19
Mar

Bagaimana Nak Keluar Dari Kesempitan Wang

Kesempitan Wang ? Kesempitan Wang ? Kesempitan Wang ? Cuba kaji apa kaitan sempit dengan wang?

Sempit tu cenderong kepada tenpat dan wang itu cenderung kepada nak memenuhi kehendak. Jadi bila dipecahkan kepada dua, iaitu :

1) Sempit – ruang, sebelum nak besarkan ruang, kena besarkan minda dulu. Orang yang berfikiran sempit, hidupnya tersepit dan tertekan. Maknanya, jika selalu fikirkan diri sendiri sahaja, ertinya hidupnya sempit sahaja.

Dirasakan dirinya sahaja yang susah. Sebab itu sentiasa kesempitan. Cuba bayangkan , ruang fikirannya dibesarkan sedikit. Cuba bayangkan yang anda bukan sahaja harus fikir untuk diri anda tetapi fikirkan untuk orang lain juga.

Ambik contoh orang yang bujang dengan orang yang berkahwin. Agak-agak andalah, yang mana satu rezekinya lebih sedikit ? Orang bujang atau yang dah kahwin ?

99% adalah orang yang dah kahwin. Sebabnya ? Jika dulu masa dia bujang, dia cuma hanya berfikir untuk mengisi temboloknya sahaja. (Tembolok tu maknanya perut atau tekak…bahasa johor jawa )

Orang yang dah kahwin pula, bukan sahaja pikir pasal temboloknya tapi pikir pasal tembolok bininya, anak-anaknya…jadi pemikirannya sudah besar sedikit berbanding masa dia bujang.

Itu yang sedikit…..Cuba bayangkan kalau mula dah fikirkan tentang tembolok anak orang lain, bini orang lain ? Ya, buat bisnes kemudian bisnes itu ada pekerja yang anda bayar gaji untuk menyara hidup keluarga pekerja anda.

Bukankah itu bererti pemikiran anda semakin besar sedikit. Biasanya orang yang begini tak pernah ada dalam kamus hidupnya kesempitan wang sebab baginya wang tidak ada masalah. Yang menjadi masalah dia ialah kesempitan masa. Haa…yang ini masuk bab lain. Akan datang kalau saya ingat saya kongsikan.

Sedikit sebanyak anda dapat idea, kenapa kesempitan wang ? Sebelum nak jadi kaya raya, besarkan dulu pemikiran. Sebelum nak besarkan rumah besarkan dulu pegangan hidup.

Yang kedua :

2) Tentang Wang…untuk memenuhi kehendak. Semuanya meletakkan wang di tempat tertinggi untuk hidup senang. Saya ambik contoh paling mudah. Adakah orang yang lumpuh jika diberi pilihan antara wang dengan berjalan sihat seperti kebanyakan orang, yang mana satu anda rasa dia pilih ?

Antara oksigen untuk bernafas dengan wang ringgit RM1 juta, yang mana satu anda nak pilih ?

Selalu berdoa untuk beri kesenangan tetapi tidak sedar yang doanya sudah dimakbulkan. Kerana selalu memikirkan wang sebagai ukuran kesenangan.

Kerana apa wang begitu penting sehingga tidak nampak nikmat yang lain ? Sebab nak memenuhi kehendak atau senang cerita nafsu atau senang cerita tembolok. Tapi jika ada jalan yang boleh memenuhi tembolok tanpa guna wang ? Yang mana bagus ?

Ambik contoh, paling mudah ialah nak makan nasi beriani….bila niat sahaja nak makan nasi beriani, tiba-tiba ada orang yang datang jumpa sudi nak belanja nasi beriani.

Saya mendapat banyak barang hadiah seperti handfon Samsung Note yang bila tengok kawan-kawan lain pakai saya rasa nak sangat pakai juga. Tetapi memandangkan harganya ketika itu RM2,000, saya tangguhkan dulu hajat tersebut. RM2,000 boleh isi banyak tembolok …(fikir saya ketika itu).

