01
Aug

PERNIAGAAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN

Assalamualaikum WBT,

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke hujung 30an. 1 hb Ogos, hari kelahiran kalau kalender Yunani bintang Leo. Bulan kelahiran Leader…(Kata orang). Leader are not born but made.

Memang saya memilih untuk menjadi pemimpin. Baik dalam keluarga sendiri atau dalam perniagaan sendiri. Jika anda perasan, dalam semua industri baik industri multinasional, swasta, kerajaan….hanya Leader (pemimpin) yang buat duit banyak atau gaji besar.

Adakah gaji seorang pengarah lebih kecil dari gaji ofis boy ? Adakah imam masjid lebih banyak hafal surah daripada jemaah ? Adakah Ayah yang bersifat domain memegang duit lebih banyak dari isterinya ?

Persoalannya ialah, adakah anda sudah berpuas hati dengan pendapatan, gaji atau rezeki yang anda terima sekarang ? Jika belum puas hati, soalan kedua adakah anda sudah mengambil tanggungjawab untuk menjadi seorang Leader (pemimpin ) ?

Ayat atas tadi saya beritahu, Leader is not to be born but Leader is made. Sebelum anda menjadi leader, anda tentu perlu beri keizinan untuk orang lain Lead anda. Sebelum anda nak memimpin orang, anda perlu izinkan diri anda dipimpin.

Apa tugas Leader ? Tugas yang paling utama sekali ialah menyampaikan matlamat dan visi dia dengan cara mengajar. Senang cerita jadi cikgu. Ambik peluang untuk turunkan ilmu. Biarpun ilmu itu merupakan satu ayat sahaja.

Di sinilah baru saya nak masuk ke topik perbincangan tajuk post kali ini. Tentu sekali anda minat nak tahu apa jenis perniagaan yang amat menguntungkan. Bukan perniagaan yang boleh beri pendapatan RM10 juta atau RM10 billion. Tetapi kita bincang dari segi sudut spiritual.

Saya suka bincang semua hal yang cenderung ke arah kerohanian kerana dengan ini, kita laksanakan semua tugas atau kerja kita dengan tenang dan tak serabut. Tak adalah jadi cinta dunia semata-mata sebab orang yang paling rugi adalah orang yang masa kematiannya dalam keadaan sibuk mencari duit.

Sebut pasal menjadi guru atau cikgu kalau nak jadi leader. Jika anda perasan, semua pemimpin memberi bimbingan kepada anak didiknya. Mungkin mereka jadikan anak didiknya sebagai apprentis. Tetapi bagi yang dah berjaya, mereka lihat dari sudut lain.

Pegang kata-kata ini, ilmu yang kita panjang-panjangkan dan dari ilmu itu orang mendapat manfaat dan mendapat rezeki lalu digunakan rezeki tersebut untuk melakukan amal ibadah, tentu sekali kita sebagai guru yang menurunkan ilmu itu mendapat ganjaran pahala besar dari Allah SWT.

Tetapi yang paling penting adalah niatkan untuk kearah itu. Amat rugi kalau niat semata-mata untuk dapat duit atau kumpul harta. Niat kan seperti ini :

YA Allah Ya Tuhanku, jadikan setiap pekerjaanku adalah ibadah. Jadikan segala ilmu yang aku kongsikan kepada orang lain sebagai zikir dan tasbih kepadaMu dan agar ilmu itu dapat memberi manfaat kepada orang lain kau berikan aku kesenangan untuk hari akhirat.

Jika inilah yang kita doakan setiap hari sebelum memulakan langkah mencari rezeki, adakah inilah pekerjaan atau perniagaan yang paling menguntungkan ?

Jika Syaitan yang Laknat itu doanya Allah kabulkan untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam, apa lagi doa kita kepada Allah yang mohon untuk mendapat keredhaan dan rahmat dariNya.

Perniagaan apa yang anda perlu buat ? Pilih perniagaan yang membolehkan anda berkongsi dengan orang lain. Jika anda mempunyai resepi makanan yang buatkan restoran anda laris, sudah tentu resepi itu anda RAHSIAKAN dan tidak mahu orang lain tahu dan biarlah rahsia itu anda bawa sampai mati.

