08
Oct

Pengembaraan Roh

Assalamualaikum WBT. Terima kasih tak terhingga kepada anda yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam usaha untuk memberi peluang dan ruang ke arah meningkatkan potensi diri kita semua. Hari ini, trafik ke website ini sudah mencapai sasaran berjuta.

Dalam hidup kita memang sentiasa mendapat dugaan dan cobaan. Walaubagaimanapun dugaan dan cobaan yang menimpa diri kita tak sehebat cobaan orang lain dan orang dulu-dulu.

Ada orang dugaannya dasyat sehingga mengorbankan nyawa. Setiap cobaan itu adalah memberi signal kepada kita untuk mengisi ruang dalam diri kita untuk kembali kepada yang mengaturkan segala patern kehidupan kita iaitu kembali kepada kekuasaan dan taat kepada Allah SWT.

Hari ini saya ingin berkongsikan kaedah pengembaraan roh yang mungkin ramai dah pernah dengar tentang kehebatan dan kedasyatan pengalaman ini. Untuk apa mengembara ?

Ada banyak kelebihan. Ada yang untuk menyembuh penyakit, untuk meraih kekayaan, untuk mnegubah diri menjadi orang yang diimpikan (idola), untuk membersihkan diri, untuk kesihatan yang maksima seperti orang yang sudah berumur nak bertenaga seperti orang muda…..macam-macam.

Dulu biasa kita pernah dengar tentang ilmu visualise dan hypnotis atau kuasa minda dalam mendapatkan sesuatu. Kali ini menggunakan kaedah pengembaraan roh untuk pergi atau mendapatkan apa yang kita impikan. Bukan bermakna jika kita nak dapat duit yang banyak, roh kita pergi ambil duit itu tetapi situasinya adalah roh berada di gudang kekayaan yang disitu terdapat banyak duit dan harta karun.

Sepanjang pengalaman saya membuat seisi pengembaraan roh kepada student-student dan patient saya di pejabat, ada yang mendapat pengalaman pergi ke tanah suci, pergi ke pantai, pergi jumpa celebriti, melihat diri seperti orang kaya, menjadi kuat….setakat ini itu yang saya ingat.

Bagaimana nak laksanakan pengembaraan roh ? Nak buat sendiri memang mustahil. Perlu berjumpa dengan saya buat masa ini dan ilmu ini saya kongsikan kepada ahli tendai peringkat Super Grand Master kerana energy mereka sudah mampu untuk menghantar gelombang yang lebih halus.

Kursus akan datang pada 21 Oktober. ( Layari www.kursustendai.com ) Module pengembaraan roh ini adalah satu projek mengumpul dana biayai perbelanjaan pusat tahfiz dan sesiapa yang berhajat, bolehlah datang dan bayar ikut keikhlasan.

Dengan mengikuti pengembaraan roh ini, anda boleh percepatkan mencapai impian anda dan membuang segala masalah dan energi negatif yang ada dalam diri anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

saya dari pontian

November 30, 2012 at 4:51 am

hebat…

nudin

December 14, 2012 at 4:54 pm

maaf tuan, nk tanya, kaedah ini / pengembaraan roh bertentangan dgn agama atau tidak?