17
Dec

Salah Satu Rahsia Kekuatan Manusia

Assalamualaikum WBT.

Tak sabar nak menyambut tahun baru ? Ya lagi beberapa minggu sahaja kita nak mengakhiri tahun 2012 dan akan mulakan azam dan misi baru bagi tahun 2013. Banyak program-program diluar sana yang sekarang ini sedang rancak untuk membuat aturcara.

Bagi saya, setiap tahun kita akan melalui proses penambahan ilmu dan peningkatan dari segi pemikiran dan cara hidup kita. Jika tahun yang sudah ni kita hidup biasa-biasa atau belum berjaya, in Shaa Allah tahun yang datang ini kita akan mempunyai perbezaan hidup daripada sebelum ini.

Semuanya kerana ilmu yang kita perolehi. Setuju ?

Baiklah, hari ini saya nak huraikan apa yang boleh bongkarkan rahsia keupayaan atau potensi yang Allah SWT berikan kepada kita. Tetapi sebelum itu saya ingin maklumkan, apa yang saya kongsikan ini adalah pemahaman dan cerita yang ramai ahli sufi atau orang-orang yang berilmu tahu.

Sebelum saya ingin meneruskan, saya ingin berkongsikan cerita tentang kekuatan manusia yang Allah berikan adalah bentuk CAHAYA. Ada dua kisah yang ada kaitan dengan rahsia ini. Pertama, ianya berlaku pada zaman Nabi Sulaiman dan ketika itu baginda ingin memindahkan istana puterinya iaitu ISTANA puteri Balqish.

Ketika itu Nabi Sulaiman membuka Tender projek pemindahan istana puterinya kepada sesiapa sahaja. Pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman, semua makhluk dimuka bumi termasuklah makhluk ghaib jin adalah dibawah pentadbiran Nabi Sulaiman.

Pada ketika open tender tersebut dijalankan, tampil Jin Apret (Jika salah ejaan namanya maaflah asalkan bunyinya boleh difahami). Maka si Jin Apret itu memberitahu kepada Nabi Sulaiman yang ia boleh memindahkan istana puteri Balqish sepantas sekelip mata. KATANYA , belum sempat nak buka mata istana tersebut boleh dipindahkan.

Tiba-tiba tampil seorang manusia yang tinggi ilmunya pada ketika itu. Lalu dia menawarkan dirinya untuk memasuk tender pemindahan istana puteri Balqish. Katanya, dia boleh memindahkan istana tersebut lebih pantas dan lebih cepat daripada apa yang jin Apret tawarkan.

Jin Apret terkejut bahawa manusia itu lebih hebat daripadanya. Dia boleh pindahkan istana puteri lebih pantas dari sekelip mata. Apa rahsia dan caranya?

Lalu tender projek pemindahan diberikan kepada manusia berilmu itu. Cara yang digunakan oleh manusia berilmu itu ialah menggunakan CAHAYA. Saya difahamkan , banyak keilmuan hari ini yang mengggunakan ilmu makrifat cahaya adalah daripada keilmuan yang diturunkan daripada manusia berilmu itu. Wallahualam.

Satu lagi cerita yang saya nak kongsikan tentang poteni manusia yang Allah SWT jadikan ialah cerita yang berlaku pada hari kiamat. Boleh ya hari ini saya kongsi 2 cerita. Sebab jarang update post website ini jadi sementara ada idea nak dikongsikan biar saya keluarkan semua. Sebenarnya ada banyak tetapi hari ini biarlah dua dulu.

Berbalik pada cerita kedua, pada hari kiamat kelak, ketika semua manusia dan makhluk-makhluk sudah dimatikan oleh Allah dan segala planet-planet hancur. Tidak ada apa yang tinggal. Setelah beratus tahun lamanya bahawa tidak ada satupun makhluk yang hidup termasuklah malaikat kecuali Allah SWT yang ketika itu.

Lalu Allah hidupkan malaikat izrafil untuk meniup sangkakala yang kedua untuk bangkitkan semua makhluk-makhluk hidup kembali daripada mati untuk dihitungkan dipadang Masyhar. Ketika itu makhluk yang dibangkitkan seperti buih-buih dilautan banyaknya daripada yang hidup dari zaman Nabi Adam hinggalah yang hidup pada hari kiamat termasuklah makhluk jin.

