02
May

ORANG BEKERJA LEBIH BANYAK BAYAR CUKAI

Baru-baru ni saya bertemu dengan seorang sahabat lama. Kawan tu bekerja di pelantar minyak di Miri. Baru balik dari Algeria pasal tugasan di sana.

Gaji kawan tu memang besar dan bila sebut besar memang faham benar kalau cakap belum berjaya. Bagi kebanyakan orang kalau gaji sebulan RM20,000 dah kira banyak tapi bila dah samapai tahap tu, masih rasa banyak kekurangan juga.

Kawan ni memang suka nak pakai kereta Audi A4. Kalau orang lain yang ada RM20,000 setiap bulan rasanya dah ambik Ferrari sebab bayar Ferrari RM10,000 sebulan. Tapi kawan saya ni hanya memasang angan-angan nak pakai Audi A4 padahal ikut kemampuan dah boleh sangat.

DIfahamkan setahun dia bayar cukai RM50,000 ke RM70,000. Itu 26% dari gaji setahun dia. Bayangkan gajinya berapa. Sebab itu dia memilih untuk membeli emas dengan saya dan jelas sekali dia memang gembira sebab dapat emas dan pendapatan pasif dari emas itu.

Bila saya cadangkan yang dia sebenarnya boleh sangat beli kereta impian dia, apa lagi memang sukalah kawan tu. Bukan dari gaji dia tetapi dari duit dia daripada banyak dihabiskan bayar cukai pendapatan.

Apa yang dia terima pendapatan selama ini adalah gaji bersih setelah tolak cukai. Kadang-kadang gaji dia RM40,000 dan bersih lepas tolak cukai adalah RM29,000. Bererti lebih RM10,000 duit dia buat bayar cukai.

Saya beritahu pada dia duit bayar cukai boleh bayar kereta impian dia 3 biji. Pening kepala kawan tu. Walaubagaimanapun, sekarang ni sasaran dia nak kumpul emas hibah dia sehingga 1 kilogram. Itu matlamat utama dia sekarang. ( Beli emas disini ….)

Pasal cukai-cukai ni saya ada ilmu yang tak seberapa ni sebab kenal beberapa pengarah yang kerja di LHDN, dulu pernah kerja buat Audit dan Tax dan masa ambik ijazah dulu memang ada belajar pasal cukai.

Saya sarankan kawan tu untuk buka satu syarikat yang pendapatan syarikatnya adalah daripada gaji yang dia bekerja. Kalau gaji dia dapat RM20,000 bererti RM20,000 masuk dalam akaun syarikat dia. Jangan tolak cukai pendapatan dahulu. Lepas masuk ke akaun syarikat, lantik seorang pengurus akaun untuk buat tafsiran apa yang boleh minta untuk pelepasan cukai.

Belilah aset untuk syarikat macam kereta , rumah dan kerja-kerja amal, emas….jadi kekayaan itu secara tak langsung masih lagi dimiliki. Bila saya beritahu hal itu padanya, dia pun pening kepala kenapa dia tak ditunjukkan hal ini 6 tahun dulu sebab dia dah kerja 6 tahun di pelantar.

Saya beritahu pada dia, orang yang macam kau ni amatlah sedikit. Orang lain pening kepala sebab gaji sedikit selalu fikir macamana nak cari duit banyak-banyak sampai buntu mengeluh sana sini tetapi kes kau ni pulak masalah terlebih banyak duit bocor dan banyak bayar cukai.

Tu tak lama lagi nak naik pangkat katanya dan gaji tak lari dari RM50,000 sebulan. Bukan dia seorang sahaja yang menghadapi masalah ini sebenarnya ramai kawan-kawan dia pun sama.

Rata-rata bayar cukai RM50,000 ke RM70,000 setahun. Bukan nak hasut supaya jangan bayar cukai atau kurangkan bayar cukai tetapi dah memang ada undang-undang kita boleh kurangkan bayar cukai dengan ada banyak pelepasan.

Bagi yang tak tahu, mereka bayar sahaja pakai gaji penat lelah mereka. Saya kagum juga lihat kawan saya ni. Walaupun gaji besar tapi masih lagi naik bas dan keretapi ke sana-sini. Kalau orang lain dah berapa biji kereta beli.

Lepas kawan ni beli emas dengan saya baru dia nampak jalan macamana nak bina aset dan dapat duit pasif. Dekat luar sana mungkin ramai yang macam kawan ni. Banyak duit tetapi banyak keluar sehingga impian sendiri tak nampak macamana boleh capai.

Mungkin sebab terlalu sibuk kerja tu yang tak ada masa nak belajar kurangkan perbelanjaan dan bayar cukai. Macam kes kawan saya ni, saya rekomenkan dengan kawan saya yang bekerja sebagai akauntan. Biar orang yang pakar uruskan. Saya hanya fokus uruskan emas sahaja walaupun saya mempunyai syarikat pendaftaran syarikat dan perakaunan di Johor.

Bayangkanlah….orang lain setiap malam tak boleh tidur fikirkan mana nak cari duit untuk capai impian tetapi ada orang yang macam kawan ni pun sama tak boleh tidur fikirkan impian dia tetapi tak sedar yang dia tak payah tunggu berbulan atau bertahun untuk dapatkannya sebaliknya esok celik sahaja bangun tidur terus pergi dapatkan impian dia.

Adakah anda orang yang macam kawan ni ? Kalau bukan dan kes anda teruk sebab banyak hutang, tak ada pendapatan tetapi impian menggunung, selagi anda tak jumpa rentak anda tak jumpa jalan, jangan berhenti berikhtiar dan jangan putus asa.

Yang penting anda jangan jadi Manja seperti anak-anak kecil yang hanya tahu melalak. Jadi HERO dalam diri dan keluarga anda. Bagaimana jadi hero ? Sentiasa upgrade skill dan ilmu pertempuran!

 

Tinggalkan Komen Anda

*

Halim pakar akaun

May 2, 2012 at 2:57 am

Tahniah Master. Satu nasihat yang terbaek punya. Sharing and add value for the success.

    masterbloguser

    May 2, 2012 at 3:47 am

    Halim, ada terima message yg saya send ke Facebook ?

Ummi Aiman

May 6, 2012 at 6:43 pm

Saya setuju sgt dgn master!