Archive for 2014

28
Dec

Tutup Buku 2014 dan Bina Kejayaan Pada Tahun 2015

Assalamualaikum buat para pembaca Blog Hadzrin dot com,

Lagi beberapa hari sahaja kita akan tinggalkan tahun 2014 dan bakal memasuki tahun 2015 yang semakin mencabar baik dari segi ekonomi, emosi , dan keselamatan.

Apa yang belaku pada kita tahun 2014 ini ada yang mencapai kejayaan yang dasyat dan ada yang terjatuh terduduk dengan dasyat. Bukan sahaja kita yang diuji tetapi negara kita diuji dengan kehilangan pesawat , banjir besar di pantai timur dan ekonomi matawang yang jatuh teruk. Ujian besar untuk kita semua.

Pada pendapat saya, kalau kita amalkan …

Read More

23
Nov

Next Kursus Pengijazahan Tendai 30 hb November 2014

Untuk pendaftaran Kursus Pengijazahan Tendai bagi bulan November pada 30 hb ini, sila SMS Taip : KURSUSTENDAI   ( rapatkan jadi satu perkataan ) hantar ke 0123969746

 

 

Read More

09
Nov

Ilmu Dan Amalan

Assalamualaikum WBT.  Saya doakan kesejahteraan buat anda yang sudi menyinggah Blog ini. Sudah hampir 6 tahun Blog ini dikongsikan buat orang ramai. Ia ibarat Diari peribadi saya. Dan sepanjang 6 tahun ini juga saya memperolehi ramai kenalan baru dan juga banyak peluang yang telah dapat dibina.

Baru-baru ini, saya sedang merancang untuk membuka pusat latihan baru untuk menggantikan yang lama. Kira downgrade sedikit. Sebelum ini pejabat saya di tingkat tiga dan yang baru ini tingkat bawah sekali. Jadi orang yang mempunyai masalah sakit lutut atau …

Read More

02
Oct

Update Aktiviti Bulan September

Assalamualaikum WBT,

Hari ini baru ada kesempatan untuk kongsikan aktiviti sepanjang bulan September. Memang boleh dikatakan jarang duduk depan komputer untuk buat kerja sekarang.

Baru baru ni , saya anjurkan kursus pengijazahan Tendai di rumah. Dah dua bulan tak buat sebab banyak ke luar negari hujung minggu.

Apa yang saya kongsikan semasa kursus ialah ilmu penutup segala ilmu. Bunyi memang dasyat tetapi bila dah tahu , ianya seperti apa yang kita sendiri tahu tanpa kita sedari.

Nak terangkan disini memang mustahil. Jadi kalau ada kesempatan nak datang belajar boleh daftar untuk kursus bulan …

Read More

31
Aug

KEKUATAN NIAT

As salam  buat para pelawat Blog ini.

Alhamdulillah, dapat mengambil masa untuk kongsikan pengalaman dan ilmu pada kali ini. Sebelum ini kali terakhir saya update pada sebelum hari raya. Ini sudah nak penghabis raya.

Banyak program yang saya buat secara offline kebelakangan ini. Jadi nak duduk depan komputer amat terhad. In shaa Allah ada rezeki saya beli satu laptop agar mudah nak bawak ke mana-mana.

Topik yang saya nak kongsikan pada kali ini adalah menggunakan kekuatan NIAT. Ramai yang tak yakin dan tidak percaya bahawa sebelum melakukan sesuatu perlu ada NIAT.

Dengan hanya …

Read More

26
Jul

Hari Raya Nak Dekat

Assalamualaikum WBT,

Kali terakhir saya update post di webiste ini sebelum puasa. Hari ini nak dekat raya baru berkesempatan untuk kongsi tips dan peluang dalam mengecapi kehiudpan yang bahagia.

Sebenarnya saya sibuk dengan banyak program jamuan buka puasa untuk projek emas saya. Boleh dikatakan setiap minggu outstation. Hari ini disaat orang lan sibuk nak balik kampung saya ambik kesempatan untuk duduk depan komputer dan buat sedikit perkongsian.

Ada satu amalan untuk capai hajat yang saya nak kongsikan dengan anda. Terpulang pada anda nak amalkannya. Pernah suatu hari saya mendapat mesej dari …

Read More

29
Jun

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah kita bertemu lagi di bulan Ramadhan pada tahun ini untuk meningkatkan ganjaran pahala diatas setiap amalan kebaikan kita.

Semua kebaikan kita akan digandakan sebanyak 70 kali ganda berbanding beramal di bulan biasa. Sempena bulan yang penuh berkah ini , saya mengingatkan diri saya khusunya untuk menambahkan lagi amalan dan cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Selamat berpuasa dan terima kasih di atas sokongan anda.

