30
Oct

BERI PELUANG KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MANTAPKAN EKONOMI DALAM BIDANG RAWATAN

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Aidil Adha.

Kali ini ramai yang ambik peluang untuk beraya di kampung. Boleh tanya pada yang balik bagaimana keadaan di lebuhraya. Sebab raya pun jatuh pada hari Jumaat. Bagi yang mampu dapat membuat korban daging dan yang belum, kita sama-sama berdoa tahun depan kita niatkan sedekah seekor lembu untuk korban.

Seringkali saya diajukan pertanyaan, bagaimana nak mendapatkan khidmat rawatan yang saya buat. Kebanyakannya datang dari jauh-jauh seperti utara, pantai timur. Konsep rawatan yang saya ketengahkan ialah rawatan complimentary yang didaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Gabungan Oriental Medication dengan rawatan Islam.

Baru-baru ni, team saya dipanggil untuk diwawancarakan dalam rancangan astro tentang Bisnes Alternatif. Dalam banyak-banyak pertanyaan yang ditanya oleh pengacara itu yang saya paling ingat ialah “Boleh Kaya ke buat bisnes rawatan ni ?”

Kaya tu tidaklah tapi boleh hidup senang. Senang seperti ada perawat yang dalam diam-diam mampu beli tanah bernilai RM3 juta. Senang sampai tahap boleh simpan duit lebih dari RM200,000 di bank. Senang sampai tak perlu nak memikirkan tentang macamana nak buat duit setiap malam.

Bayangkan jika sehari rawatan kepada 5 ke 10 orang boleh hasilkan RM500 ke RM2000. Sebulan kalau 20 hari bekerja, berapa pendapatan yang boleh dijana ? Daripada hasil tersebut dapat simpan separuh pun dah cukup. Setahun ada RM100,000 dalam bank. Tetapi kalau saya, memang tak simpan duit dekat bank sebab duit boleh jadi mandul. Saya akan beli emas tak kiralah emas perhiasan atau jongkong.

Apa peluang yang saya boleh kongsikan buat sesiapa yang berminat. Sebelum ini saya terlihat iklan kecil diakhbar tentang peluang buka pusat rawatan tradisional yang hanya menyediakan rawatan urut dengan bayaran RM40,000. Segala ilmu diajar oleh penganjur sehingga boleh membuka pusat rawatan.

Bererti bidang rawatan ini mampu menjana pendapatan lumayan sebab itu kosnya pun tinggi. Jika dibandingkan dengan kos franchais makanan lebih tinggi seperti buka bisnes minuman yang sampai RM500,000.

Kos untuk buka pusat rawatan yang kami tawarkan bukan sahaja setakat mengajar ilmu rawatan yang kosnya sampai puluhan ribu. Kami siap berikan peralatan canggih yang terkini dalam bidang rawatan alternatif.

Dalam masa yang sama kami mempunyai program rawatan untuk orang ramai yang boleh dapat manfaat contohnya rawatan untuk cegah penyakit kanser, cegah lumpuh. Statistik setiap 10 minit, ada orang yang terkena serangan angin akhmar. Dan setiap tahun 40,000 rakyat Malaysia diserang angin akhmar. Apa yang anda lakukan jika salah seorang yang kena itu adalah anda?

Jika dah kena baru nak berikhtiar adalah lebih merumitkan berbanding sebelum kena. Jadi kami beri kaedah untuk pencegahan melalui teknologi rawatan ini. Itulah yang dikongsikan semasa kami diwawancarakan di rancangan Astro Awani.

Buat masa sekarang, modal untuk membuka pusat rawatan adalah yang termurah. Harga modal pada pertengahan tahun depan adalah RM100,000 tetapi sekarang dibawah promosi dari RM10,000 hingga RM20,000. Harga ini termasuk kursus, peralatan dan lesen. Tahun depan apabila sudah cukup kuota negeri, kami akan kekalkan kos RM100,000 ke RM250,000 untuk satu pusat rawatan.

Harga RM10,000 dan RM20,000 tidaklah mahal kerana ia mampu menjana pendapatan stabil. Jika sebelum ini ada orang bertanyakan kepada saya dengan modal RM20,000 bolehkah dia membeli emas, saya beritahu, minima beli emas hibah ialah RM25,000. Dan sebulan boleh dapat dari emas itu RM 500.

Bagi saya, sebelum nak main emas, bina dahulu empayer perniagaan dan hasilnya baru beli emas dan kemudian beralih ke bidang hartanah.

Jika anda berminat untuk membuka pusat rawatan bersama kami, bolehlah hantar email ke innerselfpower@gmail.com dan berikan biodata anda. Atau hubungi En Hadzrul (CEO) 019-7137550

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abdul

June 12, 2016 at 6:52 pm

Assalamualaikum ..nk tanya untuk sekarang berapa kos untuk membuka pusat rawatan? ..kalau pusat rawatan dibuka adakah dikira sebagai bekerja dibawah agensi anda?

Arman armada

December 7, 2017 at 9:53 am

Asalamualaikum tuan… sy baru saja mendapat cahaya mata.. dan isteri sy masih dalam pantang.. cerita di sini selama 15 hari sy mencari perhikmatan mengurut isteri saya. Namun hri ke 16 baru dapat .. nampak betapa susah utk mendapatkan perhimatan ibu bersalin.. jadi sy mendapat inspirasi dari pengalaman ini untuk membuka pusat penjagaan dan rawatan tradisional ibu bersalin.. soalan saya bagaimana sya harus bermula dan bagaimana agensi tuan boleh membantu saya utk cadangan sya ini.. terimakasih tuan