15
May

Trend Perniagaan Pilihan Sekarang

Assalamualaikum WBT,

Sekarang ni saya sedang sibuk menyiapkan 3 buah buku yang akan diterbitkan di kedai-kedai buku inshaa Allah. Buku itu sudah tentu akan bincangkan tentang topik yang saya suka nak kongsikan. Banyak peluang dan menjawab persoalan kenapa peluang tak menjadi.

Setiap hari kita berdoa agar dapat ilmu baru supaya kita boleh gunakan ilmu itu atau kita boleh kongsikan ilmu untuk kebaikan orang lain. Setiap minggu saya akan menghabiskan masa untuk pergi belajar dan ilmu yang saya belajar itu bukan ilmu free atau murah. Ilmu itu pun ada yang tak ada dalam bidang saya.

Bukan pasal saya minat belajar tetapi disebabkan perlu belajar. Tak belajar jadiklah orang yang sama tak ada perubahan baik pada diri sendiri atau kehidupan kerjaya.

Bukan bererti bila ada ilmu dah kira berjaya tetapi ilmu ini sebagai kejayaan untuk membuat sesuatu peluang atau perniagaan. Ada orang bertanya pada saya, macamana nak berjaya dalam pelaburan. Jawapannya kena ada ilmu. Kalau tak ada ilmu tapi pergi melabur jawabnya seperti pergi berjudi. Nak melabur ilmu penting.

Contoh nak beli hartanah, beli rumah di kawasan tak ada pembangunan sebab ilmu tak ada. Itu yang orang lain main hartanah, anda main hartanah juga tetapi anda rugi. Sama macam beli dengan pemaju yang tak kukuh. Akhirnya berhutang dengan bank walaupun pemaju dah cabut.

Sebenarnya bila ada ilmu, sekurang-kurangnya anda nampak jalan. Tak meraba-raba cari arah. Apa ilmu yang saya gunakan dalam perniagaan saya ialah ia memudahkan urusan saya.

Saya ambik contoh mudah tentang risalah. Jika dulu masa zaman aktif orang edar risalah, saya juga edar risalah. Orang lain edar sampai beribu keping. Saya edar cuma satu helai risalah sahaja.

Orang lain tak dapat respond risalah mereka tetapi saya yang satu helai itu yang dapat pembeli. Itu contoh maksud menggunakan ilmu dalam bab berurusan.

Seorang lagi perkongsian daripada Ahli dalam kumpulan saya, menggunakan ilmu untuk mendapatkan tender projek sediakan makanan di sekolah Asrama yang nilainya RM2 juta untuk 2 tahun.

Anda tentu tahu bukan senang nak dapat tawaran sediakan makanan di asrama. Kalau dapat memang kaya sehari RM6,000 jualan. Ada juga seorang kontraktor berbelanjakan RM50,000 untuk beli borang tender sahaja. Jika anda baru nak bermula dan anda nak bersaedng dengan orang itu memang payah nak menang tender.

Orang itu hantar sampai 100 syarikat. Anda hantar satu sahaja. Jurang yang besar. Apa yang kenalan saya buat ialah dia menggunakan teknik untuk tendernya menang. Teknik itu tentu sekali bukan percuma dan tidak ada kompromi untuk belajar dulu menang tender baru bayar.

Jadi sekarang anda faham? Bagaimana nak menggunakan ilmu dalam bab urusaniaga ? Bukan semestinya belajar ilmu untuk jadi bomoh atau pawang atau tukang urut. Anda belajar ilmu sebenarnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sekarang mari kita lihat peluang perniagaan apa yang menjadi pilihan sekarang. Jika ada terjumpa peluang itu, anda buat atau ambik sebab sekarang ini terlalu banyak perniagaan yang tidak lurus.

Yang paling penting, trend perniagaan yang dapat beri ramai orang perkhidmatan atau barang. Jika anda nak kaya, angka memainkan peranan. Bagaimana boleh kaya jika tak kira berapa ramai pelanggan ?  Nak ramai pelanggan, apa pula benda yang anda boleh kongsikan ?

Saya ambik contoh, jika anda seorang ejen insuran, anda tentu kaya bila pelanggan dah ada 400 ke 900 pelanggan. Jika ada 10 orang sahaja, itu tak cukup makan. Bukan semua orang mampu jadi ejen insuran yang bertahan lama.