 

Read More

03
Jun

Ada Orang Yang Dulu Berjaya Sekarang Gagal

 

Salam ceria buat anda yang sentiasa mencari dan menunggu apa yang saya ingin kongsikan di blog ini. Buat masa sekarang ini saya banyak pergi ke luar negara atas urusan perniagaan.

Hari ini lepas buat sedikit senaman melayu tua selama 45 minit, otak mula rasa segar dan menunggu masa untuk ke Johor Bahru, saya cuba untuk luangkan masa membuat sedikit perkongsian disini.

Ada ramai yang keliru tentang blog website saya ini. Ada yang tertanya-tanya, ini website perniagaan ke atau website agama ? Maaf sebab keliru. Sebenarnya saya banyak kali maklumkan di …

Read More

27
May

Tericir 1 dapat 10

Assalamualaikum WBT,

Apa yang saya nak kongsikan pada hari ini ialah tentang bagaimana kita nak atasi masalah mudah putus asa, mudah kecewa dan mudah hilang semangat. Terutama dalam bab bisnes ataupun dalam hal benda yang kita nak capai.

Sebagai contoh kalau kita ada buat bisnes dan kita mengharapkan seseorang itu untuk beli barang kita, dan apa yang berlaku orang itu tidak membeli dengan kita malah siap dia hina atau kondem apa yang kita buat.

Satu contoh kisah seorang kawan saya yang buat Unit Trust dia mempunyai ramai kawan-kawan di sekolah. Dia mengajak …

Read More

07
May

Buat Apa Yang Kita Tidak Suka dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Suka

Buat Apa Yang Kita “Tidak Suka” dan Kita Akan Dapat Apa Yang Kita “Suka”

Ayat dekat atas ada sambungannya…

Buat apa yang kita SUKA , kita akan dapat apa yang kita TAK SUKA…

Ramai orang yang keliru dengan kerjaya atau apa yang mereka buat. Ramai yang bertanya kepada saya melalui EMAIL, melalui whatsap, melalui SMS pasal hal mereka. Seingat saya itu pelajaran ilmu hidup .

Kita ada fikiran, kita boleh ambik masa untuk berfikir untuk membentuk diri kita. Kalau kita manja, kita tak kuat dan lemah…susah  untuk kita berjaya.

Biasanya orang keliru dan nak …

Read More

06
May

20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan oleh ramai cendikiawan muslim, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. …

Read More

05
May

Rahsia Umur 36 Tahun

Assalamualaikum WBT.

Dah masuk bulan May sekarang ni sehingga saya sendiri lupa dah lama tak update blog ni. Banyak buat event di merata tempat untuk projek emas. Semalam pun baru balik dari Johor Bahru. Kalau nak tahu perkembangan di Johor Bahru boleh lihat di link website : www.JuaraMulia.com

Tajuk atas ni saya pilih sebab saya lihat kebanyakan orang mencapai tahap yang mereka impikan untuk berjaya pada umur 36 tahun. Kalau sudah umur 36 tahun tetapi tidak berjaya bermakna dia tidak pernah nak memikirkan tentangnya bermula pada usia 30 tahun. …

Read More

22
Apr

Gunakan 1 minit setiap hari

 

Assalamualaikum WBT,

Curi masa BUSY kita , dan gunakan masa 1 minit untuk mengingati ALLAH SWT.

Langkah yang PERTAMA (1)

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang FASIH kalimah di atas.

Langkah yang KEDUA (2)

Hayatilah sedalam-dalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Langkah yang KETIGA (3)

Sebarkan Pesanan ini sama ada anda SHARE guna Facebook, Email, Whatsapp dan lain-lain. HASILNYA…..

 

 

Read More

08
Apr

Kumpul Tabung Persaraan RM 1 juta

Assalamualaikum WBT,

Mungkin sebelum ini anda dah banyak kali membaca tentang pentingnya simpanan dalam post-post saya yang sebelum ini. Kenapa simpanan penting ?

Kalau ada simpanan, pendapatan tak ada pun tak mengapa. Tak perlu nak risau untuk cari duit atau cari projek. Dan paling penting sekali, bila ada simpanan tak perlu nak susahkan orang dengan meminjam atau buat kisah sedih.

Persoalannya ialah, macamana nak buat simpanan kalau duit atau pendapatan yang ada tak cukup atau gaji kecil. Sebenarnya simpanan pun perlukan kemahiran. Setiap kali kalau anda dapat duit dan anda belanja …

Read More

02
Apr

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

Dalam hadis disebutkan

“Janganlah kamu minum sambil berdiri”.

Info dari segi kesihatan : Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Read More