08
May

Apa Yang Perlu Ada Untuk Jadi Orang Berniaga

Assalamualaikum WBT.

Bahang Pilihanraya masih lagi tak selesai sebab ada petisyen menandakan tidak puas hati. Website ini memang tidak akan menceritakan hal politik tetapi menceritakan tentang peluang bisnes atau peluang untuk hidup berjaya.

Kalau orang yang otak bisnes, ada perhimpunan sahaja dia bukan datang ke sana untuk mendengar manifesto atau dengar ceramah tetapi dia sibuk nak jual barang seperti minuman, makanan.

Seperti seorang kenalan saya masa perhimpunan Bersih tahun lepas, dia pergi sana sibuk nak jual air. Masa urusan jual beli dengan pelanggan, anggota keselamatan menembak gas pemedih mata. Ni namanya berperang melawan naikkan ekonomi.

Pasal dengar cerita malam ini ada perhimpunan besar di Kelana Jaya jam 8:30 malam, itu yang saya buat pengenalan tentang bahang pilihanraya sedikit. Waktu itu memang waktu untuk berkumpul sembahyang jemaah solat Isyak di masjid.

Orang berniaga bukan senang seperti yang disangkakan. Kalau lihat orang berniaga hidup senang sekarang, perlu tanya dia, dulu masa mula-mula berniaga dia macam mana. Ada yang boleh menitis air mata kalau nak cerita sejarah mula berniaga.

Untuk orang-orang yang rasa nak mulakan diri dengan berniaga atau yang dah mula rasa nak berhenti kerja sebab dah penat kerja di bawah arahan orang lain, berikut saya senaraikan resipi untuk berniaga:

  • Perlu pergi belajar dan sanggup keluar duit untuk dapatkan ilmu. Tak ramai yang buat begini sebab itu ramai yang tak berniaga tetapi nak hidup senang.
  • Perlu ada modal untuk bermulakan perniagaan. Ini semua orang tahu tetapi modal yang diperlukan bagaimana ramai tak tahu. ramai yang kena tipu sebab keluar modal RM10,000 untuk dapat RM1 juta. Sebenarnya dalam perniagaan kalau margin keuntungannya 30% bererti Kalau nak untung RM1 juta bererti modalnya perlu lebih RM500 ribu.
  • Istilah modal kecil untung besar tak wujud. Tak Percaya ? Walaupun ada yang buat MLM dengan modal bawah RM1,000 boleh jadi Jutawan. Jika mereka tak keluarkan modal lain seperti modal pejabat, modal iklan, modal belanja orang, modal beli kereta mewah…cuba hitungkan adakah bawah seribu ?
  • Dapat untung jangan terus joli. Ramai yang dapat duit hasil berniaga tak ada simpanan untuk modal pusingan. Itu yang jadi perniagaannya merosot atau tak ada stok bila ada permintaan. Tak ada stok sebab tak ada modal lagi nak beli. Ambik contoh dapat untung RM1,000 lepas tu terus beli handset RM1,000. Kalau berniaga patut simpan RM500 untuk modal, RM200 untuk simpan dan RM300 untuk belanja.
  • Kena rajin baca buku. Atau senang cerita perlu membaca untuk dapat ilmu atau kembangkan otak. Ramai yang berniaga lingkup sebab ego tak nak belajar dan perasan dah pandai semua. Walaupun orang yang menulis buku usianya muda tetapi kita perlu belajar dari pandangan orang yang muda.
  • Ada sasaran untuk 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Bukan sasaran 3 bulan, 3 minggu. Sebab itu skim cepat kaya disukai ramai sebab orang nak cepat seperti makanan segera. Kebiasaannya kalau fokus berniaga 3 tahun, pasti ada perubahan dan kenaikan perniagaannya. Kalau lebih 10 tahun berniaga, pasti perniagaannya dah besar dan berjaya. Itupun kalau amalkan prinsip berniaga betul dengan ada ilmu bukan ikut-ikut orang nak berniaga. Memang ramai yang berniaga lebih 10 tahun tetapi duit simpanan pun tak ada.
  • Kena keluar modal untuk iklan. Orang sanggup bayar beratus ribu untuk kos iklan untuk jadi jutawan. Bayangkan berapa modal untuk iklan yang anda sanggup keluarkan ? Iklan nadi perniagaan anda. tanpa iklan anda tidak ada darah atau nadi. Cuba tengok pepatah bawah ni :
Jika anda berhentikan masa, anda membunuh jam. Jika anda berhenti keluarkan modal untuk iklan, anda membunuh perniagaan anda.
Okey sambung akan datang tentang perbincangan bagaimana nak mula berniaga….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Abdul Halim

May 8, 2013 at 1:01 pm

Terima kasih, Master. Perkongsian yang sangat bermanfaat dan nasihat yang berguna terutama kepada diri saya yang baru berniaga…

    masterbloguser

    May 9, 2013 at 3:35 am

    syabas tuan halim. tindakan yang terbaik untuk kehidupan terbaik