12
Dec

Hari ini 12-12-12

Hari ini adalah hari bersejarah dalam seluruh peradaban manusia. Yang paling tersentuh bila kita membayangkan tahun 12-12 -1212 yang sudah berlalu seribu dua ratus tahun dahulu. Bagaimana orang zaman tersebut menyambut tahun tersebut.

Kalau tahun ini ada yang nak bernikah pada tarikh ini sebagai tarikh keramat. Ada yang nak mula berniaga , ada yang nak pindah rumah, ada yang nak bercuti dan m ungkin ada yang nak anak lahir pada tahun ini.

Yang terharunya ialah pada 12-12-2112 semua antara kita yang ada sekarang sudah tidak lagi berada di alam ini. Begitu juga orang yang ada pada zaman 12-12-1212. Kemana perginya kita semua? Apa gunanya harta dan wang ringgit yang banyak? Apa guna kita sibuk setiap masa sehingga kita lupa dan lalai pada tanggungjawab kita yang sebenar.

Jika Allah izinkan kita masih bernyawa sehingga 30 tahun lagi, bererti 12-12-2142 pada ketika itu, apa pencapaian kita yang kita boleh bawa untuk kehidupan yang sebenar? Jika 30 tahun lagi Allah izinkan kita menghafal satu surah setahun, sekurang-kurangnya kita dah hafal 30 surah…in Shaa Allah.

Hari ini saya ingin meluahkan perasaan ketenangan yang kita boleh perolehi jika kita mengikut ajaran yang diturunkan oleh baginda Rasulullah SAW. Dua perkara yang buat manusia tak akan sesat iaitu berpegang kepada alQuran dan hadith.

Sebelum saya nak berakhir post kali ini, mari kita renungkan dan faham apa yang Nabi kita pesan kepada kita tentang persediaan kita. Menyimpan emas dan perak. Menunggang kuda. Memanah. Bermain pedang. Berenang.

Cuba kita lihat , apa yang Nabi kita cuba nak sampaikan adalah baginda tahu umatnya perlu mantapkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti tersebut untuk menghadapi dunia sekarang yang lebih mencabar. Jika orang sekarang duduk risau tentang hutang, akan sampai masanya orang akan mula risau tentang nak makan atau nak hidup.

Percayalah, jika kita melakukan perkara yang Nabi ajar pada kita, secara tak langsung kita juga akan jadi kuat dan sihat serta lebih tenang. Contohnya, mungkin rumah anda belum ada menyimpan pedang. Tetapi jika anda melakukan apa yang Nabi pesan, dan setiap perkara yang kita lakukan itu kerana Nabi suruh, kita akan rasa tenang.

Jika dulu saya setiap kali makan kambing saya akan rasa pening dan panas-panas badan tetapi bila dah tahu yang makan kambing itu adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW….seolah-olah sekarang bila makan kambing sudah tidak ada lagi pening atau panas badan. Kalau diberi seekor pun in Shaa Allah boleh habis.

Biarpun tahun sekarang 12-12-12, kita sentiasa merindui Nabi Muhammad SAW yang sudah meninggalkan kita 1400 tahun dahulu. Dalam kita leka dan tak sedar, 1400 tahun dahulu setiap malam Nabi Muhammad sentiasa mendongak ke langit melihat bintang-bintang sambil memikirkan umat baginda iaitu kita dan setiap malam menangis dalam doanya untuk memohon kepada Allah agar mengampunkan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*