26
Feb

Berniaga Apa Yang Nabi S.A.W. Syorkan Boleh Jadi Kaya

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menganjurkan kursus Tendai bagi seisi Februari dan 10 ahli Tendai Master baru sudah diijazahkan. Pada hujung minggu ini, saya akan berada di Johor Bahru untuk seisi bersama ahli Tendai di Johor.

Program emas kali ini lebih rancak lagi. Setiap bulan memang ada buat program seminar bagaimana nak menjana kekayaan daripada emas. Ramai yang berminat untuk menghasilkan pendapatan pasif supaya mereka boleh membayar semua perbelanjaan tanpa menggunakan pendapatan tetap mereka ( gaji ).

Lagipun , emas akan sentiasa naik dan tak rugi jika melabur dalam emas. Jika anda berminat untuk tahu berapa keuntungan yang anda boleh buat daripada pelaburan emas ini, anda boleh menghantar email yang saya berikan di akhir post ini.

Tentang tajuk post yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah mengenai peluang yang kita boleh buat untuk menjadi kaya atau menjadi jutawan. Ramai yang bertanya, apa peluang yang mereka boleh dapat untuk menjadi kaya atau keluar dari kesusahan hidup.

Jawapan untuk keluar dari kesusahan ialah berniaga. Dan kalau nak berniaga, perniagaan yang kita boleh lihat ialah perniagaan yang nama selalu syorkan untuk mengamal.

Untuk keterangan lanjut pasal program pelaburan emas, anda boleh emailkan ke : juaramulia@gmail.com atau layari www.JuaraMulia.com

Apa yang selalu NABI S.A.W. suruh amalkan ? Berikut adalah antara peluang yang Nabi S.A.W. pernah pesan:

1) Amalkan ambik madu ~ buka bisnes jual madu. Hari ini, ramai tak orang yang jual maju secara komersial menjadi kaya raya ? Ada seorang yang saya kenal membuat francais madu. Sekarang sudah ada beratus cawangan madunya. Kalau satu cawangan madunya mampu memberinya pendapatan RM1,000 sebulan, kalau ada 100 cawangan pendapatan setiap bulannya ialah RM100,000.

2) Amalkan bekam ~ Anda pernah buat bekam sebelum ini ? Jika tak pernah , anda perlu cuba untuk lakukannya. Sebab Nabi S.A.W. ada memesan, siapa yang mengamalkan bekam boleh terhindar dari 72 jenis penyakit merbahaya seperti kanser, lumpuh, sakit jantung, kerosakan buah pinggang dan lain lagi.

Saya sendiri mempunyai perniagaan bekam. Kalau nak buat secara serius, pasang 10 cawangan bekam dan setiap cawangan boleh hasilkan RM5,000 pendapatan dan jika 10 cawangan dah ada RM50,000. Kalau 20 ? Buat masa ini saya hanya buat bekam secara sambilan dan lebih kepada kegunaan sendiri. Inshaa Allah dalam masa terdekat saya bercadang untuk membuat francais bekam dan madu produk saya sendiri. Rujuk web : www.bekamsufi.blogspot.com

3) simpan Emas dan Perak ~ Inilah amalan yang saya suka buat. Bila dapat duit, saya akan beli emas dan perak untuk simpan bagi jangka masa lama. Jika saya tak membeli barang besar seperti kereta atau rumah, saya akan beli emas. Jika saya tak tahu nak beli apa, saya akan beli emas juga.

Mengapa beli emas untung? Kalau benda lain seperti madu atau ikan, ia ada tarikh luput. Kalau emas tidak ada tarikh luput. Kalau beli kereta ada susut nilai. Kalau emas, harga tetap akan naik.

Sebab itu siapa yang beli dan simpan emas boleh jadi kaya atau jutawan. Jika dulu siapa beli emas 6 kilogram dengan harga 1 kg bersamaan RM20,000 sekarang dengan 6 kilogram nilai emasnya dah jadi RM1 JUTA.

Dalam program pelaburan yang saya buat, kalau beli 2 kilogram, dalam masa 2 tahun nilai dah jadi RM900,000. Jika ada emas dan terlibatkan diri dalam perniagaan emas, orang selalu doakan untuk kita. Orang selalu doakan yang kita ni kaya sebab buat emas.

Doa orang lain penting untuk tingkatkan diri kita. Kalau 40 orang yang cakap kita kaya, termakbul lah jadinya. Anda ingat lagi yang 2 benda saya kongsikan tadi iaitu bisnes madu dan bekam ? Melalui perniagaan pelaburan emas inilah yang saya akan kumpulkan modal untuk buka francais tersebut.

Mengapa saya nak buka perniagaan seperti ini ? Sebab bila buat apa yang Nabi S.A.W. syorkan, kita mengharapkan keberkatan dalam perniagaan.  Selain 3 benda ini, ada banyak lagi contoh :

Amalkan makan kambing. Siapa yang tak suka makan kambing atau dah kena tipu dengan doktor yahudi makan kambing boleh jadi darah tinggi memang rugi.

Memanah, main pedang , berkuda dan berenang. Kalau boleh buat bisnes yang tentang sukan pula, seperti bisnes ini memang boleh kaya juga. Mengapa Nabi suruh berkuda? Kerana akhir zaman nanti kita semua akan naik kuda. Zaman sekarang ni kalau nak naik kuda mahal dan tak boleh. Jadi kenalah beli kereta Ferrari.

Ayuh kita sama-sama renung dan fikirkan apa bisnes yang kita nak buat yang berlandaskan apa yang Nabi pesan. Kita jadikan projektion untuk 5 tahun ini dari sekarang.

Bermula dengan bermain emas, dapat kumpul modal RM2 juta dah boleh mulakan projek Bisnes Nabi. Nak kumpul modal cepat dan besar tentu sekali kena ada platform dan usaha yang betul dan gigih. Inshaa Allah, kalau kita fokus dan berdoa kita akan mendapat apa yang kita impikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azura

April 12, 2015 at 8:05 am

Salam,

Boleh saya dapatkan sedikit informasi mengenai pelaburan emas?

Sekian terima kasih.

harizperodua

April 20, 2015 at 10:10 am

Assalam..boleh tunjuk ajar saya tentang emas dgn bermodalkn paling minima..
trima kasih..

Fitri

May 9, 2015 at 1:33 pm

Jika mahu menyimpan emas, jangan lupa bayar zakat harta daripada emas tu.
Jika tidak mahu membayar, belilah emas yang berbentuk barangan kemas yang dipakai selalu.

Asmidar

December 30, 2015 at 6:55 pm

Nk cuba peluang nie…

khoirur rokhim

October 26, 2016 at 6:15 am

saya perlukan penerangan lenih lanjut.Terima kasih