02
Sep

Kursus dan Program Baru Quantum Master Penyembuhan

Assalamualaikum.
Semalam selesai program jamuan raya dan open house di rumah saya utk ahli tendai pelanggan pelanggan dan bisnes partner.

Saya tak sangka rumah saya jadi sesak dalam rumah. Kalau ada rezeki kena cari rumah yg lebih besar macam dewan. Supaya senang bukan masa raya sahaja orang ramai boleh berkumpul. Kalau nak buat kelas pun boleh.

Kursus yang bakal dilancarkan pada bulan september ini adalah kursus peringkat Master utk Penyembuhan Ilahi Quantum. Antara kelebihan kursus ini ada seperti pada iklan di atas.

Yuran Promosi diberi sebelum ikut pada yuran sebenar seperti dalam iklan. Jika berminat anda berikan email anda dengan menghantar ke innerselfpower@gmail.com.

Ramai yang bertanya bila ada anjurkan kursus lagi lepas raya ni. Apa apa info saya akan updatekan di www.kursustendai.com. Website satu lagi pun boleh lihat ada banyak program peningkatan diri yang anda boleh ikuti di www.mykursus.com

Satu tips yang saya ingin kongsikan pada post ini buat anda tentang cara menggunakan niat untuk mencapai impian. Contohnya anda pergi ke kedai mamak membuat pesanan roti canai.

Anda tidak hanya duduk dan menjerit Aku nak makan roti canai sebaliknya anda panggil mamak di kedai itu untuk dapatkan anda roti canai.

Serupa dengan anda nak dapatkan rezeki atau impian. Anda perlu tahu siapa yang menjadi perantaraan antara rezeki atau impian.

Bila anda dah tahu….anda lihat perjalanan hidup anda menjadi teratur dan mudah. Anda berdoa kepada Allah dan doa anda tak sampai anda perlu tahu mana silapnya. Bukan bererti doa saya makbul tetapi saya faham dan bila saya faham saya istiqomah serta bersabar.

InsyaAllah ada rezeki saya akan kongsikan kepada peserta peserta kursus kerana penerangan ini perlu berhati hati dan bukan sekadar membuat penulisan di sini. Ia perlu dihuraikan perjalanan setiap hasil.

Nanti nantikan post akan datang di mana saya mungkin akan buka sedikit sedikit rahsia potensi manusia yang Allah SWT dah berikan pada setiap hambanya yang tudak kurang dan tidak lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*