Selang beberapa minggu, ada sahabat lama jumpa dan berikan sebagai hadiah. Begitu juga dengan Ipad, motorsikal….Kereta belum cuba lagi. Tapi tak salah kalau nak mencubanya….

Cuba lihat, tidak perlu menggunakan wang sebagai perantaraan untuk dapat memenuhi kehendak.

Memang betul, wang pun penting. Bukan bererti anda perlu kering kontang. Yang buat anda kering kontang sebab selalu memikirkan sangat tentang wang….berhenti fikirkan pasal duit. Biar duit yang datang sendiri kepada anda. Nak tahu macamana ? Itu kena belajar… Nak belajar kena ada maharnya….ada orang sanggup bayar puluh ribu untuk belajar.

Terus terang tentang masalah orang yang selalu kesempitan wang ialah mereka tidak menyimpan wang. Jika ada simpan duit, walaupun tak bekerja, mereka tidak risau sangat. Contoh seperti pak sedara saya yang kerjanya buat boat lepas tu pergi memancing….tak kerja.

Sebab simpanannya ada RM8 juta. Jangan tanya macamana nak jadi macam dia….tengoklah dulu masa dia muda, dia kamceng dengan siapa….apa projek dia buat kalau bukan sebagai kontraktor….

Bukan jual kuih tepi jalan. Jual kuih yang marginnya 10sen bukan tak boleh jadi jutawan… Kalau nak jadi jutawan dengan jual kueh kena main market luar negara…jual sampai 100 juta biji.

Cara nak simpan wang pulak macamana ? Sebelum saya nak selesaikan topik ni hari ini, saya bagi satu solusi mudah….

Saya kurang simpan duit di bank. Jadi jangan tanya lah macamana nak dapat overdraft la, nak dapat loan lah…sebab saya hanya guna bank sebagai urusan dan bukan menyimpan duit. Duit saya tukar jadi emas.

Apa saya buat ialah saya sediakan 10 jenis kotak dan kotak-kotak tersebut saya letak merata-rata…ada yang tanam, ada yang kat pokok…satu kotak ada yang RM500 ke RM10,000.

Jadi ada banyak kotak duit yang saya tak perlu nak fikirkan sangat. Anggap itu macam dah disediakan untuk tabung anak-anak. Untuk diri sendiri lebih kepada ILMU. Saya banyak gunakan duit untuk ilmu sebab itu saya tak kisah jika baju yang saya pakai dah 7 tahun tak beli baru.

Bayangkan jika anda ada 10 ke 30 kotak yang dalam tu ada duit…pernah fikir akan jadi kesempitan wang ? Inilah money game. Jika belum buat dah cakap “Sekarang ni duit pun tak ada macamana nak simpan.”

Tahniah….anda telah memilih untuk jadi seperti sekarang iaitu : Kesempitan Wang …pada 5 tahun…10 tahun akan datang lagi…

Bayangkan , kalau sekarang ni tak ada duit. Jika simpan sehari RM1…10 tahun daripada sekarang dah berapa simpannya tu ?

Its all about mind set ? Bukan salah boss anda, bukan salah pekerjaan anda, bukan salah komputer anda, bukan salah kerajaan anda dan bukan salah benda-benda lain. Jangan sampai sebab tak ada duit adalah daripada Jin, mahkluk ghaib la….dalaman kena kuat….fikiran kena kuat.

Akhir sekali, ada orang tanya…habis bila dah simpan-simpan duit sekali esok lusa mati macamana ? Hahhh….apa tujuan hidup dan apa tujuan simpan duit ? Adakah Tuhan jadikan kita untuk jadi Jutawan Kaya Raya ? Sebenarnya kita ni hamba kepada Nya. Jadi perlukah simpan duit untuk diri sendiri sampai RM1 juta ? Anda boleh gunakan niat untuk wakaf….dunia akhirat dapat.

