05
Jul

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN SETIAP PAGI

Setiap tahun dengan izin Allah, saya cuba mencari apa ikhtiar yang boleh saya lakukan untuk pertingkatkan amalan. Bermakna setiap tahun perlu ada perubahan dan peningkatan diri baik dari segi ilmu atau amalan.

Ternyata tahun ini, saya menjadi semakin sibuk dengan perniagaan yang saya laksanakan. Anda boleh lihat, berapa kali sahaja saya update blog ni. Jika dulu boleh dikatakan setiap hari.

Bayangkan jika ada 8 perniagaan yang perlu diuruskan. Kaya belum lagi tapi insyaAllah. Jika setiap perniagaan yang saya uruskan mengikut perancangan boleh hasilkan pendapatan tahunan RM10 juta. Alhamdulillah.InsyaAllah.

Hari ini saya ingin kongsikan kelebihan amalan membaca yasin setiap pagi dan seelok-eloknya waktu selepas solat Duha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.

Seperti saya sendiri, peluang yang datang terlalu banyak dan bukan sahaja saya mengambilnya, malah urusan melaksanakannya dipermudahkan. Tak perlu saya nak ceritakan apa perniagaan yang saya lakukan kerana lain orang lain peluang yang dia dapat.

Saya ingin kongsikan antara kelebihan baca yasin yang dapat daripada sumber rujukan lain:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

5. Jika terpenjara akan dibebaskan .

6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .

9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,

“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :

“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .

Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.

Pernah terjadi dalam hidup saya, ketika pada suatu bulan itu saya tidak ada pendapatan (gaji tak masuk), ada hamba Allah entah dari mana memberikan saya duit belanja untuk digunakan pada bulan itu.

Bermakna, keperluan saya ketika itu Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.

Semoga kita dapat menjadikan bacaan yaasin setiap hari sebagai amalan kita.

Tinggalkan Komen Anda

*

ANGGUN

November 29, 2012 at 2:41 am

Alhamdulillah saya dapat mengamalkan surah yaasin ini setiap hari…ketenangan diperolehi..mungkin mengharap dipercepatkan jodoh..Insyaallah….Tawakal kepadaNya..Amin.

haizan

December 17, 2012 at 7:53 am

alhamdulillah … tq for sharing …. memang ketenangan dan kekuatan saya dapati setelah mengamalkan yaasin …. esp selepas kehilangan adik tercinta

nur

January 28, 2013 at 12:28 am

Alhmdulilah… sya tgh berusaha untuk membaca yasin setip hari… semoga saya beroleh ketenangan jiwa dan rezeki yg murah dan yg berkat..insyaallah..amin..

nora

February 14, 2013 at 12:40 am

alhamdulillah dipertemukan dengan pelbagai entry yg menceritakan kebaikan mengamalkan surah yasin setiap hari. saya kini baru mengamalkannya setiap pagi.. mengharapkan kurniaan zuriat darinya. semoga saya istiqomah dalam melaksanakannya. alhamdulillah beroleh ketenangan dan tidak lagi terasa tertekan dengan orang2 disekeliling yg sentiasa menanyakan soalan yg sama….

faiz rozee

March 5, 2013 at 2:15 am

terima kasih di atas info di atas…ia banyak meninggalkan sedikit sebanyak kelebihan surah yassin kepada saya……..assalamulaikum…..

azud

March 7, 2013 at 11:33 am

apatah lagi kalau dapat menghafalnya, kita dapat membacanya pada sebarang waktu di sebarang tempat (kecuali tempat yang tidak sesuai). berusahalah, Dia Amat Pemurah.

Jali

March 9, 2013 at 8:44 am

InsyaAllah mengamalkannya setiap hari. Terima kasih berkongsi ilmu.

marsya

March 26, 2013 at 8:38 am

Indahnya Islam Maha suci Allah

Ahmad Yassin Lauto

April 19, 2013 at 7:02 am

Terima kasih kerana pernyataan yang disampaikan di sini menambah keyakinan diri untuk terus istiqamah. Ada satu hajat saya yang amat saya harapkan dan sekiranya hajat ini tercapai maka saya akan menyebarkan amalan ini supaya dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin kaum muslimin yang menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Setakat ini hajat dari aspek rezeki nampaknya baik untuk saya. Sentiasa ada rezeki yang hadir ketika saya memerlukan. Syukur kepada Allah SWT.

princess

May 19, 2013 at 3:23 am

Alhamdulillah..setelah mengamalkan bacaan Yaasin setiap hari..jiwa saya semakin tenang walaupun mengalami masalah rumahtannga yang agak serius..
hanya padaNYA tempat diluahkan rasa hati..hanya DIA yang maha tahu apa yang terbaik untuk kita.

rich

May 20, 2013 at 1:51 am

Alhamdullilah satu lagi amalan yang boleh kita buat. T.Q

Atlantis

October 9, 2013 at 4:59 pm

Bagi yg kerap mengalami serangan panik (Anexity) eloklah amalkn membaca yassin krna kesannya membawa ketenangan dihati. bukankah surah yassin itu hati alquran. yakinlah…krna saya telah melaluinya sndiri tanpa sebarang obat. AlQuran itu penawar mujarab…Alhamdulillah…

yuddin

October 28, 2013 at 12:02 pm

aku tak da keja masa ni kerana business tak menjadi aku terima seadanya semuga Allah meberi dan melapang rezeki aku semula dgn amalan surah yassin amin

aura yasmin

January 10, 2014 at 1:54 am

alhamdulillah syukur nikmat Allah.

siti

February 25, 2014 at 1:51 pm

amalkan….surah yaasin..hati alquran…..penawar terbaik….

Aja

April 10, 2014 at 3:56 am

saya sangat sangat bersetuju dengan pendapat tuan…surah yasin mempermudahkan segala urusan dan niat kita…hati kita menjadi tenang .
kita usahakan apa yang kita hajati,selebihnya Allah akan permudahkan…

Cempaka

May 2, 2014 at 4:54 am

Tidak meragui apa yang diperkatakan. JANJI ALLAH semuanya benar.

suhaimin

May 14, 2014 at 2:53 pm

alhamdulillah

Kelebihan Membaca Al Quran Karim

August 17, 2014 at 8:15 am

Alhamdullilah. Besar sungguh kelebihan surah Yasin ini dan sangat besar bagi orang yang beriman. Terima kasih atas perkongsian.