05
Mar

Merawat Diri Sendiri Menggunakan Kuasa Minda

Assalamualaikum WBT,

Terlebih dahulu, mari kita sama-sama membaca Alfatihah untuk apa-apa ujian yang berlaku pada diri kita dan juga yang berlaku di Sabah pergolakan antara Pengganas Sulu dengan Rakyat Malaysia.

Masalah ini bukan antara Pengganas Sulu dengan Anggota Keselamatan Malaysia tetapi antara kita, rakyat Malaysia. Kerana Sabah juga adalah sebahagian daripada kita. Kita mempunyai ramai saudara mara di sana.

Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita semua, ….Alfatihah.

Tentang post kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua menggunakan kuasa minda kita. Tetapi kaedah untuk petua ini adalah yang asas dan ia telah saya amalkan daripada bangku sekolah lagi.

Yang mengajar saya dulu pun Guru Pernafasan Qi Gong. Tetapi saya anggapkan ini adalah ilmu Kuasa Minda. Kalau dalam ilmu kesufian, ini dipanggil ilmu makrifat.

Saya akan kongsikan 3 teknik dalam merawat diri dengan kuasa minda. Walaupun anda belum mempunyai asas atau kursus tenaga dalaman, saya izinkan anda untuk gunakannya. Jika anda berkesempatan dan berpeluang untuk mendalami lebih lagi, boleh ikuti peringkat yang lebih terperinci.

(1) Merawat Masalah dalam Badan:

  • Dalam keadaan duduk tenang sambil pejamkan mata
  • Baca Shahadah bagi yang beragama Islam
  • Tarik nafas Dalam-dalam(Sambil membayangkan masalah yang dihadapi)
  • Tahan Nafas (Sambil berkata, Ya Allah, Aku serahkan segala masalah ku ini kepada Mu)
  • Dan Lepaskan Nafas
  • Kemudian bayangkan daripada umbun-umbun kepala
  • Bayangkan kepala menjadi seperti cecair dan ia meleleh jatuh. Bayangkan kepala anda sedang cair seperti lilin yang menjadi cair
  • Kemudian bayangkan bebola mata anda juga seperti lembut keluar dan cair
  • Bayangkan hidung pula menjadi cair
  • bayangkan mulut pula menjadi cair dan gigi anda bertaburan jatuh
  • Lidah menjadi cair dan jatuh
  • Leher menjadi lembik dan jatuh
  • Badan anda kecairan
  • Tangan menjadi lembik dan jatuh
  • Perut menjadi cair
  • Kaki anda seolah-olah menjadi tertanggal dan lembik
  • Semua anggota badan anda sudah menjadi air
  • Dan rasakan diri anda semakin tenang dan relaks
  • Rasakan diri anda telah menerima apa sahaja permasalahan anda dan anda YAKIN bahawa ia adalah PERSINGGAHAN sahaja.
  • Setelah anda rasa puas, anda bayangkan…
  • Diri anda satu persatu bercantum daripada bawah menjadi kembali asal
  • Amalkan teknik minda ini untuk merawat apa jua masalah dalaman anda

p/s: Jangan tanya sampai bila….Kalau sakit buah pinggang pergi buat dialysis sampai bila ? Sampai mati kena buat dialisis.

(2) Menjadi FOKUS

  • Duduk tenang sambil pejamkan mata
  • Bayangkan ada satu titik seperti matahari yang berada jauh di depan
  • Bayangkan di tepi titik tersebut kiri dan kanan, ia seolah-olah sedang nak bercantum kedua-duanya dari timur dan barat nak pergi ke tengah titik
  • Kemudian, bayangkan titik tengah-tengah itu mula nak menghampiri anda ia mara kepada anda
  • Lalu tiik itu meresap ke dalam fikiran kepala anda
  • Buka mata anda dan mulakan diri anda menjadi seorang yang fokus

P/S: Jika tak fokus jugak , itu menunjukkan pembayangan anda tak power

(3) Merelakskan Atau Untuk Kembali Segar Walaupun Penat dan Tak Cukup Tidur

  • Duduk dalam keadaan relaks
  • Baca Alfatihah
  • tarik nafas dalam-dalam
  • dan lepaskan nafas
  • Bayangkan dagu anda dari bawah ia seperti menjadi panjang dan ia menyentuh di bahagian kepala belakang
  • Setelah ia menyentuh point belakang kepala, bayangkan ia menjadi semakin panjang dan menyentuh umbun atas kepala
  • Apabila ia sudah menyentuh bahagian kepala atas, bayangkan ia menjadi semakin panjang dan ia pergi ke bahagian dahi dan sentuh dahi
  • Sekarang dengan keadaan ketiga-tiga dahi, atas kepala dan belakang kepala disentuh dengan dagu anda.
  • Biarkan ia disentuh dengan dagu anda selama beberapa minit sehingga anda rasa sudah cukup

Jika masih lagi lesu dan penat itu masalah gangguan ataupun dah memang ada penyakit malas

Kelebihan-kelebihan melakukan rawatan guna minda ini:

  • ┬áLesu badan
  • lemah syahwat
  • masalah pembelajaran
  • sakit gigi
  • pening kepala ‘migrain
  • sebu badan
  • batuk kering
  • demam panas
  • sakit dada
  • kencing tak lawas
  • kegemukan
  • terlalu kurus
  • kelumumur
  • mudah pengsan
  • darah tinggi
  • gout atau diabetes
  • banyak lagi…bergantung pada keyakinan dan kekuatan diri sendiri

Datang ke kursus www.KursusTendai.com untuk belajar lebih dalam ilmu minda dan tenaga potensi dalaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*