07
Nov

Setiap Kali Anda Diuji, Itu Proses Peningkatan Diri

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Awal Muharram.

Nampak gayanya blog ini sudah kurang aktif sampai saya tersedar bila ada orang tanya pasal produk disini masih ada dijual lagi atau tidak. Walaupun blog tak aktif update tetapi pesanan produk dari sini hari – hari dan staft saya pun terpaksa minta tambah bekerja.

Baru – baru ini saya dijemput untuk beri seminar tentang menjana kekayaan daripada Emas di Johor Bahru. Yang jemput saya ke sana adalah Ketua Kampung.  Alhamdulillah, respon semuanya positif. Seminar yang saya berikan pun ambik masa 40 minit.

Itulah tunjang perniagaan saya. Yang lain-lain seperti kursus, hasilkan produk sebagai minat dan atas dasar tanggung jawab nak perturunkan ilmu. Dan saya sedar, bila setiap kali saya anjurkan kursus a

tau sampaikan ilmu , ada penambahan ilmu datang ke dalam diri. Sebab itu siapa yang datang ke kursus saya akan perasan yang ilmu disampaikan sebelum ini tak sama dengan sekarang.

Memang betul, banyak kursus-kursus diluar sana yang dianjurkan oleh orang lain cenderung ke arah menjadi Jutawan atau Kaya. Ilmu memang penting tetapi setakat ada ilmu dan taka da platform memang mustahil untuk capai apa yang nak dihajatkan.

Ramai yang beritahu saya mereka dah bersedia untuk menjadi Jutawan dan dah bersedia untuk menjadi kaya sebab ada banyak agenda yang nak dilaksanakan. Secara mentality ya, mungkin sudah bersedia tetapi secara zahir dan batin belum lagi.

Ambik contoh, paling mudah, nak buat RM1 juta tetapi tak sanggup nak keluar modal RM100,000. Itu bererti mentality bersedia tetapi kemampuan belum bersedia. Ada orang keluar modal RM500ribu pun belum tentu jadi jutawan apa lagi yang keluar modal RM1000.

Jadi perjalanan untuk kearah menjadi JUTAWAN atau KAYA perlu dilalui dengan platform yang tepat dan kerja gigih. Dalam masa yang sama ada banyak ujian. Ujian kena tipu, bermusuhan, ujian sakit, ujian duit habis. Kenapa kena ujian ?

Allah sendiri berfirman, : “Kamu tak akan menjadi beriman selagi belum pernah diuji.”

Nak jadi orang yang beriman macam para wali-wali pun ujiannya berat. Sama juga nak jadi jutawan, kaya dan sebagainya.

Nak Berjaya atau nak kaya hati kena kuat. Kalau tak kuat biasanya tak kemana. Sebagai contoh orang yang hatinya kuat ialah dia berani ambik risiko. Macam perompak, berani ambik risiko kena tembak. Nak jadi perompak memang hati kena kuat. Sebab itu kita jangan pandang rendah pada perompak atau penyamun.

Kalau Allah bagi hidayah pada perompak itu untuk bertaubat, mereka akan benar-benar bertaubat kerana hati mereka kuat untuk bertaubat. Bukan orang yang hati kecil yang sentiasa ragu-ragu. Orang yang hati kecik biasanya kalau Berjaya pun pasal nasib baik. Nasib baik sebab dapat duit harta pusaka, dapat bonus, dapat kerja gaji besar.

Hati kuat biasanya berniaga. Ada yang tak tahu berniaga apa tapi nak jadi kaya sanggup buat apa sahaja. Sampai lah jumpa peluang yang serasi dengan dia dan terus Berjaya.

Semua yang saya kongsikan diatas adalah jawapan pada soalan orang ramai yang adakah mereka boleh Berjaya ? Nak menjawab soalan mereka kena tanya balik pada mereka, berapa besar hati mereka ? Hati kecik atau hati kuat ?

Kalau hati kecik nak Berjaya pun boleh. Mudah sahaja. Dengan cara kebanyakan 80% orang yang menyimpan duit untuk hari tua dan dah bersara dengan selesa. Kalau hati kuat, mereka pilih perniagaan yang risiko besar dan kalau jatuh pun jatuh besar.

Saya tak suruh anda pilih bisnes risiko besar sebab nak buktikan yang anda hati besar. Anda perlu sendiri tengok diri anda yang kemampuan anda bagaimana. Setiap orang tahu mengukur kemampuan masing-masing.

Dalam setiap apa yang kita lakukan perlu ada EXIT PLAN (Perancangan akhir). Akhir hidup anda nak jadi apa ? Jadi pemilik rumah sewa sebanyak 50 unit ? Menjadi Pemilik Syarikat ? menjadi  Pelabur Tegar ? menjadi Ahli Sufi atau Guru Agama dan duduk di sekolah pondok ? Itu anda sendiri yang tentukan.

Kejayaan yang sebenar bukan kejayaan sekarang. Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan akhir kehidupan kita. Sebelum kita nak meninggalkan dunia ini, apakah kejayaan yang kita boleh capai untuk bekalan akhirat kita ? Sebab itu penting, kalau berniaga atau cari rezeki mesti pastikan apa yang kita buat itu bukan dari sumber yang haram seperti merompak atau mencuri.

Jika anda dilahirkan miskin, itu bukan salah anda. Tetapi jika anda mati dalam keadaan msikin, itu memang salah anda.

Jika anda berminat untuk dapatkan maklumat tentang program Emas yang boleh memberikan anda keuntungan maksima , sila download link ebook dengan memberikan komen disini alamat email anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

roslan darus

November 8, 2013 at 7:13 am

saya berminat nak tahu berkenaan program emas tuan…blog tuan selalu saya lawati.Banyak menafaat yang saya dapat,terimakasih banyak2.Ilmu yang tuan kongsikan bersama bawa banyak kebaikan untuk dijadikan pedoman.tahniah dan syabas diucapkan.

Noraini

February 7, 2014 at 6:20 pm

Terima kasih atas perkongsian, saya mula berminat dengan perniagaan emas ini selepas sambung belajar , banyak pendedahan yg saya dapat drpd blog Tuan.

JAMIAH

October 21, 2014 at 7:34 am

Assalam, saya secara tak sengaja telah terbuka blog ini ketika mencari fadhilat ayat seribu dinar. Rupanya banyak info yang telah saya perolehi terutama sekali tentang pelaburan emas. Terima kasih tuan, mungkin Allah telah tunjukkan jalan untuk mencari rezeki lebih melalui info dari tuan. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan emas ini…

Norzihan

January 8, 2015 at 1:17 pm

Blog terbaik…saya sangat berminat dengan program emas dan lain-lain program juga.Ilmu yang dikongsikan amat bernilai.
T KASIH