12
Jun

PROSES MENDAPAT RENTAK

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi peluang yang berlimpah ruah dan penuh nikmat. Salain dapat rezeki wang ringgit, peluang juga rezeki.

Jika tidak ada peluang, tidak ada wang yang datang. DULU…itu yang selalu difikirkan saya , apa peluang yang saya boleh buat untuk keluar dari masalah hidup dan masalah kewangan.

Macam-macam juga yang saya buat termasuklah join apa sahaja bisnes yang kawan ajak tapi akhirnya tidak berhasil. Try and error. Adatlah sebelum nak jumpa rentak mesti ada perasaan, macam nak cari kerja balik.

Itu yang selalu ditanyakan kepada saya, adakah mereka patut masuk kerja balik setelah dua tiga bulan mula berniaga tapi tak nampak hasil. Yang nampak hanyalah hidup bebas tak terikat dengan boss.

Bila kerja freelance ni, duit pun masuk freelance jugak. Melainkan bila dah ada pasif income, anda boleh tentukan kerja anda nak buat ikut suka hati.

Selama 4 tahun saya mencari rentak dan Alhamdulillah saya telah jumpa rentak tersebut setelah sebelum ini banyak halangan menimpa. Jadi jika baru 4 bulan belum jumpa rentak jangan bimbang. Ada orang 10 tahun baru jumpa rentak.

Sebelum jumpa rentak memang banyak belanja keluar. Masuk sikit keluar banyak, tak masuk pun keluar jugak.

Semalam seorang sahabat dari utara datang berjumpa dengan saya. Kisah dia ni, suatu hari nanti boleh jadi inspirasi pada anda semua. Seorang ahli Tendai juga yang gunakan teknik saya kongsikan dengan dia selama setahun dia amalkan. Sekarang dah pakai kereta impian BMW dia dan beli rumah impian dia.

Post akan datang saya kongsikan kisah dia jika dia tak kisah nak kongsikan dengan satu dunia.

Jadi selama 4 tahun pengalaman saya jumpa rentak anda boleh pelajari dari buku yang saya lancarkan bertajuk “MENJADI JUTAWAN EMAS” bersama kawan saya yang seorang ni sampai sekarang saya hairan.

Kawan ni dah jutawan tapi hiudp zuhud juga. Pakai kereta kancil tapi duit dalam bank ada berjuta. Seorang penulis buku yang dah berjaya juga dan mempunyai syarikat berstatus MSC. Tengok aje masa pelancaran programnya yang rasmikan siapa…

Nak tahu kisah beliau lebih lanjut ada dalam buku siri pertama ini. Kami tak jual ebook sebab ebook tak boleh diabadikan. Sebab itu kami memilih jadikan sebagai BUKU. Boleh gunakan buku ini sebagai panduan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Boleh pergi ke link ini = > http://www.emashibah.com/buku/

 

 

 

 

Tinggalkan Komen Anda

*

Insyirah

June 13, 2012 at 6:13 am

asslm, master. nak tahu part nie :D

“Seorang ahli Tendai juga yang gunakan teknik saya kongsikan dengan dia selama setahun dia amalkan.”

ada dalam kursus tendai ke? atau pegang emas?