10
Jan

Setiap Usaha Pasti Dapat Hasil “Konsep Sai’ee”

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah syukur sekarang ini rumah sudah ada line internet jika banding sebelum ini terpaksa menumpang wifi di kedai-kedai yang kadang-kadang bila di kedai idea nak kongsi maklumat terus hilang.

Rumah saya ni asalnya dalam hutan dan kalau lihat di google map pun masih kawasan hutan. Jadi sekarang dah ada unifi senang sikit nak buat kerja. Tetapi bukanlah saya duduk depan komputer berjam-jam buat kerja. Saya jenis yang selalu keluar banyak buat presentasi dan buat kursus seminar.

Pagi-pagi lepas subuh baru ada masa untuk buat kerja -kerja online atau siapkan pesanan produk sebelum staf saya hantar di pejabat pos. Semalam pun baru sahaja pulang dari Pulau Pinang. Ada event seminar di sana.

Gambar di atas tu gambar penyampaian hadiah untuk pemenang bertuah. Ada 15 hamper diberikan. Saja suka suka buat event percuma penerangan tentang program simpanan emas yang boleh buat bayar komitmen bulan-bulan seperti rumah, kereta, yuran sekolah.

Bayangkan kalau boleh beli semua benda daripada keuntungan emas. Duit gaji, duit simpanan tak terusik. Tapi nak dapat tahap macam tu bukan semudah yang disangkakan.

Pilih antara dua ni, nak buat kerja atau keluar modal besar. Kalau ada modal besar beli emas 2 kilogram dalam masa dua tahun dah ada satu juta.  Kalau modal tak berapa besar, buat kerja pun boleh dapat satu juta.

Ini sebenarnya rahsia bagaimana orang kaya bertambah kaya. Sebab itu yang belum kaya takut nak buat sebab dah banyak kali terdengar atau terkena dan dah serik melihat orang-orang lain yang  rugi. Banyak masalah luar sana yang disebabkan dengar cerita orang berbanding sendiri yang alami dan usaha sendiri.

Banyak orang lagi suka memilih kalau peluang itu dah lama contohnya dah 4 tahun dan dah sampai hujung-hujung. Bila dah hujung macam-macam hal boleh berlaku. Yang untung orang yang nampak peluang dan buat awal-awal. Ada juga yang rugi tak untung banyak sebab dapat peluang dan tak buat apa-apa,  Jangan samakan orang yang berusaha dengan orang yang duduk diam.

Jadi hari ini saya nak kongsikan buat anda apa itu konsep Sai’ee. Mungkin sebelum ini saya sudah ada ceritakan tetapi kali ini saya ingin kongsikan mengikut pengalaman yang banyak kali berlaku. Kalau orang tak faham tentang konsep Sai’ee ini tentunya mereka mudah putus asa dan mengalah.

Bukan saya tak ada orang yang mengadu masalah hantar email, katanya dia cepat putus asa dan cepat mengalah. Tetapi cita-cita besar umur 40 nak jadi billionaire. Tak mustahil kalau umur 40 tahun nak jadi Billionaire dengan sifat putus asa dan mudah mengalah ada.

Mana tahu terjatuh dalam lobang yang penuh dengan emas. Sebab rezeki dan kekayaan semua dari kuasa Allah. Jangan tanya saya mana nak cari lobang emas itu. Kalau saya tahu, saya sekarang dah billionaire.

Bunyi macam mengarut sebab kes ni pun macam mengarut, mengalah dan putus asa tetapi nak jadi billionaire. Tak ada dalam senarai hidup orang yang berjaya ada sifat sifat putus asa dan mengalah. Orang yang rajin tak pernah putus asa dan mengalah.

Sebelum nak buat apa-apa tu kena ubah dulu minda dan diri. Buatlah apa peluang baik sekali pun kalau dalaman tak diselaraskan dengan unsur positif, hasilnya tetap jadi negatif. Orang yang positif campak apa sahaja akan jadi positif.

Orang yang negatif seperti ada sifat malas, putus asa, takut, malu, buat apa sahaja jadi negatif. Poket negatif, orang yang jumpa pun negatif, kena tipu, company tutup, …jadi bagaimana nak berjaya dan keluar dari negatif ke positif ?

Jawapannya ialah kena lawan lah jangan nak dilayankan sangat negatif tu. Contohnya kalau kita pening kapala. kalau dilayan pening kepala tu jadi bertambah pening. Cuba lawan.

Okey, mari kita masuk ke topik yang nak saya kongsikan hari ini. Tentang konsep Shai’ee. Pelajaran shai’ee ini bermula dari peristiwa Siti Hajar ingin mencari air untuk anaknya Nabi Ismail yang berlari sejauh 8 kilometer dari Sarfah ke Marwah sebanyak 7 kali.

