03
Jul

Biografi Tan Sri Azman Hashim

Saya masih ingat lagi dengan satu seisi temuramah antara wartawan dengan seorang tokoh korporat iaitu Tan Sri Azman Hashim. Dalam interview tersebut, beliau ditanya bagaimana dia boleh menjadi antara orang terkaya di Malaysia sehingga berstatus Billionaire.

Dia menjawab, saya banyak membuat pelaburan. Dan saya banyak melabur dalam Precious Metal , saya tak simpan dalam bentuk duit. Walaupun mempunyai bank sendiri tetapi beliau melihat kekayaan sebenar adalah bentuk logam seperti emas dan perak. Mari kita sama-sama kenali sedikit tentang beliau.

Tan Sri Azman Hashim, satu nama besar industry perbankan dan pengerusi AmBank Group, adalah seorang seorang yang tidak mudah diperlekehkan. Ketika berusia 14 tahun, beliau menamatkan Senior Cambridge di Methodist Boy’s School di Sentul, Kuala Lumpur.

Pemegang biasiswa Yayasan Colombo itu kemudian melanjutkan pelajaran ke Australia dan pulang sebagai akauntan bertauliah sebelum umurnya mencecah 21 tahun.

Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya. Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut.

Lahir di Kuala Lumpur, beliau adalah yang pertama dikalangan 13 adik beradik yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bapanya seorang pembantu pejabat di Lembaga Letrik Negara ( LLN ) ketika itu dan ibunya, seorang guru, adalah ibubapa yang mengawal ketat anak mereka, terutama di bidang pelajaran.

Seorang yang “tak tau duduk diam”, Azman sering mencari seseuatu yang mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau menganggapnya sebagai terlalu “rutin”.

Dia mudah gelisah selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk firma perakaunan Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang amat baru dan tidak aramai pengamalnya.

“tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia adalah kelas dua. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu membuktikan tanggapan itu salah” kata beliau.”tahun-tahun awalnya memanglah sukar tetapi tanpa saya sedari, ia memang menyeronokkan.”

Dengan reputasinya sejak bertugas di BNM, perniagaannya mula meningkat. Menjelang 1970, firmanya ditukar nama kepada Azman Wong Salleh & Co makin kukuh, membabitkan empat rakan kongsi dan lebih 100 pekerja. Azman pula sudah memikirkan perkara yang lain.

Kerana itu, apabila ditawarkan jawatan ketua pegawai eksekutif Malayan Banking Bhd ( Maybank) yang menhgadapi beberapa masalah ketika itu, azman serta merta menjual kepentingannya dalam firma perakaunan berkenaan dan menjadi ahli bank sepenuh masa walaupun langkah tersebut mengurangkan pendapatan bulanannya sebanyak 50 peratus.

Sepanjang 10 tahun bersama Maybank, beliau Berjaya membuka rangkaian bank yang terbesar di Asia Tenggara, memperkenalkan system perkomputeran dan akhirnya mengasaskan apa yang kini menjadi bank yang terbesar di Malaysia. Pada awal 1970an, beliau mula mengumpul kekayaan menerusi sektor hartanah dan pulangan pelaburan di bursa saham yang ketika itu melonjak naik.

Pada waktu itu juga, beliau menganggotai lembaga pengarah banyak syarikat dan terbabit dengan penubuhan Pernas International Bhd. Pada 1980, beliau mengambil kesempatan dengan memberi satu blok saham Kwong Yik Bank Bhd tetapi meletak jawatan kerana tidak mahu menjadi pemegang saham minority bank berkenaan.

Oleh kerana dirasuk oleh demam keusahawanannya, beliau mula membeli satu persatu kepentinagn firma besar. Pada 1982, beliau membeli 40 peratus saham Taiping TEXTILES (kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti Arab-Malaysia Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd).

“Taiping Textiles akan kekal dalam kenangan” Azman pernah berkata. “itulah pendedahan awal saya di dunia korporat.”

Sebagaimana kata pengarang buku Ethnicity and the Malaysian Economy, James Jusudason: “Azman sebenarnya kurang berminat dengan tekstile tetapi menggunakannya sebagai asas korporat untuk mengumpul kekayaan.”

Hari ini empayar Tan Sri Azman Hashim di bawah firma terbitan awam Arab-Malaysia Corporation Bhd meliputi kewangan, hartanah, pembuatan dan penyiaran, dengan beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling kaya di Negara ini dengan anggaran aset bernilai RM543.6 juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang yang Berjaya. Bagi kebanyakan orang, jutawan sepertinya harus berehat, makan angin dan bersenang lenang.

Tetapi bagi Azman, beliau sukakan cabaran di bidang itu. “Ini bukan soal wang, kalau nak ikutkan, dah lama saya bersara.” Katanya. “selepas dapat satu atau dua juta ringgit, memanglah dah cukup.”

“Usahawan adalah orang yang cukup optimistik. Kita akan sentiasa rasa tercabar untuk mencuba benda yang lebih susah. Makin besar sesuatu cabaran, makin kuatlah kita berusaha. Saya akan cuba mendapatkan apa yang diidamkan. Saya tidak boleh berfikiran tertutup.”

Apa yang dikecap memang ada onak durinya. Disamping terselamat daripada nahas jalan raya pada 1989, beliau turut mengharungi dua detik getir, salah satu daripadanya hampir memusnah empayernya.

