20
Jun

Kena Rajin Buat Latihan

Post kali ini saya kongsikan khas untuk ahli Tendai baik yang lama atau yang baru. Untuk sesiapa yang baru terjumpa peluang mempelajari ilmu Tendai ini juga boleh ikuti aktiviti kami.

Saya selalu ditanya tentang bolehkah belajar Tendai ini menjadikan seseorang keluar dari masalah kewangan atau menjadi kaya. Bolehkah seorang student buat duit bila dah belajar Tendai.

Jawapannya ialah TIDAK kerana Tendai BUKAN satu perniagaan atau pekerjaan. Tendai ini adalah ILMU sahaja. Ibarat bisnes atau pekerjaan itu Kenderaan dan Tendai itu KUNCI nya.

Setakat pergi ke sekolah dah boleh dapat duit ? Melainkan seorang murid yang cekap, lepas belajar kira-kira disekolah , dia buka gerai jual air didepan sekolah, baru dia boleh buat duit.

Apa tujuan belajar Tendai ? BANYAK FUNGSINYA. Semua orang mencari jalan untuk keluar dari masalah hidup. Masalah kewangan terutamanya. Tetapi bila masalah kewangan sudah diatasi, masalah keluarga pula yang timbul. Lepas itu masalah rohani jiwa tak tenteram pula.

Disini baru datangnya fungsi ILMU. Ada ramai yang nak belajar Tendai dan tak semua yang layak untuk belajar. Tak ramai yang mampu untuk belajar ilmu ini bukan kerana kosnya tetapi kerana sikap.

Ada yang nak belajar dan kerana susah, diminta diskaun dan diskaun diberi tetapi tetap tidak dapat belajar. Boleh dikatakan , orang yang dapat belajar Tendai ini adalah orang yang terpilih.

Lepas dah terpilih untuk belajar Tendai, kamampuan untuk melaksanakannya pula. Sedangkan dapat masuk ke Unversiti belum tentu dapat ijazah. Belajar Tendai belum tentu boleh berjaya. Sebab utama ialah MALAS. Malas nak buat latihan.

99% Ahli Tendai yang buat latihan telah berjaya dan dapat macam-macam. Selain dari ekonomi bertambah baik, malah kesihatan dan kekuatan dalaman meningkat. Bila kekuatan dalaman meningkat, dengan kuasa Allah, mereka mempunyai pendinding.

Ada orang pukul boleh tak lut. Ada yang hantar energi negatif, energi itu dipantul balik kepada yang hantar semuanya dengan kuasa Allah. Sebab itu kalau tahu kelebihan belajar Tendai ni, akan timbul rasa rajin untuk buat latihan selalu.

Saya kongsikan kehidupan saya semasa student universiti dulu. Walaupun student tapi banyak pakai duit untuk sara hidup di Shah Alam dulu pada tahun 1996. Dengan ilmu yang saya belajar, saya dapat menawarkan khidmat rawatan kepada student termasuklah ilmu mengurut.

Sehari saya boleh hasilkan RM100 purata. Paling tinggi RM300 dahulu. Apa rahsianya ? Kerja Kuat. Bukan belajar Tendai ini jadikan kita duduk diam duit datang bergolek atau orang campak RM1000 ke muka kita.

Tetapi bila belajar tendai ini , kita dapat selaraskan diri dengan magnet kekayaan. Dari tak ramai pelanggan jadi ramai pelanggan sehingga kita jadi sibuk. Itu yang maksudnya menarik kekayaan.

Yang paling menariknya tentang ilmu tendai ini ialah ia macam emas juga. Kalau tak ada orang nak belajar pun , kita simpan sahaja ilmu itu. Emas kalau kita simpan sendiri sahaja, kita sendiri sahaja yang kaya.

Dalam Tendai ada komuniti untuk berkongsi pengalaman dan tips kepada sesama ahli. Boleh join Facebook bila dah jadi ahli Tendai di http://www.facebook.com/groups/282199611826473/

Kalau tanya kepada saya apa yang saya dah perolehi selepas belajar Tendai. Jawapannya banyak. Sekarang saya dah mula sibuk membuka pusat rawatan gabungan teknologi dan metafizik. Gabungan ilmu tenaga dalam Qi Bio-Energi Elektrik. Boleh layari www.Bio-Touch.com.my  dan dalam masa yang sama saya menguruskan syarikat emas saya.

Seperti yang saya bagitahu awal-awal, Tendai adalah ilmu untuk permudahkan pekerjaan atau perniagaan kita. Sayanglah kalau anda dah ada potensi tapi tak gunakan dan sentiasa menunggu keajaiban yang datang sendiri kepada anda. Jika nak keajaiban berlaku, perlu tingkatkan ilmu. Nak berjaya perlu ubah sikap. Nak senang perlu mantapkan kemahiran.

 

 

Tinggalkan Komen Anda

*

en.M

July 8, 2012 at 8:31 am

Salam.
Post yang sangat menarik dan kalau boleh saya nak minta izin master untuk kongsi pengalaman saya mengamalkan Tendai. Saya ni bukannya dari keluarga senang, ayah je yang bekerja di jabatan kerajaan, sampai dalam bilik tidur saya dan adik2 takde kipas. Tapi dengan kumpul duit PTPTN saya dapat ambil Tendai tahap Master. Kemudian buat latihan (minimum seminggu sekali) dan amalan tarik energy benda yang kita inginkan macam dalam bengkel QK dan ISP. Saya fokus untuk dapatkan kipas, tapi dengan percuma. Masa tu saya dah tamat belajar dekat U. Masa latihan tu saya bayangkan yang kipas tu dah ada dalam bilik, yakin je. Buat tiap2 hari selama 2-3 minggu. Dengan kuasa Tuhan, 4 bulan lepas tu, seorang kawan ayah yang nak pindah beri kipas pada kami. Masih elok, cuma tak boleh bergerak kiri kanan. Letak dekat bilik adik, seminggu lepas tu kipas dalam bilik ayah rosak (bunyi bising bila ON) dan kebetulan dapat la BR1M, ayah beli kipas baru dan kipas lama tu saya mintak. Bila saya pakai, kipas tu elok2 je. Walaupun ada bunyi, tapi tak sekuat dulu. Impian untuk dapat kipas percuma dah tertunai. Memang dapat percuma, tapi tak sempurna. Sebab saya mintak secara umum, macam master cakap kena khususkan permintaan. Tendai tak menunaikan permintaan kita, tapi Tendai mempercepatkan permintaan kita. Yang penting jangan tinggal latihan. Banyak lagi yang berlaku sejak ambil Tendai, semuanya kuasa Tuhan. Apa yang terjadi memotiwasi diri saya untuk upgrade Tendai ke tahap yang lebih tinggi kalau ada rezeki lebih nanti. TQ.

- en.M