Anda lihat pasaraya Mydin. Berapa ramai orang yang mendapat faedah dari syarikat itu baik pekerja atau pelanggan. Sebab itu mamak mydin kaya raya.

Nak buka Mydin, modal besar ? Owner Mydin asalnya dulu ambik barang dari sempadan Thailand naik kereta sahaja. Bermula dari bawah.

Modal yang berkemampuan. Anda cari peluang perniagaan yang modalnya tak besar sangat sampai kena pinjam. Ada orang yang saya kenal bermula dengan modal tak sampai RM1,000 dah boleh hidup mewah. Bermula dengan modal rendah. Tetapi jika anda merancang nak mula dengan modal RM500,000 seperti buka franchise PAPARICH, itu hak anda.

Kos pemasaran yang tidak membebankan. Baru-baru ini , saya jumpa taukey kilang jus. Dia baru belanja RM220,000 untuk buat iklan di TV3. Sudah 2 minggu iklan dia disiarkan yang iklannya dalam 15 saat sahaja. Kesan dan hasil iklannya ? Mengecewakan katanya.

Kemungkinan yang berlaku ialah, mungkin orang dah boikot tak tengok TV3 dan kedua, orang bukan tengok iklan untuk terus beli tetapi nak masukkan dalam minda jenama barangnya.

Saya sampai sekarang kalau isteri suruh beli lampin anak dia akan kata beli pampers tetapi saya beli jenama lain contohnya huggies. Nampak tak ? Jenama pampers dah jadi melekat dalam kepala kita walaupun beli jenama lain. Serupa seperti colgate. Bila beli ubat gigi beli jenama Safi tapi dipesan suruh beli colgate.

Anda sanggup keluar duit banyak tu untuk buat pengiklanan ? Nampak tak cara orang nak jadi jutawan? Keluar beratus ribu belum tentu berjaya. Inikan pula orang yang malas berniaga dan masuk skim untuk jadi jutawan.

Secara kesimpulannya….jika anda nak berniaga dan nak cari trend apa yang terbaik ialah anda lihat orang-orang yang dah berjaya. Saya ambik contoh orang yang berjaya seperti Bill Gates, dia pernah kata , kalau nak kaya dengan luar biasa, lihat 2 faktor ini :

1) Buat duit seperti kepantasan cahaya. Bill Gates kekayaannya setiap 4 saat USD 1 juta. Kita 4 saat berapa duit dapat ?

2) Buat duit bukan hanya secara Local tetapi Global. Anda boleh bina kekayaan satu dunia. Mengapa ? Cuba anda lihat, angka rakyat Malaysia adalah 27 juta. Angka rakyat seluruh dunia, 90 billion.

Anda mungkin tertanya-tanya pada saya, apa perniagaan yang saya sedang usahakan ? Buat masa sekarang ini, saya tidak perlu nak kongsikan di Malaysia. Saya sedang lihat perkembangannya bermula dari negara Brunei. Selepas Brunei saya bercadang untuk kembangkan di Vietnam. Akhir sekali baru Malaysia.

Mengapa saya tidak terus bermula di Malaysia ? Matawang. Sudah tentu duit sana besar. Itulah kelebihan buat kerja di Malaysia tetapi dapat duit dari luar tak perlu nak keluar Malaysia. Buat kerja di mana ? Kedai Mak.

Kalau selalu makan kedai mamak lama-lama mamak tu jadi mak kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Siti Zuraidah

August 6, 2014 at 9:31 am

bagaimana nk memilih produk apa yg konsisten customer nk beli, dan macamana nk perniagaan berterusan
-sy memang nk menimba ilmu dari segi barang apa yg sesuai, sebelum ni sy menjual mengikut musim cth hari raya yg baru beberapa hari lps sy jual biskut raya, tudung, produk2 tu sy bntu kwn2 jer,, tp masa sy berkerja pun memang cenderung kepada bisnes kecik2, itu sebabnye sy memang berhasrat nk berniaga menggunakan online atau face to face, saya juga nak menjadi peniaga yg berilmu, harap dapat kongsi ilmu yg bersesuaian, ,terima kasih,