12
Feb

Kehebatan Tidak Mengharap

Assalamualaikum WBT buat para pembaca dan pelawat yang luar biasa. Memang betul, yang luar biasa sahaja yang datang mencari perkara-perkara yang luar biasa untuk mendapat hasil yang luar biasa. Nak berjaya kena jadi luar biasa. Orang yang biasa biasa kejayaannya pun hanya biasa biasa sahaja.

Kali ini saya nak kongsikan tentang kehebatan ilmu tidak mengharap. Ia amat mudah tetapi amat sukar nak dipraktikkan. Mengapa ? Sebab setiap kali seseroang melakukan sesuatu dia akan mengharapkan sesuatu. Kebiasaaanya apa akan jadi kalau mengharap ? Kekecewaan melanda.

Harapkan pagar , pagar makan padi. Harapkan kawan, kawan tikam kawan. Harapkan menjadi, tetapi tak jugak jadi. Harapkan harga barang jatuh, ia tetap naik jugak. Jadi apa yang selama ini kita lupa nak harapkan ialah kita lupa nak harapkan mendapat rahmat dan redha Allah.

Ini satu contoh yang baik. Katakan kita nampak sampah depan mata kita lalu kita ambil dan buang. Kita tak harapkan ada orang lain nampak, atau kita tak harapkan dapat elaun tetapi kita harapkan malaikat yang mencatatkan kebaikan di bahu kita mencatat kebaikan kita untuk dijadikan sebagai penghisaban amalan kebaikan diakhirat nanti.

Dalam bidang jualan. Biasanya ramai yang kecewa bila mengharapkan pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang ditawarkan tetapi sebaliknya. Malah ada juga pelanggan yang menghina tentang perniagaan yang dia buat sebagai contoh buat MLM.

Dalam buku mat salleh, tajuknya REJECT ME I LOVE IT, sebagai satu contoh tidak mengharap. YOU SAY NO I SAY NEXT pun satu kaedah untuk tidak mengharap. Kalau mengharap buat anda jadi buat kerja sekerat jalan atau putus asa.

Bila tidak mengharap, anda akan lakukan sesuatu pekerjaan mengikut tempoh yang lama seperti 3 tahun. Biasanya kalau berniaga dah 3 tahun, mesti dah ada kejayaan luar biasa. Kalau tak jadi jutawan pun jadi suku jutawan.

Sebelum ini saya ada kongsikan tajuk Sai’ee. Ia seakan akan sama dengan konsep tidak mengharap. Contohnya buat kerja A dapat rezeki dari kerja B atau rezeki tak disangka-sangka. Tetapi kalau nak mantapkan ilmu tidak mengharapkan ini, ada sesuatu perkara yang anda perlu lakukan dan perlu mantapkan.

Apa yang perlu mantapkan dulu ? SIMPANAN atau bekalan.

Mengapa simpanan atau bekalan penting ? Contohnya anda nak bayar duit kereta dan rumah ni dan tempoh dah dekat. Itu yang buatkan anda terlalu tertekan dan sangat berharap untuk dapat jualan atau bisnes. Bila tak dapat anda rasa takut sebab banyak benda nak kena bayar.

Jadi bila dah ada simpanan dan bekalan cukup, masa itu anda buat kerja dengan tenang dan tidak tertekan. Anda buat kerja sebab itu adalah rutin anda dan bukan berharap. Jangan bagi cerita sedih kata sekarang tak ada simpanan atau tak ada bekalan. Itu adalah kesilapan kita dulu sebab masa tengah ada duit tak beringat ataupun kita kedekut tu yang susah nak ada duit. Kedekut nak bagi sedekah sebaliknya nak minta sedekah dari orang lain.

Setiap orang yang nak bermula pasti melalui liku kesukaran hidup. Dari tak ada duit jadi ada duit dan proses ini mengambil masa dan bukan sekelip mata. Yang sekelip mata bukan tak ada tetapi modalnya besar. Macam kawan saya main foreks sekelip mata duit beranak banyak. Kena tanya dulu pada dia berapa juta dia main foreks. Dan boleh jadi sekelip mata juga jadi kayap.

Pekerjaan saya sendiri banyak buat benda yang saya tak mengharap. Ramai yang tahu, saya buat perniagaan dan pelaburan emas. Ramai yang bertanya-tanya tentang program emas saya tetapi tak juga beli atau join. Yang seronoknya, ramai yang tanya dan tak beli pun setiap bulan jualan emas saya hampir 5 kilogram sebulan.

Tetapi kena ingat, tidak mengharap dan buat kerja. Jangan tidak mengharap tetapi tak buat kerja. Macamana nak dapat hasil kalau tak buat apa-apa.

Akhir sekali, nak tanya kepada anda. Cuba anda lihat diri anda sekarang . Adakah anda dapat juga makan, pakai kereta, duduk dalam rumah walaupun tak ada seorang kawan lama yang bersama anda beli barang dengan anda (kalau anda kerja sebagai jurujual ) atau orang yang mengkritik tentang apa yang anda lakukan menyertai program anda?

Tahukah anda, selama ini anda tidak mengharapkan anda boleh hidup atau makan sampai sekarang tetapi anda sentiasa berada dalam kecukupan. Pernahkah anda berdoa Ya Allah, berikanlah kepadaku oksigen yang cukup, mata yang boleh melihat kebesaranMu. Pernahkah itu dimasukkan dalam doa anda? Anda tidak mengharap itu tetapi itulah yang anda dapat. Sebab Allah Maha Pemberi dan Allah mencukupkan apa yang anda perlukan.

Jika anda masuk lebih dalam lagi apa yang tersirat, rezeki duit semua dari Allah dan bos atau pekerjaan yang bagi anda duit itu hanyalah sebagai perantaraan. Bos anda seperti posmen yang menghantar duit gaji kepada anda. Kalau anda faham maksud ini, mungkin sekarang ini anda tak bekerja dan mulakan perniagaan sebab 9/10 rezeki dari perniagaan dan rezeki itu tentunya Allah yang bagi.

Akhir sekali sebagai penutup perbincangan kali ini :

“Jangan mengharap pada makhluk sebaliknya mengharap pada ALLAH SWT.”

 

Bagi sesiapa yang nek mengikuti Kursus Tendai pada 23hb Februari ini, boleh daftar di link : www.KursusTendai.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*