10
May

ADA RUMAH ATAU TAK ADA RUMAH SENDIRI

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang hal yang berkaitan dengan beli rumah. Kalau dah mula beli aset seperti rumah , ada dua kemungkinan iaitu anda mula mendapat duit dari rumah yang anda beli ataupun anda akan habiskan separuh atau lebih dari pendapatan anda untuk bayar rumah anda sebab anda duduk rumah itu bukan buat sewa atau niaga.

Betul ke niaga rumah ? Memang ada. Untung besar kalau dah ada lobang untuk niaga rumah. Jangan tanya saya mana nak cari lobang tu sebab saya bukan developer.

Rumah yang paling penting adalah tempat untuk kita boleh berteduh dan jadikan tempat untuk berlindung dari hujan atau panas dan tempat membesarkan anak-anak. Yang lain seperti selesa, ada air cond , ada sofa kulit , ada astro itu semua bonus sahaja.

Mungkin anda sekarang dah ada rumah sendiri dan mungkin tengah dalam perancangan untuk beli rumah. Kali ini , saya ingin mengajak anda berfikir untuk dapat rumah yang lebih besar dan dasyat sekali….setuju ?

Ok, cuba lihat pada diri sendiri dan orang yang kita kenali. Ada tak yang sekarang umur dah akhir 30an, atau 40 an tetapi masih tidak ada rumah lagi ? Ada tak yang terasa diri dia, sepatutnya pada umur aku sekarang ni dah ada rumah sendiri ataupun kalau dah ada rumah , akan bercakap patutnya umur aku sekarang ni patut duduk rumah banglo.

Persoalannya, adakah tidak ada rumah jadi isu besar sekarang ? Kalau anda sedar, kebelakangan ini, banyak rumah yang Leasehold bererti lepas 99 tahun akan pulang semula pada pemaju atau kerajaan.

Jadi adakah anda perlu pening kepala untuk beli rumah selagi anda hidup sebab perlu tunjukkan yang anda berharta. Persoalannya , apa tujuan kumpul harta tersebut sedangkan anda tahu 99 tahun lepas itu diberi semula ke orang lain ?

Kalau beli rumah pakai loan bank, selagi anda belum habis bayar rumah itu anda jangan harap cakap itu rumah anda sepenuhnya. Kalau anda teror cuba anda tak bayar selama setahun rumah yang anda duduk itu dan lihat apa akan jadi ? Siapa Tuan sebenar yang datang minta anda keluar ?

Walaupun anda beli Freehold sekalipun, anda pastinya tak akan duduk selama-lamanya di rumah tersebut. Tujuan nak bagi keturunan ? Hari ini berapa ramai yang duduk di rumah keturunan nenek moyang dia ? Tak ramai sebab ramai yang dah jual rumah usang keluarga mereka sebab nak pakai duit atau lokasi dah tak meriah macam di bandaraya.

Apa yang saya ingin sampaikan sekarang ialah biarpun anda duduk rumah sewa ka, rumah sendiri ka, anda duduk rumah flat ke, tumpang rumah orang ke, apa yang kita boleh buat ialah bersyukur sahaja sebab dapat berteduh.

Tak perlu nak pening kepala fikirkan sangat nak beli rumah atau jadikan itu sebagai matlamat hidup anda. Jika nak huraikan sampai jadi matlmat menghalang apa jua cara. Sehingga menyebabkan yang haram kita buat sebab nak kejar sangat beli rumah atau apa sahaja.

Oleh itu, apa kita perlu buat ialah terus sahaja berusaha dengan harapan mendapat keredhaan dari Allah dan dalam masa yang sama kita bersyukur sebab dah diberi nikmat.

Tak salah beli rumah sendiri dan itulah yang terbaik tetapi jika tak ada rezeki beli rumah, jangan khuatir atau risau sebab kita bukan duduk di rumah selama-lamanya sebab suatu hari nanti kita akan balik ke rumah kita yang betul.

Rumah yang dilengkapkan segala-gala kemewahan, kenikmatah, keseronokan, kebahagiaan dan dipenuhi dengan pembantu yang cantik -cantik. Dan pastinya , rumah itu menjadi rumah kita selama-lamanya.

Jika anda dapat tangkap maksud ini, pasti anda tahu dimana rumah yang anda patut fikirkan sekarang. Jika dapat kedua-dua rumah yang kita bakal duduk selesa lagi terbaik.

Jadi, mulai sekarang, mari kita sama-sama (hal ini adalah motivasi untuk diri saya) sibuk membina rumah yang lebih bagus untuk masa depan kita yang cemerlang dan kekal selama-lamanya.

Berusaha kuat bukan kerana nak beli rumah tetapi kerana Allah, insya Allah kita akan dapat yang terbaik dariNya. Amin Ya Robbalalamin…

Jika anda rasa post ini satu motivasi baru untuk anda, nak SHARE silakan….

Tinggalkan Komen Anda

*