Allah SWT memerintah malaikat Jibril untuk mencari Nabi Muhammad SAW. Lalu malaikat Jibril terbang mencari Nabi Muhammad SAW. Malaikat Jibril kembali menghadap Allah SWT dan mengatakan ia tidak jumpa Nabi Muhammad SAW kerana manusia terlalu ramai. Memang amat sukar untuk malaikat Jibril mencari.

Allah SWT mengajar malaikat Jibril bagaimana nak mengenal pasti Nabi Muhammad SAW yang berada dikalayak ramai manusia dan jin yang sudah dibangkitkan dan berhimpunkan. Allah SWT memerintah malaikat Jibril untuk mencari manusia yang mempunyai CAHAYA yang terpancar dari dirinya sangat besar. Itulah Nabi Muhammad SAW yang mempunyai cahaya paling besar dikalangan semua manusia dan makhluk.

Dengan pantas, malaikat Jibril sudah jumpa Nabi Muhammad SAW dan membawa baginda Rasulullah SAW menghadap Allah SWT.

Daripada cerita ini, in shaa Allah  saya boleh jelaskan dan huraikan bagaimana potensi kita boleh dibangkitkan. Sebenarnya dalam diri kita ada roh dan roh itu boleh jadi kurus atau roh kita boleh jadi gemuk. Lihat apa makanan yang kita berikan kepada roh kita. Jika rohnya kurus, jawapannya mudah kena serangan, gangguan, banyak masalah, hidup tak tenang dan banyak lagi kesan negatif.

Jika rohnya gemuk atau sihat, maka kekuatannya dengan izin Allah boleh melakukan banyak perkara yang luar biasa atau boleh melakukan sesuatu yang menunjukkan bukti kekuasaan Allah SWT.

Bagaimana nak bagi roh kita gemuk atau kuat ? jawapannya ialah zikir dan banyak mengingati Allah SWT. Dalam ilmu makrifat juga banyak mengajar kita supaya melakukan zikir. Begitu juga dalam pengajian ilmu haq.

Dalam pengajian Tendai (Tenaga Dalam Ilahi), proses latihan yang disarankan untuk buat setiap hari adalah proses untuk mmbesarkan cahaya dalam diri. Semakin rajin buat latihan semakin besar cahaya dan potensi diri dibangkitkan. Sebab itu melalui latihan Tendai, kita boleh rasakan diri semakin tenang dan keyakinan diri semakin tinggi. Pelbagai hajat mudah diperolehi.

Sebab itu orang yang rajin membuat latihan Tendai dia mampu bangkitkan dan besarkan cahaya dalam dirinya. Jika tak tahu akan hal ini, maka kita akan rasa malas untuk buat latihan. Bila dah tahu, boleh jadikan amalan setiap hari. Latihannya banyak menggunakan pernafasan dan zikir dalam hati.

Semuanya dengan izin Allah SWT. Kita hanya berusaha. Janganlah tanya macamana nak tau aura diri dah ada atau belum. Kita ini bukan malaikat boleh nampak aura orang. Rasa itu in Shaa Allah. Sebab bila aura diri anda baik, orang disekeliling anda juga suka pada anda. Bagi ahli Tendai tentunya perasan akan perubahan ini.

Janganlah baru beberapa kali sahaja buat latihan dan sibuk nak tengok kesan atau perubahan diri yang ketara. Percayalah, orang yang melakukan sesuatu perkara secara istiqomah(berterusan) , dia akan dapat dengan izin Allah apa yang dia hajatkan.

Pada 23hb Disember ini saya akan mengadakan kursus tendai di Putrajaya dan bolehlah daftarkan diri dan kursus ini sebagai penutup tahun 2012. Layari www.KursusTendai.com . Pada hujung bulan 30 Disember 2012 pula saya akan buat kursus di Johor Bahru. Boleh datang jika anda tinggal di Johor.

Jadi, sekarang ini dah tahu akan rahsia potensi manusia adalah daripada cahaya. Maka mari kita sama-sama secara istiqomah mencari jalan untuk bangkitkan kekuatan cahaya dalam diri kita dengan memperbanyakkan mengingati Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Galeri Wanita

December 23, 2012 at 9:57 am

In Shaa Allah
Aamiin…….