03
Dec

KENAPA SUSAH NAK KAYA

 

Saya baru sahaja sibuk promosi bisnes di MAHA itu yang tak sempat nak update blog ni. 1 hb Disember pulak ada perkongsian tentang bisnes Hitech di Menara PGRM Cheras.

Maaflah sebab dah lama tak berkongsi pengalaman dalam blog ini. Sepanjang masa di MAHA banyak pengalaman yang saya boleh kongsikan dalam post ni. Secara jujurnya, ini pertama kali saya berniaga di MAHA dengan dibantu oleh 4 orang staf.

Tahun akan datang jika ada peluang untuk berniaga di MAHA, saya sudah tahu macamana cara untuk cepat dapatkan hasil dengan kos yang rendah. Pertama kali ni lebih kepada timba ilmu.

Ramai taukey taukey yang saya jumpa sepanjang MAHA ni. Salah seorang taukey ni niaga dah 12 tahun dah sampai tahap simpanan ada RM1 juta. Tak lokek ilmu. Banyak-banyak benda yang dia kongsikan ialah kalau berniaga kena ada prinsip.

Berbalik pada tajuk perkongsian saya hari ini, soalan yang sentiasa ditanya oleh ramai orang. Mengapa susah nak kaya. Prinsip dia senang sahaja,….

“BUAT APA YANG ORANG KAYA BUAT, KITA AKAN DAPAT APA YANG ORANG KAYA DAPAT.”

Maksudnya, cuba Tanya pada diri sendiri, ada tak kita buat apa yang orang kaya buat? Paling ketara cuba kita tengok pekerjaan kita sekarang. Cuba tanya pada diri sendiri, adakah kita sekarang bekerja makan gaji atau berniaga ?

Cuba lihat, adakah orang kaya berniaga atau makan gaji dengan bekerja. Kalau berniaga pula cuba tengok apa jenis perniagaan yang kita buat. Jika kita berniaga goreng pisang, cuba Tanya semula, adakah orang kaya berniaga goring pisang ? Kalau kaya pun mungkin dia taueky kilang tepung goring pisang atau dia pengeluar pisang.

Tak dinafikan ada orang yang kaya jual goring pisang macam yang dekat Johor Bahru depan bangunan Mawar, taukeynya buat untung bersih sehari RM1000 dan sebulan RM30,000.

Tetapi kehidupannya ialah bekerja untuk dapat duit. Dari tengahari sampai ke petang berada di gerai jual goring pisang. Pendapatan yang dia dapat pun tak boleh nak lebih dari RM1000. Peniaga-peniaga lain pun hadapi masalah yang sama.

Sepanjang masa di MAHA, saya saksi sendiri bagaimana kehidupan peniaga. Kadang kadang nak dapat RM1 pun payah. Bila hujan, berniaga tak jalan sebab taka da orang lalu. Yang bahan mentah rosak lain.

Biar saya kongsikan beberapa kriteria perniagaan yang kita patut buat kalau nak jadi kaya. Supaya kita tak buat pekerjaan atau perniagaan yang banyak merugikan masa kita dan tenaga kita.

MAKE A BUSINESS THAT HAVE A SPEED OF LIGHT – Bill Gate.

Buat perniagaan yang sepantas cahaya kelajuan keuntungannya. Hari ini kalau kita lihat banyak peluang yang boleh beri kita pendapatan dengan pantas melalui media internet, digital, telco, hitech. Contoh Facebook, Youtube, Google. Semuanya guna kepantasan cahaya.

BUAT PERNIAGAAN YANG TAK PERLU TETAP. Contoh perniagaan gerai yang kita perlu berada di gerai sepanjang masa dan cuti juga perlu berada di sana. Orang kaya tak suka berada di satu tempat sahaja. Mereka suka perniagaan yang boleh pergi secara global.

Bayangkan jika anda mempunyai perniagaan yang berada di London, Spanyol, Jepun, Indonesia. Kehidupan anda tidak membosankan. Jika tak , bosannya membuat perkara yang sama setiap hari dengan duduk di satu tempat. Tidak ada kebebasan.

ANGKA MAIN PERANAN. Maksudnya, yang ini saya boleh kaitkan dengan dua perniagaan saya jalankan semasa di MAHA. Saya ada dua gerai yang jual dua barang berasingan. Satu gerai jual air buah jambu yang satu cawan RM1. Satu lagi gerai jual Air Ais Blended yang harga satu cawan RM5.

Saya jenis elemen air sebab itu berniaga air. Ada banyak lagi perniagaan yang saya buat masa di MAHA tetapi biarlah saya kongsikan dua ini sahaja supaya mudah nak kaitkan dengan point ini.

Air buah jambu yang harga RM1 memang laku dan ramai orang beli berbanding jual air ais blended. Sampai 300 cawan jual air jus jambu. Tetapi bila air ice blended dah mula ramai orang beli ia potong jualan jus jambu padahal tak sampai 90 cuwan. Dengan 90 cawan itu jualan air ice blended dah ada RM450.

Air jambu yang ramai orang beli tak dapat nak tanding dengan air ice blended. Tetapi ada satu lagi produk saya yang macam tak berapa laku tetapi dapat lah jual sehari 30 unit iaitu gula stevia yang harganya RM32. Biasa RM37.

Jualan Stevia yang hanya 30 unit dah memotong jualan ice blended 90 cawan dan air jambu 300 cawan. Dari 30 unit itu jualan stevia adalah RM960.

Dapat tangkap apa yang cuba nak dikongsikan ? Jadi, cari perniagaan atau projek yang boleh jual dengan angka yang besar. Sebagai contoh apa yang saya mula sasarkan untuk angka yang besar ialah dengan bermain hartanah. Jual sebiji kilang yang dah dibeli 4 hingga 5 tahun dulu dapat margin keuntungan lebih sejuta boleh bandingkan dengan berapa banyak cawan jus air jambu kena jual.

Sekarang ni tak kiralah apa jenis pekerjaan anda atau perniagaan anda. Yang penting anda tahu hala tuju dan exit plan anda. Buat apa yang orang kaya buat dan anda akan jadi kaya seperti mereka. Sasarkan 5 tahun ke 10 tahun dari sekarang. Tapi perjalanan tak semudah yang disangka tanpa ada ILMU dan MENTOR.

Tinggalkan Komen Anda

*

mamayaya

October 7, 2014 at 3:54 am

Betul berniaga produk yg dh ada nilai kat pasaran dan berniaga secara online lebih mudah & bebas, tak terikat dengan masa dan tempat