10
May

Upgrade Diri Dengan Ilmu

Apa kaitan gambar di atas dengan tajuk post kali ni ? Tak ada apa-apa sebenarnya. Peristiwa gambar di atas sebenarnya saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang motorsikal yang saya ingin beli dan buat test drive.

Jika anda lihat motorsikal tu berapa agak-agak harga dan usianya ?

Nampak memang tak cantik atau menyengat tetapi harganya RM38,000 dan usianya adalah motorsikal baru. Bukan 3o tahun atau lebih. Walaupun nampak macam itu tetapi bak kata pemilik-pemilik motor seperti ini cakap :

“Kalau semua orang pakai motor ini, kedai motor semuanya tutup bankrap. Sebabnya motor ini tak ada masalah rosak dan tahan lasak.”

Bawak motor ini pun santai, relaks dan amat sesuai bawak di kawasan bandar. Bagus motor ni lasak, dan dah sampai ke puncak himalaya. Kalau pakai motor ni, memang tak tukar motor lain. Sebabnya, nanti bila dah tua pun masih sesuai bawak motor ni. Motor yang tak makan zaman.

Nak tahu lebih lanjut pasal motor ni, tengok laman web ni… http://royalenfield.com

Sebut tentang zaman, sekarang ni zaman orang berlumba-lumba nak upgrade diri. Zaman handset yang bertukar teknologi dengan pantas. Siapa sangka Nokia pun boleh bungkus yang suatu ketika dulu sangat gah kini dikalahkan dengan jenama lain yang menggunakan smartphone.

Begitu juga manusia, perlu berlumba-lumba upgrade software dalam diri. Hardware memang tak boleh nak tukar. Kalau dulu lahir sebagai orang melayu, memang tak boleh nak tukar jadi orang cina atau india. Dah memang hardwarenya melayu. Softwarenya sahaja yang boleh upgrade. Tak kan sampai selama-lamanya masih Pantiam 1, 2 , 3, 4…

Persoalan-persoalan manusia zaman sekarang :

  • Bagaimana nak melunaskan hutang
  • Bagaimana nak jadi kaya atau jutawan
  • Macamana nak keluar dari kesusahan
  • Kenapa Anak Degil
  • Kenapa Tak lulus periksa
  • Kenapa hati tak tenang
  • Kenapa Banyak Masalah
  • Kenapa Selalu kena tipu
  • Bagaimana nak majukan bisnes…

…dan banyak lagi soalan-soalan orang yang menghantar email bertanyakan itu dan ini. Soalan-soalan ini bukan sahaja orang lain yang bertanya tetaoi itu jugalah yang dulu saya tanya pada diri saya.

Jawapan pada setiap soalan adalah pergi belajar. Saya dulu juga melalui proses yang sama iaitu belajar. Contohnya saya nak berniaga bermain emas saya pergi belajar dahulu. Bukan saya beli emas dahulu.

Maksudnya dengan ada ilmu boleh beli emas. Belajar ilmu mengenali diri dan potensi diri juga salah satu untuk dapatkan jawapan pada persoalan-persoalan di atas.

Untuk menghasilkan buah yang sedap bukan daripada memperbaiki dahannya, daunnya, batang pokoknya. Tetapi perlu gantikan bajanya dan bajanya adalah daripada dalam…(dalam tanah).

Begitu juga setiap yang berlaku diluar kita seperti duit, simpanan, keluarga, harta, pergaulan…semuanya berpunca dari dalaman kita. Bukan majikan kita, kerajaan kita, bisnes kita.

Untuk perbaiki dalaman itu adakah dengan datang kursus boleh berlaku ? Sebelum menjawab soalan ini, berapa kuat anda ingin berubah ?

Perubahan bukan bergantung pada duit sahaja tetapi keinginan dan kesanggupan anda untuk berubah. Contoh orang nak jadi kaya sanggup keluar modal masuk skim cepat kaya sebab tak ada keinginan untuk bekerja keras. Nak jalan mudah.

Jadi apa faedah datang kursus kalau tak ada jalan mudah? Datang kursus akan memudahkan proses bukan ambik jalan mudah lepas datang kursus tunggu duit jatuh dari langit.

Ramai testimoni kejayaan peserta kursus yang datang dan gunakan ilmu yang dipelajari mendapat macam-macam. Jadi anda jika tidak mahu berubah itu hak anda. Anda boleh cuba cari jawapan dengan bertanya sana sini apa masalah-masalah diatas sampai bila-bila. Akhir sekali anda akan kecewa kerana tidak jumpa jawapannya.

Jika nak jawapan pada sebarang permasalahan itu, daftar ke www.KursusTendai.com dan syarat untuk datang belajar mahar perlu disediakan sebagaimana dahulu nak belajar di sekolah dan universiti perlu bayar yuran. Anda dan saya dulu tiada beza. Cuma bezanya saya belajar awal sahaja. Dulu saya juga bayar mahar untuk belajar. Tak ada guna kabel.

Lepas bayar yuran ilmu yang dapat baru berkat dan direstui baru boleh dapat macam-macam bila guna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*