16
May

BRUNEI TEMPAT BANYAK PELUANG

Lebih seminggu saya meninggalkan komputer untuk mengupdate diari kehidupan harian dalam blog sebab sibuk menguruskan program emas di Brunei.

Balik dari Brunei, pergi ke Gold Coast pula. Hujung bulan ini akan berada di Selatan. Ini akibatnya bila dah mula traveling, jadi kerap pula jadinya.

Sebelum berangkat ke Brunei, ada pengalaman dan kisah drama berlaku. InsyaAllah saya akan kongsikan kisah itu di masa lain. Kenangan itu saya tak akan lupakan sampai bila-bila.

Dugaan sebelum nak berjaya pasti ada. Tetapi setiap yang berlaku, semuanya adalah yang terbaik Allah berikan untuk kita walaupun ia begitu berharga untuk kita.

Pertama kali saya jejakkan kaki ke Brunei, saya lihat banyak peluang yang terbentang. Sampaikan ada seorang kawan lama yang bertembung dalam kapal terbang tertanya-tanya, apa yang special sangat Brunei sebab tengok tak banyak pusat hiburan atau gedung beli belah yang macam di KL, Singapura…

Apa yang saya lihat , negara Brunei adalah negara Spiritual. Setiap penjuru ada masjid mewah. Penuh dengan jemaah solat sepanjang waktu.

Kadar jenayahnya kurang. Boleh lihat orang menjual emas di kedai runcit tanpa ada pengawal atau polis. Senang cerita negaranya aman.

Saya berbual dengan seorang rakyat Brunei. Katanya, “Kami disini tak ada yang miskin. Yang ada hanyalah yang senang dan kaya.”

Makmur dan aman sekali….Kalau duit banyak boleh tinggal di Hotel Empire yang harga semalam paling rendah Brunei$400. Sudu Garfu di situ semuanya dibuat  daripada perak (silver).

Saya merancang ingin melabur di Brunei sebab lihat potensinya begitu besar. Seperti kisah Tiga Abdul P. Ramlee….harta Haji Ismit Ulam Raja luar negara.

Di sana , saya memberi ceramah tentang emas hibah. Anda boleh baca lanjut dengan klik sini

Sepanjang memberi penerangan di sana, belum ada lagi yang bertanya “Berapa minima kena beli atau berapa harga 1 gram?”

Belum terima lagi soalan itu. Yang menjadi soalan utama dan soalan maut disana ialah “Macamana kami orang Brunei mahu beli emas hibah dan dimana boleh beli ?”

Program Emas yang saya bawa ini adalah matematik mudah. Simpan emas dan terima pendapatan. Jadi tak perlu nak cerita panjang-panjang sebab rata-rata semua dah biasa dengan emas. Ada yang memang taukey emas disana datang dengan seminar.

Bukan saya menghasut sesiapa supaya pergi ke Brunei kemudian buat bisnes atau cari kerja disana. Ini hanyalah pandangan dan perspektif dari saya sahaja.

Saya bukan yang jenis suka enjoy, suka kelab itu kelab ini….jika berpeluang untuk duduk di tempat yang spiritual saya akan ambil peluang itu. Bayangkan jika berjalan di pekan atau di hotel, orang lain yang mula memberi salam kepada kita.

Selepas ini, saya menjadi semakin sibuk. Banyak perkara nak diselesaikan. Hujung minggu kursus bulanan saya tetap jalankan untuk berkumpul sesama ahli metafizik.

Bila terlibat dalam metafizik, banyak perkara luar jangkaan akan menimpa kepada kita. Bagi anda yang ingin mendapat pengijazahan Tenaga Dalam Ilahi , bolehlah datang ke kursus di Putrajaya pada 20 hb May dan 27hb May di Johor Bahru.

layari : www.KursusTendai.com

 

Tinggalkan Komen Anda

*

Eiza

February 11, 2013 at 2:05 pm

assalamualaikum…saudara saya berhasrat untuk mencari kerja dan tinggal di brunei…sy sudah lapan tahun kerja di malaysia ….alhamdulillah saya sayang kerjaya saya kini tetapi jiwa saya tak tenteram di Malaysia …saya perlukan sesuatu yang baru dalam hidup.
tetapi saya belum pernah pergi ke sana….apa cara untuk saya mencari kerja di sana.

topan

May 3, 2013 at 3:43 pm

saya ingin kerja ke brunei

org brunei

October 1, 2013 at 7:08 am

klo nak cri kaja kat brunei sila layari website ne
http://www.brudirect.com
biasanya klo org luar nak kaja kat brunei kena ada permit kaja n kebanyakan dorg ne kaja kat swasta..hehehehe…klo kaja kat kerajaan x boleh…
harap membantu anda semua.

wan

October 2, 2013 at 7:26 am

Assalamu`alaikum tuan hadzrin yang mulia hatinya,saya seorang freelance.pernah seorang usahawan multilevel,penjaja,peniaga pasar malam,runner syarikat,salesman di showroom perabot,pelukis dan macam-macam lagi.passion saya jualan.adakah peluang untuk saya menyumbang dalam team tuan?