03
May

Rahsia Terbongkar Restoran Mamak Berjaya

Assalamualaikum WBT,

Salam Jumaat dan salam ceria buat para pembaca Hadzrin.com. Bahang pilihanraya semakin hangat tinggal lagi 2 hari nak hari mengundi. Ramai yang tertanya tanya, siapa yang akan mentadbir.

Siapa yang mentadbir tu bagi setengah pihak tidak menjadi isu pun. Hari ini saya ingin kongsikan satu rahsia kejayaan restoran mamak yang berjaya. Bukan tak ada restoran mamak yang tak berjaya. Yang itu pun banyak.

Ni saya nak ceritakan kedai mamak yang berjaya untuk dijadikan sebagai idea untuk sesiapa yang berminat nak buka restoran seperti kedai mamak.

Mungkin ada yang terfikir, ini tektik kotor yang dilakukan oleh kedai kedai mamak yang berjaya. Jangan cari kesilapan orang dan rasa diri anda sahaja yang betul. Lihat bagaimana kedai makan mamak boleh cepat naik dan cepat berjaya.

Sebelum itu nak tanya pada anda, rasa-rasanya bagaimana kedai mamak boleh berjaya ?

Pasal pekerja-pekerjannya rajin ka ? Pasal mamak jual murah ke ? Pasal mamak terletak kat kedai tepi ke ? Pasal mamak buka 24 jam ke ? Pasal mamak servisnya pantas ka ?

Itu semua antara kejayaan mamak yang kita boleh nampak dan terfikir tetapi ada satu rahsia besar yang mata zahir kita tak nampak. Bukan guna pelaris atau guna jin! Ini saya bongkarkan rahsia nya….

Ingat, jangan lihat ini sebagai tektik kotor tetapi lihat sebagai peluang muafakat dan bekerjasama (teamwork). Dalam bisnes bukan sahaja kedai makan, jika amalkan seperti yang kedai mamak ini, pastinya bisnes maju serta merta.

Apa nama kedai mamak yang popular dan anda tahu yang ramai orang makan ? Kenapa ramai orang makan dekat kedai makan itu ? Faktor paling penting ialah suasana kedai mamak yang besar dan terang dan bersih jadi faktor orang suka datang.

Kedai mamak yang berjaya dan maju biasanya boleh muat 500 orang dalam satu masa. Bayangkan jika satu seisi seorang makan RM10 bererti RM5000 setiap 30 minit duit pelanggan mereka terima. Purata satu kedai mamak yang berjaya boleh buat sales RM50,000.

Sebelum kedai mamak membuka restoran mereka , kos renovation kedai biasanya beratus ribu. Ambik contoh restoran mamak yang popular di serdang ini kos renovationnya adalah RM700,000. Berdasarkan sumber dari kontraktor yang dapat tender ubahsuai kedai tersebut.

Dengan modal kos renovation kedai mamak RM700,000 itu , rasa-rasanya berapa modal yang dikeluarkan oleh taukey kedai mamak tersebut ?

Anda percaya atau tidak, mungkin boleh jadi taukey tak keluar modal pun. Boleh percaya ? Saya tak cakap itu benar tetapi saya cakap BOLEH JADI.

Macam mana bvoleh jadi ? Bayangkan kedai mamak yang berjaya sehari jualan mereka RM50,000. Anda tak terfikir, sehari kos belanja bahan mentah berapa banyak digunakan ?

Anda tak rasa yang berapa ramai peniaga-peniaga bahan mentah seperti peniaga sayur, peniaga telur, peniaga susu, peniaga tepung, peniaga gula, peniaga ais dan banyak lagi tak datang nak melobi kedai mamak tu ?

Katakan modal renovate kedai mamak itu RM700,000. Bayangkan jika taukey pembekal sayur melobi bagi modal RM50,000, taukey pembekal telur bagi RM50,000, taukey daging bagi RM50,000, taukey ayam bagi RM50,000, teukey ais…taukey tepung, taukey limau, taukey terung, taukey milo, taukey rokok…memang banyak taukey-taukey nak melobi kedai mamak itu untuk dapatkan kontrak contohnya 3 tahun kontrak.

Jadi bayangkan , berapa modal yang taukey kedai mamak perlu keluar untuk cantikkan kedai dia ? Anda sendiri fikirkan. Tetapi untuk dapat kelebihan macam itu bukan semua kedai mamak yang dapat. Kedai mamak yang ada nama sahaja dan popular.

Macamana nak jadi kedai mamak yang ada nama dan popular ? Kena ada sekurang-kurangnya 3 cawangan baru dikira popular. Kalau yang tak popular mungkin dapat sponsor pun tak banyak. Mungkin RM5000 atau seribu dari setiap pembekal.

Sebab itu, setiap perniagaan perlu buat sampai jadi popular. Bila dah popular baru dapat backup. Begitu juga sistem pinjaman sekarang. Sebelum mereka nak bagi duit, mereka suruh kita jalankan dulu bisnes lepas itu baru mereka bagi duit.

Anda dapat lihat mana datangnya muafakat dan kerjasama yang dilakukan oleh kedai mamak yang berjaya ? Seperti yang saya beritahu awal tadi, jangan lihat ini sebagai tektik kotor sebaliknya lihat betapa cantiknya bisnes kalau ada orang sudi nak sponsor.

Kira dua-dua pihak mendapat faedah. Saya selalu ingat pesanan guru saya. Untuk mendapat RM1 juta pertama memang susah tetapi bila dah dapat RM1 juta, in shaa Allah bila nak buat RM2 juta berikutnya mudah.

Jadi alasan anda untuk buka kedai mamak susah…ingat prinsip RM1 juta itu. Memang susah nak buka satu bisnes yang pertama tetapi bila dah buka yang pertama…nak buka yang kedua, ketiga, keseratus lagi mudah.

Semoga perkongsian hari ini memberi idea baru untuk anda keluar berhijrah dari harapkan dapat duit banyak tapi tak bekerja sebab menganggur atau makan gaji. Kalau sanggup nak ubah kerajaan mengapa tidak sanggup untuk mengubah jadi seorang usahawan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

arine

November 13, 2014 at 9:11 am

sye nak bukak gerai mamak, tapi modal sya hany rm5000 je? blh ke?

Mas Daud Mas Maliki

February 3, 2015 at 2:53 am

Sungguh terang & straight to the point. Tkq

farhan

January 1, 2017 at 2:00 pm

Assalamualaikum, Tuan. Minta tlg reviewkan bisnes modern cafe. Kos dan risiko serta untung.
Dan minta pendapat tuan jika saya ada Rm500,000. Apa business yang sy perlu ceburi?