12
Apr

KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS

Assalamualaikum saudara dan saudari yang dimuliakan Allah,

Sudah agak lama saya tak update blog ini kerana banyak ke luar negeri. Bukan luar negara ya. Sambil itu saya tak akan lupa tanggungjawab saya untuk berkongsikan pengalaman dan tips dalam blog ini.

Setiap hari bertambah banyak masalah orang yang diterima oleh mereka sendiri. Masalah yang datang bukan diminta tetapi sudah ditetapkan oleh Allah kepada kita yang sememangnya diciptakan sebagai hamba Allah.

Paling penting kita kena ingat, walau besar ,mana pun masalah kita , JANGAN sesekali kita persoalkan kepada Allah bertanyakan : “MENGAPA AKU SUSAH dan Tidak seperti orang lain yang hidupnya senang kaya raya ?”

Sekiranya kita bertanyakan hal itu maka jatuhlah Syahadah aqidah kita sebab mempersoalkan kepada Allah. Jika kita pernah berdoa seperti itu cepat-cepat kita insaf dan bertaubat.

Apa yang kita boleh buat sekarang ialah selalu fikirkan akhirat berbandingkan kehidupan dunia. Kaya akhirat maka berjayalah kita pada pandangan Allah. Jika fokus pada dunia sehinggakan sibuk memanjang dan waktu solat tidak dijaga sembahyang ikut masa kita, akan jadi lebih jauh kita dengan Allah.

Baru-baru ni Amaran Tsunami di Acheh terjadi disaat kita sedang sibuk mengejar dunia. Berapa ramai jutawan yang sibuk berurusniaga di Acheh dan sekiranya berlaku Tsunami dan ditakdirkan jutawan-jutawan tersebut meninggal dunia, jadi apa ertinya kesibukan yang dicari selama ini untuk mendapat kekayaan?

Seorang ustad memberitahu kepada saya, kita hidup ni biarlah sentiasa bersyukur. Maksudnya apa yang kita ada sekarang tak kiralah kalau kita duduk rumah sewa , kita bersyukur, kalau duduk rumah flat, pun kita bersyukur. Kalau ada rezeki lebih beli banglo Alhamdulillah. Bukan bererti kita sibuk kejar nak beli banglo sehingga buatkan kita lalai kepada Allah.

Jika sekarang kita pakai motor pun kita bersyukur. Jika ada rezeki alhamdulillah beli kereta. Bukan kita sibuk bagai orang gila kerja nak sangat pakai kereta mewah. Ada juga orang yang belum kenal erti kehidupan menghantar email kepada saya,

Dia merasa sedih dan kecewa sebab kawan-kawan dia semuanya dah kaya senang lenang dan ikut patut pada umur dia sekarang dia pun sepatutnya dah berjaya hidup senang.

Wahai kawan, setiap manusia dilahirkan membawa 4 perintah daripada Allah iaitu : HIDUPNYA , AJALNYA, JODOHNYA dan REZEKINYA. Jadi jika sekarang belum kaya, jangan bimbang, insyaAllah akan kaya asalkan selalu bersyukur. Mungkin tak kaya-kaya sebab selalu bersangka buruk dengan Allah. Mari kita istighfar.

Yang paling haru bila dapat email daripada orang yang mengatakan dia berhak untuk jadi Kaya dan jutawan tetapi dia tak jadi-jadi. Kembalilah lihat apa erti sebenar kehidupan ini dahulu. Adakah menjadi jutawan itu matlamat hidup ? Berapa ramai jutawan yang dah mati ? Dapat tangkap sedikit?

Baiklah, biar saya kongsikan satu cerita tentang kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman itu ada seorang imam masjid yang sentiasa membaca surah al-ikhlas sepanjang solat dan sewaktu menjadi imam. Sehinggakan ada sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW sendiri, mengapa imam tersebut hanya membaca surah al-ikhlas sahaja dalam setiap kali menjadi imam dalam solat.

Lalu Rasullullah SAW bertanyakan kepada imam tersebut. Maka jawab imam itu, beliau amat menyintai surah al-ikhlas. Sebab itu beliau membaca surah tersebut. Baginda Rasulullah SAW pun berkata kepada imam itu, mulai itu, imam tersebut dimudahkan segala urusannya oleh Allah dan termasuklah mudah untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika nak meninggal dunia.

Dalam surah itu ada makna yang sangat hebat Allah SWT mengingatkan kepada kita bahawa Allah itu Maha Esa iaini Allah itu satu dan Allahu Sammad beerti tiada apa lagi yang lain boleh memohon pertolongan selain daripada Allah. Ertinya, jika kita sedang pening kepala, kita memohon doa kepada Allah untuk sembuhkan sakit kepala kita itu.

Cuba anda baca betul-betul erti surah ini di atas ====>

Kemudian barulah ambil panadol. Bukan kerana PANADOL yang menyembuhkan tetapi Allah. Jika tidak akan jatuh syirik. Selalu mohon kepada Allah jika ada masalah bukan mencari manusia lain untuk bantu selesaikan masalah kita. Orang , barang, panadol adalah perantaraan dan yang menyembuhkan atau menyelesaikan masalah kita hanyalah Allah.

Itulah kelebihan surah al-ikhlas. Jadi barang siapa yang mengamalkannya akan mudah keluar dari masalah yang dihadapi kerana itu janji Allah bagi sesiapa yang mengingatiNya dengan selalu menyebut nama-namanya.

Bagaimana amalan yang bagus untuk mengamalkan surah al-ikhlas ? Perbanyakkan baca setiap kali selepas solat baca sekurang-kurangnya 10 kali. InsyaAllah, apa jua masalah, ursusan akan dipermudahkan biar sebesar mana masalah anda. Semoga perkongsian pengalaman saya ini memberi manfaat buat anda. Amin ya robbalalamin.

 

Tinggalkan Komen Anda

*

Ummi Aiman

April 12, 2012 at 10:15 pm

SubhanaAllah…. Tanda Keesaan Allah….