08
Jul

Perkongsian Yang Slow & Steady

Bukan nak kaya tapi senang, bukan nak tamak tapi tenang bukan nak mashur tapi kencang… Itu lah yang boleh dikatakan tentang perkongsian dari salah seorang ahli Tendai yang ingin kisahnya dikongsikan untuk tatapan umum.

Sebelum itu, saya ingin maklumkan, pada hari Selasa nanti saya akan berangkat ke Brunei atas urusan perniagaan dan pada Ahad depan akan ada kelas ISP www.KursusTendai.com di Putrajaya sebelum kita bercuti bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil fitri. Dekat 2 bulan juga kita tak ada kelas.

Mari kita fahami apa yang ingin disampaikan oleh sahabat kita ini…

Post yang sangat menarik dan kalau boleh saya nak minta izin master untuk kongsi pengalaman saya mengamalkan Tendai.

Saya ni bukannya dari keluarga senang, ayah je yang bekerja di jabatan kerajaan, sampai dalam bilik tidur saya dan adik2 takde kipas. Tapi dengan kumpul duit PTPTN saya dapat ambil Tendai tahap Master. Kemudian buat latihan (minimum seminggu sekali) dan amalan tarik energy benda yang kita inginkan macam dalam bengkel QK dan ISP.

Saya fokus untuk dapatkan kipas, tapi dengan percuma. Masa tu saya dah tamat belajar dekat U. Masa latihan tu saya bayangkan yang kipas tu dah ada dalam bilik, yakin je. Buat tiap2 hari selama 2-3 minggu. Dengan kuasa Tuhan, 4 bulan lepas tu, seorang kawan ayah yang nak pindah beri kipas pada kami.

Masih elok, cuma tak boleh bergerak kiri kanan. Letak dekat bilik adik, seminggu lepas tu kipas dalam bilik ayah rosak (bunyi bising bila ON) dan kebetulan dapat la BR1M, ayah beli kipas baru dan kipas lama tu saya mintak. Bila saya pakai, kipas tu elok2 je.

Walaupun ada bunyi, tapi tak sekuat dulu. Impian untuk dapat kipas percuma dah tertunai. Memang dapat percuma, tapi tak sempurna. Sebab saya mintak secara umum, macam master cakap kena khususkan permintaan. Tendai tak menunaikan permintaan kita, tapi Tendai mempercepatkan permintaan kita. Yang penting jangan tinggal latihan.

Banyak lagi yang berlaku sejak ambil Tendai, semuanya kuasa Tuhan. Apa yang terjadi memotiwasi diri saya untuk upgrade Tendai ke tahap yang lebih tinggi kalau ada rezeki lebih nanti. TQ.

Sempoi sahaja kisahnya…. Ada yang tertanya-tanya apa kejayaan yang besar-besar ? InsyaAllah, dalam progress. Jika tahun depan dapat lahirkan 1000 orang ahli Tendai yang menjadi Jutawan…bagaimana ?

Tinggalkan Komen Anda

*