Yang pertama berlaku pada pertengahan 1980an. “Ia betul-betul sukar,” katanya. Saya memang tidak pernah menghadapi kemelesetan seperti itu.” Berikutan pembelian dan pembesaran Taiping Textiles dan Arab Malaysia Development Bank ketika itu, beliau memikul hutang yang amat besar. Pada ketika itu penganalisis menganggarkan hutangnya menjangkau di antara RM350 dan RM400 juta.

Ibu pejabat Arab-Malaysian juga dibuka di Kuala Lumpur ketika itu. Untuk menarik minat penyewa, beliau terpaksa menawarkan sewa serendah RM1.50 sekaki persegi berbanding RM5, disamping tiga bulan sewa percuma.

Beliau bagaimanapun Berjaya keluar dari kemelut kewangan itu dan menerajui perniagaannya menjadi antara kumpulan perbankan terunggul di Malaysia. Begitupun, beliau sering terkenang detik, lebih-lebih lagi tentang ‘bank yang suka mengutip hutang; daripada membantu pelanggangnya.

“Ketika poket kita baik, ramai yang datang menawarkan pinjaman,” katanya. “Nasib baik ketika itu, ada bank yang memahami masalah saya.”

Kira-kira sedekad kemudian, Azman dan kumpulannya terjebak dangan satu lagi masalah- krisis ekonomi Asia 1997. “kita sedang ditimpa masalah,”katanya ketika itu. “Kita masih mencatat keuntungan, tetapi keuntungan ini akan berkurangan.”

Kemerosotan pasaran hartanah, peningkatan hutang tidak berbayar dan hutang lain turut menggoncang kumpulan perbankan beliau. Ujian paling besar ialah apabila firmanya hampir diserapkan di bawah Affin Holding Group mengikut program penggabungan Bank Negara. Tetapi apabila jumlah kumpulan bank induk ditambah daripada 6 kepada 10, kumpulan beliau kembali cergas.

Beliau terus merangka penubuhan kumpulan kewangan terbesar di Malaysia berikutan penggabungan MBf Finance dengan Arab-Malaysian Finance Bhd, kini dikenali sebagai AMFB Holding Bhd.

Sebagaimana sifatnya, Azman tidak akan menyerah kalah kepada cabaran demikian. “Saya tak bertolak ansur dengan kegagalan. Cuba tunjukkan saya bank mana yang tidak dibebani masalah hutang dan saya akan tunjukkan pula sebuah institusi yang langsung tidak mengamalkan kaedah perbankan.”

Pada Jun 2002, beliau mengilhamkan nama baru – AmBank Group- dan warna korporatnya yang baru; merah yang melambangkan kekayaan dan kuning keemasan yang menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan, bagi memulakan era baru korporatnya.

Sebagaimana kata seorang ahli bank asing: “Kumpulan perbankan Azman Berjaya keluar dari kemelut dan kini muncul sebagai kumpulan yang harus disegani”. Kejayaan AmBank Group banyak dikaitkan dengan kebijaksanaan dan ketetapan keputusan yang dibuatnya.

“Azman mempunyai kemampuan mengenal pasti sesuatu perkara dengan cepat.” Kata Patrick Low, bekas pengarah eksekutif AHB. “ Bank banyak membabitkan perjanjian dan urusan diatas kertas. Sebab itulah beliau sering menghadap kertas yang bertimbun, tetapi beliau mampu mengatasinya.”

Cirri-ciri ini ialah satu keperluan bagi Azman dalam sifatnya pengurus yang meneliti semua dokumen, daripada pinjaman korporat sehinggalah wang untuk maksud derma. “Saya percaya dengan keputusan yang cepat dan tepat” katanya. “Jika kita bertangguh, semuanya terjejas kerana akhirnya akan kembali ke meja saya. Sebab itulah pelanggan mendapat jawapan secepat mungkin. Ini menjadikan kita cekap. Sebarang cadangan dan buah fikiran baru dapat diketengahkan dan dilaksanakan secepat mungkin. Kami seboleh-bolehnya ingin mengurangkan karenah birokrasi dalam urusniaga.”

Azman sering ‘meneropong’ pekerjanya sehinngga ke peringkat paling bawah. “Beliau amat teliti dengan kewangan. Setiap kali kami membuat sesuatu, kami cuba menjimatkan kos dan meningkatkan mutu,” kata seorang pekerjanya.

Disamping Arab-Malaysia, Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan, antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia – China Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance Riding Society.

Menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno Selangor pada 1970an.

Beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, anataranya anugerah Asia’s Banker of the ear oleh Asean Business Forum dan Manager of the Year 1995 oleh Harvard Business School Alumni Club, Malaysia.

Walaupun sentiasa sibuk, bapa kepada lima anak ini tahu cara untuk berehat. “Kita perlu meluangkan masa untuk hobi kita…ini penting,” katanya. “Kerja memang sentiasa menunggu, jadi kita harus pandai mengimbanginya.”


Tinggalkan Komen Anda

*

halimi

February 27, 2013 at 5:16 am

alhamdulilah semoga beliau dapat membantu melahirkan lebeh ramai lagi ushawan melayu seperti nya

Anuar

March 22, 2014 at 7:35 am

Alhamdulillah.. banyak info di sini… tapi sayang tiada ditulis sumber rujukan… jadi tak dapat saya gunakan untuk tugasan saya….