08
Aug

SENJATA PENYEMBUHAN ADALAH NIAT

Assalamualaikum. Alhamdulillah, tahun ni bulan Ramadhan tidak sesibuk tahun lepas dimana kalau anda masih ingat lagi pada tahun lepas saya sibuk buat projek Pemutihan atau permit 6P. Sampai malam terawikh pun kemana, sahur pun di kedai mamak balik subuh.

Tahun lepas walaupun sibuk dan dapat duit hasil pemutihan dalam puluhan ribu tapi duitnya sekejap sahaja digunakan. Bersyukur jugaklah kerana jika dibandingkan dulu-dulu, tak pernah masa hari raya ada duit lebih. Pernah sampai tak keluar rumah beraya masa dulu. Inilah pentingnya mengupgradekan diri dengan ilmu.

Tahun ini, saya sedang menjalankan projek terbaru saya yang baru sebulan jalankan ( www.Jutawaniaga.com) dan pendapatan terkumpul dari projek ini hampir RM60,000 ( RM58,900). Jika ada keizinanNya, saya jangka masa raya nanti dah cecah 6 angka dalam RM200,000.

Bila sibuk jalankan projek itu sampaikan saya sendiri lama tak buka website ini dan diam tak diam dah seminggu tak update. Kalau nak tahu, saya ada lebih 10 website. Antaranya :

….dan banyak lagi…
Setiap website tersebut mampu menjana lebih RM10,000 sebulan. Jika ada 50 website, lepaslah juga nak buat belanja dapur. Saya bukan jenis yang duduk lama-lama depan komputer. Saya jenis yang suka keluar dan buat kursus atau coaching. Paling lama boleh duduk dekat kerusi pun dalam 1 jam.
Hari ini saya nak kongsikan tentang senjata kita iaitu NIAT. Dalam perguruan Tendai pun kita gunakan niat untuk segala urusan kita. Kalau niat nak kaya, pasang niat kekayaan. Akses energi kekayaan tersebut dan zikir meditasi selama 20 minit.
Saya ingin konsgikan kisah seorang manusia mulia yang namanya Nabi Musa. Ketika Nabi Musa sedang cedera, baginda berdoa dan niat kepada Allah untuk merawat lukanya. Lalu diambil daun dan meletakkan air liurnya lalu menyapu pada bahagian lukanya itu.
Dengan izin Allah, lukanya terus sembuh. Nabi Musa kita tahu manusia yang mempunyai mukjizat sebagai Nabi.
Pada suatu hari, selang beberapa tahun , Nabi Musa cedera lagi. Lalu baginda mengambil daun dan meletakkan air liurnya dan menyapu pada bahagian lukanya. Apa yang berlaku selepas itu, lukanya tidak sembuh. Nabi Musa merasa hairan.
Sebenarnya ketika nak merawat dirinya, Nabi Musa tidak memasang Niat atau berdoa. Walaupun Nabi Musa mempunyai mukjizat. Kerana yang menyembuhkan adalah Allah.
Bayangkan , itu seorang Nabi yang mempunyai mukjizat. Inikan pula kita manusia biasa, setiap kali membuat sesuatu tak pernah dimulakan dengan niat. Contohnya setiap kali nak memandu kereta, kita tak pernah berdoa dan niat untuk sampai selamat ke destinasi. Pernah kita buat ?
Sebelum kita sembahyang juga disuruh kita untuk baca Niat kalau tak, tidak sah sembahyang. Sewaktu kita nak membaca juga niat semoga dibuka seluas-luasnya ilmu. Sewaktu nak bersenam, niat untuk sihat tubuh badan. Memasak, niat untuk sesiapa yang mekan akan mendapat tenaga supaya boleh beribadah.
Berapa kali kita niat dalam hidup kita ? Jadi mulakan dari sekarang, kalau tak tahu nak niat apa, cuma tarik nafas dan simpan nafas semat di dalam perut kita lalu niat : YA ALLAH, BERIKAN LAH YANG TERBAIK KEPADA DIRIKU.
Insya Allah, dengan menyebut niat dalam menjalankan kehidupan seharian kita, secara tak langsung, pekerjaan kita seudah menjadi seperti ibadah dan zikir. Inilah yang cuba kita nak kejarkan. Berjaya dunia dan akhirat.
Semoga perkongsian saya yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat buat anda.

Tinggalkan Komen Anda

*

hani arba'yah

August 8, 2012 at 4:24 pm

Benar… Permulaan sebarang perbuatan dimulai dgn niat. Niat yg baik akan membuahkan hasil yg baik…. Amin…