Archive for May, 2012

31
May

PERAWAT DIPERLUKAN LELAKI DAN WANITA


Assalamualaikum WBT,

Buat masa sekarang syarikat kumpulan saya sedang giat nak anjurkan promosi di kiosk-kiosk pasaraya atas tujuan untuk memperkenalkan rawatan accupoint bio-energi yang dipanggil QI-TOUCH (Sudah ditrademarkkan).

Rawatan kaedah ini dapat membantu menyelesaikan banyak masalah seperti mandul, sakit jantung, darah tinggi, masalah buah pinggang, kegemukan, kurus , awet muda (spa muka) , lumpuh dan banyak lagi.

Dalam masa yang sama, saya menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan kerjaya sebagai perawat dengan bekerjasama dengan syarikat saya.

Berikut adalah kelebihan yang anda dapat bila menjadi perawat kami :

  • Latihan sentuhan mata urat di ajar (tambah ilmu baru)
  • Uniform diberi
  • Pendapatan berdasarkan komisen
  • Tempat …

    Read More

30
May

VIDEO MOTIVASI


Assalamualaikum,

Saya ingin kongsikan video ini buat anda semua. Saya suka ulangi video ini dan lihat setiap sudut apa yang ingin dikongsikan.

Mungkin boleh beri semangat kepada diri kita sendiri. Apa yang paling penting ialah :

  • JANGAN Bataskan potensi anda
  • JANGAN Biarkan orang lain tentukan diri anda bagaimana
  • JANGAN Putus asa

Jika anda kisah ini memberi motivasi kepada anda, sila SHARE kan…

Read More

23
May

MEMBUAT PILIHAN TERBAIK

Hari ini saya nak kongsikan Tips mudah dalam membuat pilihan. Bendanya memang nampak remeh sebab hanya perlu buat pilihan. Budak kecik pun tahu buat pilihan. Tak perlu nak belajar pun boleh buat pilihan.

Tetapi ramai sekali yang salah membuat pilihan. Sebelum itu saya ingin kongsikan beberapa panggilan dan sms yang saya terima. Ramai pemanggil keliru dan tak tahu apa yang perlu mereka buat untuk berjaya dalam hidup.

Bagi mereka, kejayaan dalam hidup ialah bila menjadi kaya. Sebab itu ramai yang berminat untuk belajar cara-cara untuk menjadi kaya. Bagi anda, adakah kaya …

Read More

22
May

APA PERSEDIAAN KITA UNTUK KEMATIAN

Sejak kebelakangan ini, ramai kenalan saya yang orangnya baik-baik sudah kembali ke rahmatullah. Ada setengah pendapat, orang yang baik-baik umur tak panjang. Mungkin orang yang umurnya panjang diberi masa dan peluang untuk bartaubat.

Setiap kali bila kawan kita pergi, kita selalu bertanya kepada diri kita, bila pula giliran kita. Apa persediaan kita untuk pergi ke alam lain.

Kebiasaannya , kesibukan kita dalam mengejar dunia mencari rezeki buatkan kita lalai tak terfikir tentang persediaan untuk menghadapi kematian kita.

Sebenarnya kematian adalah proses perjalanan kita untuk pergi ke alam yang kekal abadi. Selepas kematian …

Read More

21
May

BELAJAR SAMBIL BEKERJA

Pada bulan Jun, syarikat saya akan membuat promosi rawatan di Pasaraya sekitar USJ Maiden. Dalam masa yang sama, kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dan bekerja sekali untuk dapat pengalaman dan dapat duit tambahan.

Baru-baru ini kami jalankan promosi buka booth di Shah Alam Stadium JKR dan sambutan memang luar biasa. Feedback daripada semua pelanggan yang mendapat rawatan ini berkata rasa memang BEST kena karen.

Konsep rawatan ini anda boleh lihat di laman web : www.isellgroup.com

Semasa promosi ini, caj rawatan yang dikenakan serendah RM10. Jadi jika …

Read More

16
May

BRUNEI TEMPAT BANYAK PELUANG

Lebih seminggu saya meninggalkan komputer untuk mengupdate diari kehidupan harian dalam blog sebab sibuk menguruskan program emas di Brunei.

Balik dari Brunei, pergi ke Gold Coast pula. Hujung bulan ini akan berada di Selatan. Ini akibatnya bila dah mula traveling, jadi kerap pula jadinya.

