06
May

JAWATAN KOSONG

Peluang ini terbuka untuk sesiapa yang berminat dan duduk berdekatan di kawasan selangor atau Kuala Lumpur sempena pasukan saya membuat promosi terbuka di pasaraya Maiden USJ Subang Selangor pada bulan Jun.

Ini peluang untuk anda menambah skill dalam bidang rawatan. Penting juga jika anda mempunyai banyak kemahiran sebabnya bila apa-apa yang tak disangka-sangka berlaku sekurang-kurangnya anda tak mati akalu atau buntu dalam mencari sumber pendapatan.

Promosi ini kami akan lakukan sekerap yang boleh dan kami perlukan aprentis sebagai perawat kami dan tentu sekali akan membawa imej korporat kami. Bererti kami mencari orang yang serius dalam bersama-sama nak maju bersama kami.

Setiap rawatan pakej yang ditawarkan semasa promosi di USJ Maiden ialah urutan mata urat utama salama 10 minit dan bayaran RM30 dikenakan kepada pelanggan. Urutan ini bukan sebarangan urutan kerana ia memecahkan masalah blocking pada mata urat tersebut dan ia lebih kepada rawatan dan bukan bagi kelegaan.

Setiap perawat akan  mendapat RM10 dari setiap patient yang dia urut (Asas Accupoint). Jika sahari dapat merawat 20 orang bererti RM200 sebagai pendapatan pada hari itu.

Jika pelanggan anda ingin kan pakej asas dan spa muka, bayaran adalah RM50 dan komisen anda adalah RM20. Bagi yang ingin membuat urutan lanjutan seperti 30 minit RM80 atau 1 jam RM140, komisen perawat semakin bertambah ikut point.

Apabila sudah ada pengalaman dan kemahiran, kami beri laluan kepada perawat untuk membuka pusat rawatan sendiri di tempat mereka dengan modal permulaan yang sangat rendah (sebelum kami naikkan ikut standard pasaran membuka pusat rawatan).

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang rawatan bio-touch ini, anda lawati laman web : www.Bio-Touch.com.my

Jika anda berminat untuk menjadi aprentis pusat rawatan kami, sila daftar diri dan hadiri kursus kami yang berlangsung selama 3 hari dengan bayaran untuk makan dan modul RM150 di pejabat Jalan Diplomatik  Putrajaya.

Sila hantar resume berserta gambar ke email : innerselfpower@gmail.com

Nyatakan :

  1. Nama penuh
  2. No Kad Pengenalan
  3. Tarikh lahir
  4. Alamat Lengkap
  5. No H/P
  6. Pekerjaan sekarang
  7. Mengapa minat untuk jadi perawat
Jika tak minat untuk jadi perawat, boleh datang rasai pengalaman mendapat rawatan di Maiden USJ pada bulan Jun nanti.

 

 

 

Tinggalkan Komen Anda

*