19
Nov

“Saya Layak Untuk Menjadi Jutawan”

Assalamualaikum WBT. Bila and abaca tajuk di atas ni adakah anda pernah berkata dalam diri sendiri atau beritahu pada orang lain ?

Secara teori dan kefahaman diri sendiri macam cantik tetapi hakikat sebenarnya terlalu banyak benda yang nak diusaha dan uruskan.

Sebenarnya ayat di atas dah terlalu ramai yang beritahu kepada saya. Nak jadi Jutawan bukan perkara yang main-main. Benda serius jadi kena buat benda yang serius juga.

Antara alasan-alasan yang buatkan orang beriya iya nak jadi jutawan ialah :

  1. Nak selesaikan masalah diri sendiri dan keluarga
  2. Nak bantu orang lain
  3. Rasa macam berhak jadi jutawan sebab banyak benda dah buat tapi tak Berjaya
  4. Rasa macam ditakdirkan untuk jadi jutawan
  5. Supaya orang pandang hormat atau pandang tinggi
  6. Untuk bukti kepada orang lain yang dia boleh jadi Jutawan
  7. Banyak benda nak beli seperti kereta, rumah, kedai, hotel
  8. Nak melihat dunia
  9. Nak kembangkan pengaruh dan empayer
  10. Nak banyakkan buat amal

….saya bagi 10 sahaja walaupun banyak lagi.

Jutawan ni pada nama memang ramai yang dah capai. Tetapi nak jadi Jutawan yang kekal sebagai Jutawan yang susah sebenarnya.

Maksud Jutawan ni ada yang kata bila dapat pendapatan RM1 juta setahun. Ada yang kata ada simpanan RM1 juta setahun. Dan ada yang kata buat bisnes yang hasilkan jualan RM1 juta setahun.

Percayalah, bila anda dah jadi jutawan, anda masih rasa yang anda belum jutawan. Sebab tak ada istilah kejayaan bila dah sampai tahap jutawan. Jutawan tu sebagai tempat hinggapan sahaja. Orang kata dapat merasa kejap.

Jadi kalau jadi Jutawan pun dikatakan Jutawan hinggapan, apa lagi yang belum jadi jutawan. Bagaimana yang dikatakan Jutawan sampai akhir hayat. Ya bukan selama-lamanya. Sebab kita semua akan mati.

Sebelum cerita tentang Jutawan akhir hayat, saya kongsikan dulu apa tips untuk jadi Jutawan dan tengok berapa kemampuan dan kapasiti yang anda boleh laksanakan.

Saya bagi 3 kategori untuk Jadi Jutawan. Mungkin akan datang kalau ada lebih itu terpulang pada pandangan masing-masing.

Kategori yang pertama : Kategori RAJIN GILE

Yang kategori ni tak ramai boleh buat sebab ni kategori orang yang pelik. Suka buat benda yang orang lain tak buat. Contoh orang lain tak suka buat direct approach dia suka buat. Orang lain tak suka kerja hari Ahad, dia buat kerja hari hari. Orang lain nempak benda tak boleh jalan, dia Nampak benda boleh jalan dan dia usaha dengan rajin sampai jadi.

Yang kategori ini boleh jadi orang itu memang bermula dari kosong tak ada duit atau atau duit sedikit.  Contoh ada orang yang saya kenal asal dulu jual kacang kuda dari meja ke meja dan buka gerai siang malam sehingga sekarang dah ada 3 lot kedai. Nak kenal siapa orangnya ? Tak perlu sebab kalau kenal anda stress tengok kehidupan dia sekarang.

Jangan pasal dia berniaga kacang kuda anda pun nak ikut. Apa yang saya maksudkan disini ialah kategori pertama ialah RAJIN GILE jual apa sahaja boleh jadi duit dan jadi kaya. Itu baru kacang kuda. Apa lagi kalau jual EMAS.

Mungkin ada yang tanya , adakah saya kategori orang macam ini ? Kalau ikut pengalaman, dulu memang saya selalu buat sampailah sekarang ni. Buat apa yang orang lain tak suka buat. Kalau dulu setiap hujung minggu sewaktu di kolej, kawan-kawan pergi main snooker di Bandar, saya bawak beg penuh dengan paket kopi jual rumah ke rumah untuk cari duit.