Jenis perniagaan itu, saya tidak gemar kerana jika kaya, hanya kita seorang sahaja yang kaya. Kali ini, saya menjalankan program bimbingan bersama sahabat saya yang ingin membantu seramai yang boleh orang yang ingin berubah dan ingin menjadi hebat.

KITA TAK PERLU MENJADI HEBAT UNTUK BERMULA TETAPI PERLU BERMULA UNTUK MENJADI HEBAT.

Masih banyak orang yang perlu dibantu seperti orang yang ingin berjuang ke arah agama, orang yang ingin membina tahfiz, orang yang susah anak yatim piatu, orang Tua yang lumpuh. Masih banyak program kebajikan yang boleh dibuat untuk itu perlu memilih menjadi kaya. Tak salah jika memilih jadi kaya untuk itu.

Tetapi jika nak jadi kaya dan nak bermegah atau nak tunjuk pada orang lain, itu memang satu konsep yang amat rugi. Sebab hanya dapat di dunia sahaja. Bagi orang  yang susah sebab banyak hutang bank, ahlong, maksedara, rumah tak bayar, kereta tak bayar….sudah masanya untuk mula berfikir apa yang anda sudah buat.

Buat apa ? Selama ini hanya memikirkan diri sendiri sahaja, tetapi kali ini tukar konsep, mula fikirkan apa yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Contoh jika anda pandai melukis, berikan lukisan terhebat untuk tatapan orang lain agar orang rasa seronok. Bila seronok, orang akan bayar.

Jika anda pakar mengubat orang, berikan servis terbaik. Tolong orang pulihkan kesihatan mereka. Bila anda bantu orang begitu, sedikit demi sedikit masalah anda diselesaikan.

Impian saya selain ingin membina perniagaan bersama-sama dengan orang yang ingin berubah dan nak berjaya bersama saya, saya ingin tubuhkan dana untuk beri semula kepada masyarakat. Dana untuk orang-orang yang bermasalah seperti lumpuh, orang yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti tahfiz.

Saya bukan seorang ustad atau guru agama. Saya hanyalah seorang usahawan. Tetapi saya kenal ramai ustad atau guru agama yang amat memerlukan dana supaya usaha dakwah mereka boleh diteruskan. Sebab itu sekarang ini, saya berusaha dan kerja keras untuk capai matlamat itu sehingga ke subuh saya bekerja.

Jika lihat blog ini juga sudah lama tak diupdate. Semuanya sebab tidak ada masa untuk duduk depan komputer dan mengarang. Hari ini sempena hari kelahiran saya, saya memutuskan untuk memberi cuti kepada diri saya. Hari cuti ini saya berkongsi buat anda semua. Selamat menyambut Ramadhan dan semoga anda mendapat jalan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Nota, jika anda berminat untuk tahu apa projek saya terbaru sekarang, boleh layari : www.Jutawaniaga.com . Walaupun belum sampai sebulan menjalankannya, hasilnya sudah melebihi RM40,000. Alhamdulillah.

Tinggalkan Komen Anda

*

hani arba'yah

August 1, 2012 at 2:01 pm

Alhamdulillah….. Semoga dipermudahkan…. ‘Sebaik2 manusia adalah manusia yg byk memberi manfaat kpd org lain. – hadis’

iezat

August 1, 2012 at 2:23 pm

Terbaik!!!…Happy Ulangtahun Kelahiran

bocahchanis

August 3, 2012 at 3:44 am

slm, setuju dgn pendapat tuan, buat satu dapat banyak, buat satu kerja dapat sikit untung, dapat tolong orang, dapat tingkat imej yang baik, dapat kawan, dapat kongsi pengalaman, dapat ilmu,dapat barkah, itu yang saya nak. Saya, anda dan anda semua sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.Amiiiin.

ridzuan

January 7, 2013 at 12:54 am

minta tunjuk ajar sifu..

rahim

February 14, 2013 at 12:43 pm

Assalamualaikum. Saya ingin bersama-sama tuan untuk berjaya.

azlyda

October 16, 2013 at 4:03 am

Assalammualaikum…
Saya mahu mengubah kehidupan sy dan ank2…
Tolong bantu sy dlm sesuatu perniagaan yg berjaya..
Insyaallah