05
Jun

CARA MENDAPAT DUIT DENGAN PANTAS DAN MENUTUP KEBOCORAN WANG

Dua ini soalan famous yang selalu orang dok tanya. Suka tak suka kena terima hakikat yang punca terjadinya masalah diatas ialah sebab tak pandai nak urus duit. Macamana boleh jadi tak pandai ? Sebab tak ada ilmu.

Setuju atau tidak masalah diatas berpunca dari pengurusan wang yang lebih cenderung kearah kebocoran wang dan penghujungnya menjadi tak ada duit langsung.

Cuba bayangkan secara logiknya, jika seseorang itu ada simpan cukup duit dalam tangan, ada tak dia sibuk terfikir bagaimana cara nak dapat duit dengan cepat ?

Biasanya yang tengah kosong poket sahaja setiap malam fikir mana nak cekau duit dengan cepat.

Satu lagi tips yang biasa orang tahu….nanti dulu! Saya bagi dua tips sebagai bonus untuk yang satu lagi. Tips yang pertama…..

Duit tak akan jatuh atas kepala kita tanpa kita menyumbangkan apa-apa dan tips kedua, TAK ADA orang yang nak baling kita duit kalau kita dok tunggu.

Masalah kebocoran wang 90% orang  bekerja hadapi masalah yang sama. Tak kira yang gaji besar apa lagi yang gaji kecik.

Tak percaya ? Ada seorang pembaca menghantar email kepada saya mengadu masalah kebocoran wang yang dia hadapi sekarang.

Masalah duit tak cukup, selalu bocor, hutang itu semua masalah orang zaman sekarang dan termasuklah saya sendiri.

Biar tinggi mana pun masalah kita hadapi, yang paling penting jangan menyusahkan orang lain atau menambah susahkan orang lain dengan masalah kita.

Contoh, boleh jadi hilang kawan kalau mula meminjam wang. Lagi banyak pinjam wang lagi banyak masalah tak selesai. Lari daripada menambah hutang anda.

Sebab itu susah senang biarlah bersama keluarga sendiri. Hal ini pernah berlaku dalam hidup saya juga sebelum ini. Sewaktu saya susah dahulu, memang saya elakkan dari jumpa kawan untuk pinjam duit sebab saya yakin, lepas saya pinjam duit dengan mereka, saya akan lari-larikan diri dari mereka.

Begitu juga dengan orang yang saya bagi pinjam duit. Semua yang diberi pinjam dah tak ada dengar khabar dan dah lesap. Kira halalkan sahaja..

So, pertama sekali paling penting, jangan babitkan orang lain bila susah disebabkan masalah duit. Kalau tak ada duit nak makan tu lain cerita.

Kalau tak ada duit nak makan bagitahu sahaja, kepada anda…. tak kan RM10 ke RM20 tak boleh bagi. SETUJU ?

Bila sebut pengurusan wang, perkara yang mudah sahaja tetapi tak dibuat-buat. Contoh paling mudah tapi tak ramai yang buat ialah, belanja ikut kemampuan.

Elakkan guna kad kredit sebab itulah system pinjaman yahudi. Senjata Dajjal iaitu Riba interest membuatkan manusia setiap malam memikirkan hutang kad kredit daripada memikirkan Allah.

Ada satu kursus yang orang kita sampai bayar RM2000 ke RM4000 semata-mata untuk belajar macamana nak uruskan kewangan mereka. Dan anda tak akan percaya yang mereka semua yang pergi ke kursus itu telah Berjaya dan keluar dari masalah kewangan mereka.

Ada kursus satu lagi yang ajar perkara yang sama tetapi diberi percuma dan anda juga tak akan percaya yang mereka yang belajar di kursus itu semuanya masih himpit masalah kewangan.

Apa yang anda nak cakap ?

Masalah duit gaji tak cukup biasanya apa yang orang akan buat ? Belajar ilmu tarik duit ? Biasanya duit dia yang kena tarik nanti.

Ambik perumpamaan begini. Anda pergi ke kenduri majlis kawa anda dan anda makan nasi beriani kambing disitu. Anda makan sekali dan anda rasa cukup sedap dan macam nak makan lagi.

Jadi, apa yang anda akan buat kalau nak makan lagi ?

Sudah tentu anda akan bangun dan pergi ke meja hidangan dan anda berusaha untuk ambik nasi serta kambing di atas itu  untuk anda santap lagi .

Begitulah jadinya kalau gaji tak cukup. Saya pernah berniaga jual air tepi jalan walaupun ada muka ahli korporat untuk tambah pendapatan. Seorang kawan saya pengurus besar bank yang meluluskan loan kereta, baru-baru ni bersama-sama saya buat promosi di stadium shah alam.

Dia promosi tudung dan baju-baju bersama isteri dia, dan saya promosi rawatan bio-touch. Biarpun saya buat perniagaan emas tetapi dalam masa yang sama saya buat perniagaan rawatan. Ya , rawatan juga satu perniagaan.

Dalam kursus saya anjurkan ada saya kongsikan bagaimana nak menguruskan kewangan dan menarik kekayaan. Jika ada yang minat boleh datang belajar sebab saiz kelas yang dibuat memang kecil.

Jika tak berminat dan sayang duit boleh simpan sahaja duitnya.  Kalau dah datang dan tak buat satu kerugian yang besar sebab selagi anda jadi manja, selagi itu ekonomi anda tidak growth (membesar).

Daftar www.Kursus Tendai.com untuk 17 hb Jun 2012

 

Tinggalkan Komen Anda

*

Ummi Aiman

June 11, 2012 at 4:41 am

Benar apa yg sifu tulis…. Pengalaman banyak mengajar kita… apa yg sifu sudah lalui dulu sedang saya lalui sekarang. InsyaAllah tarikh akan datang saya ke Kursus sifu kerana tarikh yg sama saya Kursus Albaghdadi…. T.kasih banyak-banyak….

dino

August 2, 2012 at 7:32 pm

salam ,macamane ?

muhammad hizam bin azman

February 16, 2013 at 12:10 am

saya harap beden ini boleh di percaya’e

salmah zakaria

October 3, 2013 at 3:07 pm

bagai mana cara nak dapat duit cepat

Jay

March 13, 2014 at 11:04 am

betul tu, macamana susah pun cuba elakkan dari berhutang