Sekarang dengan dulu tak sama. Dulu lari-lari atas padang pasir. Sekarang kalau pergi ke kota Mekkah buat Shai’ee dari Sarfah ke Marwah dalam bangunan siap ada air cond lagi. Kalau malas nak berlari boleh upah orang untuk tolak pakai kerusi roda. Saya lihat bukan sahaja untuk orang tua atau orang sakit tapi orang yang sihat pun guna khidmat tu.

Apa yang Allah nak tunjukkan pada hambaNya tentang peristiwa Shai’ee ini ialah, rezeki itu daripada Allah bukan daripada usaha kita. Allah suruh kita berusaha dan lepas berusaha Allah akan bayar apa yang telah kita usahakan. Kenapa begini ?

Contohnya anda seorang ejen insuran takaful. Anda sudah pergi berjumpa dengan ramai kawan-kawan atau kenalan anda untuk ajak beli insuran anda tetapi tak ada seorang kawan pun yang beli dengan anda. Selepas jumpa kawan anda dan mendapat kecewaan, anda secara tak sangka-sangka mendapat rezeki yang tak disangka-sangka.

Rezeki daripada orang yang nak jual rumah dia kepada anda dengan harga murah dan dapat duit lebih daripada pinjaman perumhan itu. Bayangkan, tak ada kena mengena punya hal tetapi itulah kekuasaan Allah yang Allah nak suruh kita fikirkan, bagaimana segala rezeki yang kita perolehi bukan dari usaha kita tetapi daripada Allah.

Saya banyak kali mengalami hal ini dan ternyata segala rezeki yang saya perolehi bukan dari pekerjaan yang saya target. Sebab itu bagus kalau ada banyak lobang buat duit. Sebagai contoh, saya pergi out station untuk dapatkan projek tetapi satu pun tak sangkut. Lepas balik dari out station, entah dari ceruk mana dapat projek yang datangnya dari tempat saya tinggal.

Kalau tak buat seperti pergi out station mungkin tak dapat apa yang dinamakan rezeki. Bukan saya sahaja, tetapi saya lihat rakan-rakan yang lain pun sama. Dan yang paling peliknya ia berlaku dengan pantas (bergantung pada orang).

Contoh lagi seorang kawan saya sama-sama ajak pergi berjumpa dengan seorang Datok untuk proposal projek. Saya dengan dia yang pergi tetapi Dato tu belum membuat keputusan dan tangguh untuk terima projek itu. Kami anggap kalau ada rezeki tak ke mana.

Selang lepas 30 minit, dapat panggilan daripada PA seorang kontraktor, duit dah masuk ke akaun. Dapatlah rezeki hari itu dalam RM4ribu. Benda yang tak terpikir akan dapat. Tapi itulah, dengan syarat kena buat kerja dulu. Kalau ada apoinment dengan siapa-siapa pergi je dulu.

Konsep ini banyak terjadi semasa anda buat bisnes. Tak kisahlah apa jua bisnes. Termasuklah bisnes MLM. Dulu ketika saya menjalankan satu bisnes MLM, saya diminta untuk membuat satu presentasi bisnes yang waktu itu tak ada seorang pun downline saya tetapi downline orang lain.

Selepas saya habis membuat presentasi, saya mendapat satu SMS daripada seorang prospek yang berpangkat sebagai pengurus insuran. Esoknya saya jumpa dia dan dia join bisnes MLM saya ketika itu. Daripada dia sahaja saya mendapat group yang besar. Anda boleh tangkap sikit ideanya ?

Bisnes emas pun sama, banyak dapat daripada projek yang tak disangka-sangka. Kawan-kawan sendiri tak beli pun tetapi ada sahaja yang beli emas dengan saya dan mereka semua bukan yang saya pernah terfikirkan. Itu namanya rezeki dari Allah yang bukan dibawah keupayaan kita untuk fikirkan.

Iklan :

Download Ebook Emas : www.kudaemas.com/download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Adzri

January 17, 2014 at 5:35 pm

Betul tu master…

khasnul akmal

April 24, 2014 at 7:15 pm

Assalamualaikum
Tuan Hazrin aka gaban yang mulia,
aku ex muar kelas sains 10 kalau kau masih ingat lagi.
promoter yang batu apikan ko lawan gusti lengan dengan bob kat dewan makan dulu.

kehkehkeh

Takdir Allah swt aku jumpa blog ko yang terbaik ni. Beberapa tahun dulu kita pernah jumpa, ko ajak join MLM. Aku tak minat, tak sangka skrg ko dah jutawan. SubhanAllah!

Aku ada kat ampang selangor, mungkin kita boleh jumpa. banyak benda aku nak belajar dari ko. Insya Allah…

jangan lupa doakan aku…

Wassalam
Khasnul