08
Oct

Bagaimana Rakan atau Saudara Kita Boleh Berjaya Tanpa Kita ?

Tajuk post ini agak sensitive sedikit. Sebab ia berlaku kepada semua orang termasuk diri anda. Sebelum tu saya nak kongsikan kisah seorang sahabat saya yang bertemu dengan kawan lama dia.

Kawan saya ni dah ada 3 branch bisnes dan dah mampu pakai kereta impiannya. Dia ada beritahu pada saya nak ajak kawan lama dia join bisnes dia. Dia bukan buat bisnes MLM. Sebab dah serik katanya.

Jadi dia ajak kawan lama dia jumpa. Yang kawan lamanya memang dari dulu sama sahaja tak berubah. Sentiasa pakai kemas. Pakai kemeja lengan panjang dan seluar slack. Sama macam zaman saya 15 tahun dulu masa jual insuran.

Kawan tu kerja sebagai Financial Planner. Membuat perancangan kewangan untuk pelanggannya. Orang yang kerja macam ini sepatutnya dalam akaun bank atau duit simpanannya perlu ada lebih banyak dari pelanggannya.

Selalunya kalau orang jumpa saya nak bantu urus kewangan saya, pertama sekali saya akan tanyakan buku  akaun bank atau tunjukkan kekuatan diri dia untuk mengurus kewangan.

Sahabat saya ni beriya-iya lah cerita nak ajak join kumpulan dia untuk buat bisnes dengan kawan lamanya. Apa yang berlaku, kawan lamanya reject dan kutuk dia. Katanya apa yang sahabat saya buat ni salah, tak islamik, tak akan bertahan.

Biar banyak rejection atau tentangan yang kawan lamanya bagi tetapi sebenarnya ada satu jawapan tepat kenapa dia reject. Sebabnya dia takada modal nak ikut sekali dan Sahabat saya ni memang tahu dia takada modal cuma dia nak dengar yang kawan tu nak sama-sama Berjaya sahaja. Modal soal ke 100.

Selesai perjumpaan dengan kawan tu, mereka bersurai. Kawan lama tu masih lagi membawa motor kapcai yang bunyi bising 2 blok kedai boleh dengar. Gaya memang smart pakai kemeja lengan panjang. Bukan saya tak pernah macam tu dulu tetapi tahu teknik bagaimana boleh bangkit.

Nak tahu teknik nanti datang kursus saya kongsikan 2 teknik yang power untuk bangkit.

Meluat jugalah sahabat saya yang nak ajak kawannya itu. Saya beritahu pada sahabat saya tu, tak perlu nak risaukan pada orang yang tak nak berubah dan lemah fikiran. Buat penat badan je.

Orang yang lemah fikiran dalam situasi apa ? Anda boleh bezakan antara orang yang dah berjaya punya fikiran dan orang yang belum Berjaya. Kalau orang yang Berjaya dia tahu satu perkara iaitu kerja kuat buat apa sahaja boleh jadi duit dengan izin Allah.

Kalau orng yang lemah fikiran dia akan kondem atau menghina apa yang orang lain buat atau cuba nak memburukkan syarikat atau bisnes orang lain. Nabi SAW pun dah beri amaran. Jangan hina atau kutuk agama lain. Sebab bila kutuk agama lain, orang lain akan kutuk agama kita kembali.

Saya selalu dipanggil untuk berkongsi peluang bisnes orang lain. Lepas saya dengar, saya tak akan cakap yang apa yang mereka buat itu salah atau tak bagus. Tetapi saya selalu pesan , buat apa sahaja kalau rajin dan istiqomah pasti boleh hasilkan duit.

Anda kalau nak buat bisnes atau berniaga kena tahan dari rejection. Kalau orang reject anda Cuma cakap dalam minda anda, “You say No, I say NEXT.” There is no time to worry for the loser… Tak ada masa untuk fikirkan tentang orang yang lemah fikiran.

Kembali ke tajuk post….bagaimana kawan atau saudara kita boleh Berjaya tanpa kita ? Saya dah amalkan dari dulu lagi 2 teknik atau strategi untuk Berjaya dalam apa jua bidang yang saya buat.

Jika sesuatu bisnes atau pekerjaan yang saya buat, saya akan pastikan dua perkara ini saya laksanakan. Ini hanya bahagian kulit. Isinya saya tak akan kupas disini sebab lebih dalam nanti anda pening.

Yang pertama : Selagi satu bisnes atau pekerjaan saya tak buat dengan sungguh sungguh selama setahun saya tak akan berhenti. Ini dinamakan stamina. Stamina kena kuat. Ramai yang baru seminggu atau sebulan dah mengalah atau dah pancit.

Kalau dah tak ada stamina atau taka da semangat macamana orang lain nak ikut anda ?

Yang kedua : Saya akan praktis sebanyak 200 kali. Dulu Graham Bell cipta mentol praktis sebanyak 1000 kali baru lampu dihasilkan. Kalau dia gagal dan putus asa mungkin dunia sekarang pakai lilin lagi.

Dalam bisnes saya, saya akan praktis 200 kali untuk buat presentasi pada bakal prospek tentang idea atau produk saya. Inilah yang buat ramai orang tewas. Baru jumpa seorang dua, dah kecewa dan putus asa.

Ini adalah kulitnya. Isinya anda perlu belajar bagaimana nak ada kekuatan perjuangan untuk anda Berjaya.

Kalau kawan atau saudara anda memegang 2 prinsip ini, nescaya anda dia tinggal sahaja dan tak peduli yang anda suka atau tak suka bila kawan atau saudara anda Berjaya. Waktu raya lah baru ramai orang terasa bahang bila tengok kawan atau saudara balik kampong dengan kereta baru atau buat open house di rumah baru.

Jangan cakap kawan atau saudara nak jadi riak dengan menunjuk kejayaan. Kita tak tahu apa yang mereka dah lakukan sampai Allah izinkan dia berhak untuk Berjaya. Orang yang tak berhak buat apa ? Menunggu masa untuk tepuk tangan bila saudara atau kawannya jatuh dan gagal.

Jika nak tahu apa projek yang sedang giat dijalankan oleh sahabat saya itu boleh Taip SMS hantar INFO  NAMAANDA ASAL ke 0123969746

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Mohd Hazhari

October 8, 2013 at 4:25 am

Terbaikk…..mcm ku kenal org yg di dalam Ini cerita tp d mana ya

safar

October 14, 2013 at 12:59 am

assalamualaikum saya ignin mengetahui dgn lbh lanjut mengenai projek ini…skian terima kasih

rizal

October 18, 2013 at 6:19 am

salam masta,

nak tanya, Graham Bell bukan buat talipon ka? setau saya Thomas Alva Edison buat lampu mentol.

apa pun blog ni best. banyak motivasi.

    masterbloguser

    October 19, 2013 at 1:01 am

    thomas ambik idea geraham