23
May

MEMBUAT PILIHAN TERBAIK

Hari ini saya nak kongsikan Tips mudah dalam membuat pilihan. Bendanya memang nampak remeh sebab hanya perlu buat pilihan. Budak kecik pun tahu buat pilihan. Tak perlu nak belajar pun boleh buat pilihan.

Tetapi ramai sekali yang salah membuat pilihan. Sebelum itu saya ingin kongsikan beberapa panggilan dan sms yang saya terima. Ramai pemanggil keliru dan tak tahu apa yang perlu mereka buat untuk berjaya dalam hidup.

Bagi mereka, kejayaan dalam hidup ialah bila menjadi kaya. Sebab itu ramai yang berminat untuk belajar cara-cara untuk menjadi kaya. Bagi anda, adakah kaya menjadi keutamaan juga? Jika YA, lepas anda baca perkongsian ini, makin mudah anda untuk jadi kaya.

Apa maksud buat pilihan terbaik ? Pilih benda atau kerja yang boleh jadikan kita berjaya. Ambik contoh mudah. Jika anda memilih untuk menjadi kaya, bidang apa yang anda patut pilih ?

“Kerja makan gaji” atau “Berniaga” ? Jika gaji anda sebulan 6 angka, jawapan anda YA anda pilih makan gaji. Jika anda hanya layak dapat gaji bawah RM3ribu, jawapan anda untuk jadi kaya patut Berniaga.

Terpaksa terima hakikat, gaji RM3 ribu sekarang cukup-cukup makan dan tak mampu nak tanam angan-angan capai impian. Jika sehari belanja makan RM50, sebulan RM1,500. Bayar kereta sebulan RM500, bayar rumah RM500 dan tinggal RM500 untuk beli baju, bayar bil,…tak ada lebihan untuk simpan lebih.

Bila diberi pilihan untuk berniaga pula, apa pilihan perniagaan untuk anda yang terbaik ? Apa jawapan anda? Sudah tentu perniagaan yang anda betul-betul minat. Sebab jika yang tak minat akan jadi sekerat jalan atau anda mudah putus asa.

Jika benda yang anda buat, anda tak kisah sama ada ianya menguntungkan atau tidak sebab anda memang minat nak buat. Sedar tak sedar lama-lama anda makin mahir dan anda pasti dapat untung besar.

Contoh orang yang minat kumpul komik. Mula-mula beli dan simpan sahaja. Tak buat duit langsung tapi pasal minat punya hal. Tanpa sedar, permintaan komil lama jadi tinggi dan boleh jual mahal. Begitu juga dengan kumpul setem.

Begitu juga dengan membuat pilihan membeli barang. Kalau kita jenis sebelum beli kita membuat pilihan sama ada barang untuk banyak beri manfaat atau banyak beri mudarat kepada kita nanti.

Lebih-lebih lagi dalam hal membuat pilihan membeli kereta. Kawan saya seorang Salesman kereta. Bila selalu lepak dengan dia, ramai pelanggan dia yang telefon dia nak mohon beli kereta dengan pinjaman.

Gaji tak sampai RM2400 tetapi berani membeli kereta yang komitmen bulanan RM1000. Memang boleh pakai tetapi sengsara setiap bulan hampir separuh gaji buat bayar kereta yang belum nak kira duit cukai, minyak, servis.

Melainkan kalau ada buat side bisnes. Sebab itu hari ini ramai orang yang tersalah buat pilihan termasuklah saya sendiri pada asalnya.

Sebab itu sekarang, saya selalu buat pilihan sama ada nak simpan duit atau simpan emas ? Anda mesti tahu jawapan saya. Terus terang duit saya tak sebanyak dulu sebab saya dah tukar semua kepada emas.

Saya bab belanja memang boros. Tak boleh simpan duit banyak. Itu yang simpan emas. Emas adalah simpanan saya.

Membuat pilihan pun perlu ada skill. Orang yang gajinya tinggi pun sebab dia mempunyai skill art of decision making.

Biar saya uraikan antara pilihan yang anda rasa mana satu dapat mendorong kita untuk berjaya:

  • rajin atau malas
  • sembahyang di rumah atau di masjid
  • tengok Movie atau baca Quran
  • Main Facebook atau baca Quran
  • Duduk rumah atau keluar jumpa prospek
  • Mengeluh atau Tawakal
  • Marah atau sabar
  • Simpan Duit atau Belanja habis
  • Banyak Tidur atau Beriadah
  • Banyak cakap atau banyak berzikir
  • Belanja untuk ilmu atau kedekut sayang duit untuk ilmu
  • Cepat buat tindakan atau lambat buat tindakan
  • selalu senyum atau selalu muncung
  • tak confident atau berkeyakinan
  • berpakaian kemas atau selekeh

Senang cerita setiap kali anda nak buat pilihan, fikir dahulu tentang pilihan anda sama ada ia akan membuatkan anda menjadi berjaya dan menjadi kaya atau ia akan membuatkan anda menjadi anda seperti sekarang yang tiada perubahan dalam hidup.

Anda dapat belajar sedikit ? Mengapa belum berjaya dan belum kaya ? Mari kita sama-sama praktikkan setiap masa membuat pilihan terbaik agar kita boleh capai kejayaan dunia akhirat.

Sekiranya anda rasa post ini boleh memberi manfaat kepada orang lain, sila SHARE kan dengan klik butang atas.

Tinggalkan Komen Anda

*

Halim pakar akaun

May 24, 2012 at 1:56 am

Perkongsian yang sangat berguna untuk kehidupan. Setiap nafas yang disedut, kita juga perlu membuat pilihan. Terus bernafas seperti biasa atau mensyukuri nikmat Allah dapat terus bernafas. Semoga kita terus dibawah rahmat Allah hendaknya. Terima kasih Master..

nik jamal

August 28, 2012 at 8:46 am

PADA SAYA MEMANG BUAT PILIHAN NI BENDA REMEH.DAN SAYA SETUJU KADANG KALA KITA TERSILAP BUAT PILIHAN.
DAN TENTANG POST DI ATAS PADA ORANG LAIN MUNGKIN AKAN DAPAT MEMBANTU MEREKA TAPI DALAM SITUASI SAYA NI SAYA RASA TIDAK..
APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS NASIHAT YANG DIBERI..