19
Jan

Kursus Recharge dan Pengijazahan Tendai Master Januari

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, tahun baru dah mulakan dengan seisi module baru untuk program pembangkitan potensi dalaman melalui program tendai master. Link bagi web kursus di www.KursusTendai.comĀ 

Banyak yang nak dikongsikan tetapi mustahil nak diceritakan dalam blog. Kena datang ke kursus untuk urusan praktikal dan penghanyatan. Bacaan dalam blog sekadar untuk idea dan info sahaja. Untuk pemahaman bagus dapat datang ke kursus.

Semakin lama, diam tak diam, tahun dah bersilih ganti baru. Dalam tak disangka-sangka , saya dah anjurkan kursus tendai hampir 5 tahun. Tiap tiap tahun, ada wajah wajah baru yang nak tingkatkan diri dengan mengambil pengijazahan tendai.

Tendai ini bukan sebagai platform tetapi ia hanyalah program ilmiah untuk olahan potensi diri sendiri. Kalau nak jadi kaya dan berjaya platformnya mestilah ada kerjaya atau bisnes. Ramai yang ada kerjaya dan ada bisnes pun belum tentu boleh berjaya.

Bezanya antara ada belajar ilmu tendai dan tidak belajar ialah, urusan dipermudahkan. Seperti ada kekuatan baru yang menyokong setiap perkara yang nak dilakukan. Sebab itu banyak perkara yang berlaku semuanya dalam keadaan tidak disangka-sangka sama ada bab rezeki, kesihatan, jodoh dan lain-lain.

Sebelum ini saya banyak kali ke luar negara jiran untuk urusan bisnes. Jadi kali ini, saya cuba luangkan masa untuk menganjurkan kursus Tendai pada 26 hb Januari dan in shaa Allah sebulan sekali. Jika di luar daerah, saya akan buat jika permintaan ada lebih dari 10 orang. Kalau seorang bukan kursus tu kira minum teh tarik.

Kalau anda berminat untuk belajar, layari website ini : Khusus untuk Januari : www.KursusTendai.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*