20
Dec

Peluang Buat Duit Di Jakarta

Assalamualaikum WBT dan salam ceria.

Alhamdulillah baru selesai pulang dari Jakarta untuk perasmian pejabat Emas baru saya disana. Sambutan di Jakarta tentang program emas yang saya dan team saya buat mendapat sambutan yang sangat positif.

Jika lihat keadaan di Jakarta Indonesia ni memang luar biasa. Bangunannya besar-besar, jalanrayanya sesak dengan kereta-kereta mewah seperti lamborghini dan ferrari, orang-orangnya kalau yang kaya…kaya yang amat dan kalau miskin … miskin sungguh.

Bila melihat negara orang, sekurang-kurangnya kita boleh dapat idea apa yang boleh dibawa ke Malaysia. Orang kata Hujan Emas di tempat orang, Hujan batu di tempat sendiri.

Sebab itu lah bagus buka pejabat emas di negara orang.  Apa yang tidak ada di negara sendiri kita boleh bawa masuk dari luar. Contohnya bisnes pakaian, kain… dekat sana murah.

Ramai yang saya kenal buat bisnes macam ni. Jual beli baju kat luarnegara dan pasarkan di Malaysia.

Kalau saya dah ada kesempatan pun saya akan buat bisnes yang sama. Beli barang di luar dan jual di Malaysia. Boleh katakan jenama terkenal seperti NIKE , ADIDAS dibuat di Jakarta.

Buat masa ini, saya fokuskan pada bisnes emas saya dahulu. Target pun buat untuk 2 tahun sahaja. Lepas itu barulah buat bisnes yang konvensional seperti buka hotel dan kedai runcit.

Saya target bisnes emas yang saya buat ni boleh capai sampai USD10 juta. Inshaa Allah. Mungkin dari situ boleh buat modal apa jua bisnes.

Kalau capai target, mungkin ada rezeki dapat kereta Ferrari free. Nampak gaya kena pakai ilmu Quantum juga untuk merealisasikan impian tersebut disamping banyak buat tarikan energi kekayaan guna TENDAI SUPER.

Apa-apa pun , tahun 2014 bakal muncul dalam hidup kita. Dah tak ada lagi tahun 2013 dan 2012. Apa yang penting sekarang buat perubahan dalam hidup kita.

Jangan sempitkan fikiran. Jika sempit maka sempitlah kehidupan kita dan selalu ada masalah kesempitan wang.

Kalau nak besarkan fikiran, banyakkan pergi melancong ke luar dan lihat peluang yang ada diluar sana apa boleh buat. Kena berani.

Ramai orang yang saya kenal berjaya bila berhijrah dan kembangkan bisnes ke luar negara. Itu jalan terpantas dan selamat. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat saya tetapi itulah hakikatnya.

Baiklah, biar saya kongsikan apa yang saya buat dengan anda peluang emas yang saya bawa. Jika anda berminat, bolehlah anda klik link di bawah :

www.kudaemas.com/download

 


 Klik Link ini : www.KudaEmeas.com/download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Siti

January 2, 2014 at 7:25 am

Salam master,
Saya berminat utk mengikuti seminar kuda emas. Berapa ya yuran di kenakan untuk mengikuti seminar ini? Saya dari Johor Bahru.
Terima kasih..