Anda boleh komen dibawah untuk berkongsikan kepada orang tentang pemahaman anda tentang kesempitan wang. Komen anda melambangkan keperibadian anda . Jika anda ingin berkongsi, pancarkan energi positif anda kerana ia akan menarik segala yang positif. Jika negatif….tentu sekali poketnya juga negatif….silakan beri komen atau soalan… : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Nor Fadzila

March 20, 2013 at 12:11 pm

yes!!! benar semua di atas, saya pun dah lama berhenti kerja dan tak ada kerja tetap.
duit yang disimpan pun makin sedikit dan tak ada tambahan. baru tersedar dari lena.
tercunggap-cunggap, hehehe…….. sekarang buat apa saja janji masyuk…. yang penting untuk anak2, untuk masa depan mereka. yes betul makin banyak duit, makin kita boleh banyak beramal untuk bekalan di sana nanti.

    masterbloguser

    March 21, 2013 at 3:10 pm

    Fadzila, kebiasaannya untuk berjaya lepas berhenti kerja ambik masa beberapa tahun untuk mendapat rentak. Yang penting jangan berhenti. Jika berani jangan takut takut…Jika takut jangan berani berani!!

Khairi

March 22, 2013 at 9:54 am

Betul tu master.saya pun mcm tu.Rezeki itu bukan sekadar untuk kita tapi perlu diberi kepada orang lain.

mohd rafek

March 22, 2013 at 6:12 pm

saya setuju dgn master simpan duit untuk apa jika tidak digunakan yg penting kita guna duit untuk buat duit dan dalami ilmu berkaitan dgn duit

mohd rafek

March 22, 2013 at 6:16 pm

saya setuju dgn master simpan duit untuk apa jika tidak digunakan yg penting kita guna duit untuk buat duit dan dalami ilmu berkaitan dgn duit banyak bersedekah kaya hidup .

mohamad khiruddin bin hashim

June 3, 2013 at 4:12 am

janji jangan takbur

puteri farahyinn mohamad

June 14, 2013 at 11:01 am

saya baru berusia 20 tahun..saya bukanlah orang senang jadi saya bnyklah idea nk buat bisnes but ayah saya selalu mind set dia negatif..katanya tak untunglah..saya dah dpt idea nk buat bisnes pd buan puasa dia still tak setuju dia kata saya bdk lg so takde experience.Dia suka cerita pasal kegagalan bisnes yg lepas.Untuk makluman dulu ayah saya ni seorg peniaga kecil.oleh sbb kegawatan ekonomi pd tahun tersebut dia jatuh bankrap.So dia tak nk nasib yang sama menimpa saya.Jadi,saya berminat dgn bidang pelaburan.Masa umur saya 19 setengah saya telah melabur di AHB amanah hartanah berhad.Saya gunakan duit ptpn saya untuk melabur dalam saham tu.Perkara itu saya fikir setelah penat kena buli kat tempat kerja part time.Bayangkan org nepal punya gaji lebih tinggi drpd saya.Makan pun free.Saya tak dapat makan free sbb saya kerja 4 jam setiap hari.Lepas habis kuliah saya terus start kerja.saya dulu kerja kat the chicken rice shop as waitress je.But kerja 3 bulan.Gaji saya tiga bulan tu saya buatkan dia deposit awal utk AHB.Saya berhasrat ingin menjadi penulis novel itulah bakal menjadi punca pendapatan sampingan saya.Saya gunakan modal laptop untuk berkarya.Idea ni muncul sbb saya suka berfikir lain daripada org lain fikir dan jawapan exam saya selalu macam karangan.ha ha ha.Semoga royalti yang saya dapat tu dpt cover duit beli laptop tu.AMIN

    masterbloguser

    June 21, 2013 at 3:08 am

    Terima kasih atas perkongsian