09
Sep

Kursus Quantum Ilahi

Assalamualaikum Wbt

Pada minggu depan saya dan beberapa orang team akan turun ke Selatan untuk anjurkan 2 program iaitu program tendai dan program perniagaan emas.

Sejak lepas raya saya mula aktif buat kursus dan anjurkan seminar tentang peluang hasilkan pendapatan pasif dari emas. Bukanlah emas kepakaran saya tetapi elemen inilah yang penting untuk menarik kekayaan.

Orang yang belajar Tendai majoriti adalah untuk perbaiki keadaan ekonomi mereka atau untuk kesihatan dan kebahagiaan. Sebab itu saya kongsikan platform rahsia kekayaan yang saya telah hasilkan selama ini.

Terpulang kepada yang nak turut serta atau tidak sebab saya tidak memaksa semua yang belajar dengan saya untuk menyertai peluang keemasan dengan saya swbab masing masing mempunyai hala tuju dan kerjaya masing masing.

Ada juga yang bertanya kepada saya…bagaimana mereka boleh jadi seperti saya. Ada yang beritahu nak berniaga buka car wash dan nak berjaya seperti saya juga.

Saya beritahu kepada dia….saya tak berniaga car wash.Memang dulu ada perancangan nak buka car wash biar kereta hari hari bercuci. Tapi komitmen untuk buka car wash tak dapat nak diberikan.

Jadi kalau nak berjaya seperti saya buat apa yang saya buat. Dan sebelum itu saya nak maklumkan bahawa kejayaan tu tak ada penamatnya. Prang yang dah berjaya pun masih berusaha keras lagi. Mereka pun tak tahu yangereka dah berjaya.

Jadi saya ni nak kategori dah berjaya pun saya masih belum nak mengaku lagi. Masih banyak lagi yang belum diselesaikan sebelum ajal sampai. Contohnya hajat nak belajar bahasa arab dan bahasa cina belum terlaksana.

Apa lagi nak ada hotel sendiri. Setakat ada emas berkilo kilo tu dah baratus ribu orang pun ada. Apa yang saya akan kongsikan pada kursus nanti ialah bagaimana kita boleh buat penyelarasan dengan impian impian yang belum dicapai.

Selepas itu saya kongsikan rahsia menjana pendapatan daripada emas pula.

Jika anda berminat bolehlah lihat poster di bawah. Saya buat program ini di Johor Bahru. Malam Jumaat sampai pagi Ahad di Johor Bahru. lokasi akan diberittahu nanti bila dah daftar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*