13
Apr

RAWATAN JARAK JAUH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan izin Allah, setiap malam Khamis saya akan menganjurkan program rawatan jarak jauh kepada sesiapa yang berhajat. Ini saya berikan secara percuma.

Jika ada yang mohon bantuan untuk merawat gunakan kaedah hantar energi jarak jauh, saya tetapkan pada masa 10:30 pm hingga 11:00 pm hari Khamis malam Jumaat sahaja.

Tidak ada hari lain yang saya akan buat dan ini sebagai sumbangan saya kepada masyarakat. Kerana hari lain jadual masa yang ketat. Pada hari saya menganjurkan Kursus, ia lebih special kepada Ahli Tendai yang ingin recharge energi dan membuat penyembuhan ilahi.

Pada 15 hb April ini mulai jam 10 pagi, kursus diadakan di Pejabat Jalan Diplomatik dan diselitkan sekali peluang merasai gelombang elektrik untuk merawat pelbagai masalah yang berkaitan dengan saraf dan pelancaran darah.

Sebarkan kepada sesiapa yang memerlukan rawatan jarak jauh ini. Berhati-hati dengan apa yang dihajati kerana setiap orang yang membuat penerimaan rawatan ini masing-masing atas tanggungan sendiri.

Jika niatnya negatif maka hasilnya negatif. Jika niatnya positif insyaAllah hasilnya positif.

PENTING : TAK PERLU Nak hubungi / SMS saya jika berhajat. Terus sahaja buat proses penyembuhan ini sehingga dapat capai hajat atau rawat diri.

Berikut adalah aturcara membuat penyelarasan terima energi penyembuhan :

  • ( Bagi yang beragama Islam ); Tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung lalu ucapkan syahadah sehingga kedengaran di telinga. Lakukan proses ini 11 kali.
  • Langkah kedua tarik nafas lagi dan lepaskan lalu baca alfatihah. Lakukan proses ini 3 kali pula.
  • Niat umum : “Ya Allah, berikanlah yang terbaik kepada diriku. (jika ada sebarang hajat, sila nyatakan apa hajat itu.)
  • Sentuh ulu hati di dada dengan  dua jari kanan atau kiri ikut keselesaan selama 20 minit.
  • Mulakan proses meluahkan segala masalah anda. Apa yang tersimpan dalam hati dikeluarkan. Luahkan segala masalah anda jangan disimpan-simpan.
  • Boleh duduk atau baring.
  • Kalau tertidur tak mengapa.
  • Boleh letakkan music lembut.
  • Amalkan setiap minggu.
  • Apabila selesai 20 minit ucapkan alhamdulillah sebanyak 3 kali
  • dan sedekahkan surah al ikhlas kepada saya.
  • InsyaAllah energi penyembuhan anda terima.
UNTUK Rawatan lebih kronik, boleh layari : www.Bio-Touch.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Ummi Aiman

April 16, 2012 at 7:06 pm

Terima kasih atas bantuan Tuan. Semoga Allah akan kurniakan yang lebih baik… Amin…

saidatul izzati

May 1, 2015 at 11:07 am

assalammualaikum..saya saidatul izzati.seorang pesakit kanser usus ditahap4.. berumur 26tahun.
saya sudah putus asa dengan rawatan kimoterapi..kini saya rasakan kesakitan semakin sakit dibahagian kulit perut..adakan cara rawatan ini dapat membantu.

Nora Amalina

June 20, 2015 at 6:49 am

Assalamualaikum..saya Nora Amalina.. saya sering metasa gangguan hari dan emosi serta tidak sedap hati dalam hubungan saya bersama pasangan..kami telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini..tetapi saya metasakan semakin lama pasangan saya seperti tidak pedulikan saya .. saya inginkan kepastian adakah sesuatu yang tidak baik mengganggu hubungan kami..