Sebelum berangkat ke Brunei, ada pengalaman dan kisah drama berlaku. InsyaAllah saya akan kongsikan kisah itu di masa lain. Kenangan itu saya tak akan lupakan sampai bila-bila.

Dugaan sebelum nak berjaya pasti ada. Tetapi setiap yang berlaku, semuanya adalah yang terbaik Allah berikan untuk kita walaupun …

Read More

10
May

ADA RUMAH ATAU TAK ADA RUMAH SENDIRI

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang hal yang berkaitan dengan beli rumah. Kalau dah mula beli aset seperti rumah , ada dua kemungkinan iaitu anda mula mendapat duit dari rumah yang anda beli ataupun anda akan habiskan separuh atau lebih dari pendapatan anda untuk bayar rumah anda sebab anda duduk rumah itu bukan buat sewa atau niaga.

Betul ke niaga rumah ? Memang ada. Untung besar kalau dah ada lobang untuk niaga rumah. Jangan tanya saya mana nak cari lobang tu sebab saya bukan developer.

Rumah yang paling penting adalah tempat …

Read More

09
May

CARI MAKAN DAN KERJAYA

InsyaAllah pada Sabtu ini saya dan kumpulan akan ke Brunei darusalam untuk menjalankan seminar buat pertama kali di Brunei tentang Emas Hibah. Lokasi seminar dibuat di rumah salah seorang consultant emas saya di sana dan bukan dibuat di hotel atau di tempat awam kerana proses untuk dapatkan kelulusan membuat seminar dengan kerajaan Brunei ambik masa sebulan.

Walaubagaimanapun, bila dah terlangsung kami berada di Brunei,  kami akan promosikan satu lagi program iaitu rawatan Bio-Touch. Mungkin berlangsung di Hotel Empire yang mana kami membuat demonstrasi dan jika berminat untuk mendapatkan rawatan boleh …

Read More

06
May

JAWATAN KOSONG

Peluang ini terbuka untuk sesiapa yang berminat dan duduk berdekatan di kawasan selangor atau Kuala Lumpur sempena pasukan saya membuat promosi terbuka di pasaraya Maiden USJ Subang Selangor pada bulan Jun.

Ini peluang untuk anda menambah skill dalam bidang rawatan. Penting juga jika anda mempunyai banyak kemahiran sebabnya bila apa-apa yang tak disangka-sangka berlaku sekurang-kurangnya anda tak mati akalu atau buntu dalam mencari sumber pendapatan.

Promosi ini kami akan lakukan sekerap yang boleh dan kami perlukan aprentis sebagai perawat kami dan tentu sekali akan membawa imej korporat kami. Bererti kami …

Read More

03
May

Fungsi Dompet Bio-Magnetik

Sudah lebih 3 tahun saya perkenalkan dompet bio-magnetik yang berfungsi sebagai penyelarasan diri pemilik untuk memudahkan setiap urusan dalam mencari rezeki dan kekayaan yang semuanya datang dari Allah SWT.

Post kali ini bukan untuk promot dompet ini tetapi lebih kepada menerangkan rahsia dan mengapa saya melancarkan produk ini.

Ada juga yang mengatakan saya dapat untung banyak dari dompet ini. Ada yang kata saya jadi kaya jual dompet ini. Begitulah tangapan orang yang ada sifat tak boleh lihat kesenangan orang lain. Antara sumpahan orang yang tak suka lihat kesenangan orang lain ialah …

Read More

02
May

ORANG BEKERJA LEBIH BANYAK BAYAR CUKAI

Baru-baru ni saya bertemu dengan seorang sahabat lama. Kawan tu bekerja di pelantar minyak di Miri. Baru balik dari Algeria pasal tugasan di sana.

Gaji kawan tu memang besar dan bila sebut besar memang faham benar kalau cakap belum berjaya. Bagi kebanyakan orang kalau gaji sebulan RM20,000 dah kira banyak tapi bila dah samapai tahap tu, masih rasa banyak kekurangan juga.

Kawan ni memang suka nak pakai kereta Audi A4. Kalau orang lain yang ada RM20,000 setiap bulan rasanya dah ambik Ferrari sebab bayar Ferrari RM10,000 sebulan. Tapi kawan saya ni …

Read More