09
May

CARI MAKAN DAN KERJAYA

InsyaAllah pada Sabtu ini saya dan kumpulan akan ke Brunei darusalam untuk menjalankan seminar buat pertama kali di Brunei tentang Emas Hibah. Lokasi seminar dibuat di rumah salah seorang consultant emas saya di sana dan bukan dibuat di hotel atau di tempat awam kerana proses untuk dapatkan kelulusan membuat seminar dengan kerajaan Brunei ambik masa sebulan.

Walaubagaimanapun, bila dah terlangsung kami berada di Brunei,  kami akan promosikan satu lagi program iaitu rawatan Bio-Touch. Mungkin berlangsung di Hotel Empire yang mana kami membuat demonstrasi dan jika berminat untuk mendapatkan rawatan boleh mengambil pakej rawatan.

And boleh layari www.Bio-Touch.com.my untuk dapat seba sedikit maklumat tentang rawatan ini. Jika anda berada di Brunei bolehlah berjumpa dengan kami. Kami hanya berada di sana pada 12 hingga 14hb May.

Ada orang bertanya, mengapa nak buat dua kerja tak fokus pada satu kerja ? Betul! Nak berjaya kena Fokus. Sepanjang hidup saya sebelum ini kalau saya buat satu bisnes saya akan fokus buat fulltime walaupun bisnes MLM atau Insuran seperti sebelum-sebelum ini.

Tetapi kesedaran mula timbul selepas dengar satu ceramah motivasi oleh seorang Dr. katanya, antara cari makan dan kerjaya bagaimana nak bezakannya. Cari makan adalah kerja yang kita buat dengan menumpang atau bersandar kepada syarikat orang lain.

Contohnya dulu saya buat insuran dan saya sebagai orang tengah. Bila pelanggan saya nak buat claim insuran, dan saya menguruskan permohonan kepada syarikat insuran tempat saya cari makan dulu, bila pihak syarikat beritahu kes ini tak boleh nak diluluskan dapat claim, saya terpaksa memberitahu kepada pelanggan saya dengan berat hati yang kes nya ditolak.

Maksudnya sebagai orang tengah saya tidak berkuasa untuk memenuhi kehendak orang lain. Serupa juga dengan syarikat MLM atau Unit Trust dan juga termasuklah Program emas hibah yang saya buat ini. Semuanya hanyalah CARI MAKAN sahaja.

Maksudnya langit bukan selalu mendung dan selalu gelap. Kena akur pada setiap arahan orang lain. Jika A maka A lah jawapannya. Bukan bermaksud buat kerja cari makan tak bagus. Inilah kerja yang paling mudah untuk membina platform sebelum membina kerjaya anda sendiri.

Anda tentu ingat kisah Pengasas Sendayu Tinggi dulu dia juga pernah buat MLM dan macam-macam tetapi kenapa dia berjaya dalam syarikat dia sendiri (Sendayu Tinggi ). Bisnes cari makan memang sesuai untuk kita dapat ilmu dan pengalaman. Bisnes School.

Saya bercakap dari pengalaman. Jika dulu saya lihat kerja cari makan adalah kerjaya seumur hidup rupa-rupanya ia adalah tempat untuk kita berpaut sementara nak membina empayer kita sendiri.

Seperti kerja menjadi Consultant Emas Hibah ini, ia sebagai batu loncatan sahaja. Alhamdulillah sepanjang tempoh menjalankan bisnes cari makan ini , saya dapat kenal ramai orang yang berduit sebab mereka semua beli emas yang harganya sampai ratus ribu malah berjuta pun ada.

Dalam masa yang sama, pendapatan bulanan juga sudah melonjak ke 5 angka sebulan. Biarpun ia akan melonjak ke 6 angka sebulan , saya tetap mamandangnya sebagai bisnes CARI MAKAN.

KERJAYA hanyalah bisnes yang kita bina dari diri kita sendiri dan kita sahaja yang boleh menguasai bisnes tersebut tidak bergantung pada pihak lain. Jika bisnes CARI MAKAN, bila-bila syarikat orang lain itu boleh menukar polisi dan suka atau tidak ikut sahaja perancangan orang lain.

Sebab itu saya cakapkan tadi ia sebagai batu loncatan. Umpama ada dua kereta. Kalau hanya ada satu kereta sahaja, bila kereta kita yang satu tu rosak, kita susah nak bergerak. Kalau ada dua kereta, yang satu lagi sebagai backup. Motor pun begitu juga. Sebab itu suatu ketika saya ada 3 biji motor .

Jika anda tak faham maksud post ini mungkin sebab anda belum pernah buat bisnes atau belum pernah hidup sengsara manjalankan bisnes secara fulltime dan belum ada income.

Saya dah rasai sebelum ini dan saksikan sendiri di bawah jaringan saya macamana mereka dulu terpaksa tidur dalam kereta dan makan roti sahaja. Bukan roti Subway…

Jadi sekarang anda boleh faham sedikit, mengapa saya buat dua kerja. Tak ada istilah FREE dalam jadual harian saya sebenarnya. Apa yang penting, jika anda buat apa jua kerja tak kiralah kerja CARI MAKAN atau KERJAYA, buat dengan bagi tempoh pelaksanaannya.

Target 5 ke 10 tahun buat sahaja tanpa berhenti. Jangan nak tukar-tukar kerja atau Bisnes. Yang tukar-tukar itulah yang jadi tak ada perubahan dan peningkatan dalam hidup.

Sila SHARE kan post ini jika anda rasa ia dapat membuka minda orang lain.

Wassalam…

Tinggalkan Komen Anda

*

Ummi Aiman

May 9, 2012 at 5:40 pm

Betul…. betul…betul…. Albaghdadi – cari makan. Akademi Aiman – kerjaya dan empayar. InsyaAllah…. Amin…