Kategori Kedua ialah kategori BERTUAH. Bertuah dapat kahwin bini kaya, dapat duit gran, dapat harta pusaka, dapat duit sedekah satu juta, dapat tarik emas alam bunian. Yang kategori ini yang menjadi kegilaan ramai. Tetapi hakikatnya nisbahnya terlalu besar. 1:100-1000.

Daripada berpuluh ribu yang mohon dapatkan geran, hanya 80 syarikat sahaja yang Berjaya. Ni sebagai contoh. Daripada beribu-ribu manusia yang lahir, tak ramai yang lahir dari keturunan raja dan orang kaya. Kategori bertuah ini tetap menjadi Jutawan dan saya tak minat untuk cerita lebih pasal hal ni sebab saya bukan kategori ini.

Kategori yang ketiga ialah kategori 10% – 50%. Apa yang dimaksudkan kategori percentage ni pula ? Kategori ketiga ini paling penting dan walaupun anda berada kategori RAJIN GILE atau BERTUAH, anda suka atau tak suka kena melalui kategori 10%-50% ini.

Untuk memudahkan kefahaman tentang kategori ini, saya bagi satu illustrasi. Jika anda nak beli rumah yang harganya RM100,000, berapa duit muka yang anda kena beri ? Biasanya 20% -30%. Katakan 30% anda kena bagi RM30,000 untuk dapatkan pinjaman rumah yang harga RM100,000 ke RM200,000.

Kalau rumah harga RM1,000,000 berapa pula duit muka ? Ada yang kata, taka da duit muka pun boleh. Memang boleh . Itu pun kalau orang tua kita pemilik bank ataupun dalam bank ada duit sebanyak RM20 juta ke atas. Memang boleh dapat zero duit muka. Tapi kalau takada , kita kena usaha keras lagi.

Katakan 10% RM100,000 duit muka kena bagi bank untuk dapat pinjaman RM1juta. Ini dinamakan realiti kehidupan. Nak dapat sejuta kena bagi 10% atau 50%. Nak beli tanah yang ada potensi jadi RM1juta dalam masa 8 tahun pun kena beli dulu tanah tu katakana harganya sekarang RM190,000 untuk satu ekar.

Jadi, jika anda nak jadi jutawan….katakan anda dah bersedia untuk jadi jutawan dan anda dah layak menjadi jutawan. Adakah anda dah sediakan 10% – 50% daripada RM 1 juta ?

Jika anda sekarang dah ada 30% untuk jadi Jutawan memang senang sangat peluang banyak tersedia untuk anda. Tak perlu melalui kategori pertama dan kedua. Mungkin anda dah kerja lama dan dah dapat banyak duit persaraan, mungkin anda boleh jadikan jutawan dengan sediakan 30%.

Tetapi harus diingatkan, yang ini kena hati-hati. Bukan semua 30% boleh jadikan anda jutawan malah jadikan anda hilang segala-galanya. Kalau saya, saya akan beli emas dan simpan.

Bukan untuk melemahkan anda untuk menjadi Jutawan tetapi untuk kongsikan kepada anda apa persediaan yang perlu dilakukan untuk jadi Jutawan. Pilih kategori mana yang anda selesa. Lepas dah tahu, barulah anda buat planning. Bukan ceritakan pada orang lain atau hebohkan di Wall facebook. Sebaliknya anda perlu ceritakan kepada Pemilik Segala Kekayaan Yang Maha Pemberi Rezeki Ya Razaq.

Semoga perkongsian saya hari ini memberikan anda hala tuju baru untuk anda membina semula kekuatan yang ada dalam diri anda dan bukan anda bergerak seperti roh yang kosong.

P/S: Dapat besarkan anak-anak, dan berikan pendidikan terbaik untuk mereka itu satu rezeki yang belum tentu setiap Jutawan pun ada.

Promosi :

Anda pasti sedar yang orang kaya bertambah kaya dengan membuat pelaburan. Ini salah satu platform untuk anda mencapai objektif sebagai jutawan kerana dari sini telah lahirkan beratus orang jutawan setiap tahun.

untuk Info, sila dapatkan EBOOK di bawah dengan dapatkan link hantar SMS taip : INFO > NAMA  ke 0123969746

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

mohamad

December 22, 2013 at 1:40 am

nak lapuran percuma jutawan pendapatan pasif.

zam

September 3, 2015 at 12:29 am

terima kasih atas ilmu tuan