dengan diri anda.

Anda suka berjumpa orang ? Tak suka kan…tetapi orang yang suka buat bisnes jumpa-jumpa orang, dia senang untuk berjaya berbanding dengan orang yang tak suka jumpa-jumpa orang.

Contohnya orang yang jual insuran, buat Multilevel, buat unit trust….dan apa jua bisnes yang berkaitan dengan jualan. Pendapatannya bergantung pada komisen jualan. Lagi banyak jual barang lagi banyak dapat duit. Bila banyak dapat duit baru dapat beli apa yang kita suka.

Saya sendiri pilih bidang yang orang lain tak suka nak buat. “Aku tak suka apa yang kau buat tapi aku nak jadi macam kau ” ni ayat kawan-kawan bila jumpa. So jawapan nya mustahil. Buat apa yang orang kaya buat, kita akan dapat apa yang orang kaya dapat.

Ada orang tanya saya, dia nak buat bisnes Car Wash. Dia nak berjaya seperti saya. Saya beritahu dia, saya tak buat car wash. Jadi dia perlu cari orang yang berjaya dalam bidang car wash.

Carilah kerja yang anda tak suka nak buat. dan anda akan dapat apa yang anda nakkan dan impikan selama ini.

Ramai orang suka mengaji alQuran atau tidak ? Kalau suka buat setiap hari satu juzuk tak ? Jadi kita tahu, yang kalau baca Al Quran dapat ganjaran besar tetapi tak ramai yang suka.

Mengapa post kali ini stress sedikit untuk dihadamkan ? Supaya kita sedar yang nak berjaya kena PUSH diri kita. Bukan nak jadi manja memanjang. Bukan nak ingat yang nak berjaya perlu buat apa yang kita suka sahaja. Contohnya anda suka tidur, cuba cari apa kerja yang tidur dapat duit ?

Memang ada orang yang tidur dapat duit. tetapi sebelum dia tidur tu, dia dah kerja gila-gila untuk buat duit. Waktu orang lain tidur dia bekerja. Waktu orang lain berseronok, dia stress menguruskan masalah orang lain.

Itu yang bila dia dah dapat apa yang dia nak, dia tidur pun duit masuk. Anda mungkin pernah dapat risalah MLM yang berbunyi ni… Tidur pun dapat duit . Kalau asyik tidur pun stress jugak. Sebab separuh dari kehidupan anda habiskan untuk tidur.

Nak tidur dapat duit contohnya anda dah ada RM10 juta. Simpan dekat Bank Islam dan dapat dividen setiap bulan. Atau beli emas berkilo-kilo dan setiap bulan dapat hasil.

Nak capai tahap tu kena kerja keras, kena kerja stress, kena pusshhh diri sikit. Kerja rajin pasti ada hasil.

Okeylah, saya nak beredar untuk pergi jumpa apoinment dengan pelanggan emas saya. Sehari perlu jumpa sepuluh orang. Macam-macam karenah orang yang dah jumpa.

Tak ada orang yang suka berjumpa dengan karenah orang yang banyak alasannya. Tetapi dah namanya kerja. Kita lalui sahaja dan tanpa disedari, kita akan capai satu tahap yang dulu kita pernah terfikirkan.

Buat apa yang kita tak pernah nak fikirkan , dan kita akan dapat apa yang kita tak pernah nak terfikirkan. Saya sendiri tak terfikir yang nak dapat pendapatan sehari sampai RM20,000.

Apa lagi pendapatan setahun RM1 juta. Tetapi saya ikut sahaja arusnya. Berjaya atau tidak itu kerja Allah. Bukan urusan saya untuk tentukan sama ada saya berjaya atau tidak. Redha sahaja. Kalau berjaya Alhamdulillah.

sponsor dari :

www.JutawanEmasOnline.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

sue

March 22, 2015 at 4:39 pm

Allah beri bila kita minta dan usaha…mg tuan bahagia kerana sentiasa cuba membahagiakan orang lain