Archive for February, 2012

29
Feb

Langkah Perlu Dilakukan Sebelum Menjadi Kaya

Assalamualaikum WBT,

Agak lama saya tak update sebab pergi ke selatan (JB) untuk kursus dan urusan perniagaan. Pandangan pada setiap tempat yang saya pergi banyak peluang sudah terbentang. Biarpun beribu peluang ada depan mata tetapi kalau resipinya tak betul, jadinya gagal juga masakannya.

Baru-baru ini, ada orang beritahu yang dia bekerja tetapi tidak ada gaji. Tetapi hakikat sebenarnya bukan tak dapat gaji tapi gajinya habis untuk bayar hutang. Hutang melebihi gaji memang buatkan hidup kucar kacir. Simpanan habis dan tak ada lebihan untuk belanja lain-lain atau nak bawa keluarga pergi …

Read More

24
Feb

KURSUS TENDAI DI JOHOR BAHRU

Hari ini sudah mula bersiap untuk berangkat ke Johor Bahru untuk mengadakan kursus Pengijazahan Tendai di Johor Bahru pada Ahad (26 Feb) ini bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Bangunan MPC Bandar Baru Uda. Selama ini saya tersebut NPC….rupa-rupanya M tu mewakili Malaysia. Suasana pembelajaran yang santai, relaks dan penuh dengan pengembaraan ke dimensi spiritual….insyaAllah.

Bila outstation, sudah tentu saya tidak membuka internet kerana sibuk membuat training dan melawat kawasan. Selain buat kursus di Johor, ada juga sambil-sambil meluaskan projek emas di sana. Setakat ini ada beberapa consultant …

Read More

22
Feb

BUAT PENYELARASAN AYAT SERIBU DINAR PADA AIR MINUM

Assalamualaikum WBT,

Kali ini saya ingin kongsikan satu petua untuk ahli-ahli Tendai mengakses kekayaan dan kerezekian melalui kaedah olahan nafas dan penggunaan media air.

Baru-baru ini seorang Ahli Tendai bertanyakan, bolehkan dia melakukan pengaksesan energi setiap kali pergi ke bank semasa memegang duit untuk bankin. Jawabannya tentu sekali.

Lagi kerap gunakan energi tendai lebih kuat energi dipertingkatkan. Bukan belajar tendai kemudian tunggu sesuatu berlaku dalam hidup. Perlu gunakan selalu.

Tujuan akses energi apa jua adalah untuk selaraskan diri dengan  benda yang kita sangat impikan. Jika duit maka duitlah yang akan datang. …

Read More

18
Feb

BERNIAGA IBARAT MEMANCING IKAN


Assalamualaikum WBT

Anda kaki pancing seperti saya (dulu lah) ? Kalau ya mesti tahu bukan terus senang dapat ikan . Kena pandai strategi dan ada kelengkapan. Yang paling penting sabar perlu kuat. Kadang-kadang pergi memancing ikan tak dapat dan yang untung siapa ?

Nyamuk juga untung sebab dapat hisab darah. Dalam berniaga, sabar dah jadi makanan rutin. Saya pernah di ajar dulu masa buat sales. Kalau tak ada jualan hari itu, tak ada duit makan. Maksudnya tak makan. Duit semua pegawai yang pegang.

Itulah yang buatkan desperate nak dapatkan bisnes. Nak hidup …

Read More

17
Feb

MEMBERSIHKAN RUMAH DARI ENERGI NEGATIF

Assalamualaikum WBT,

Baru ada kelapangan untuk menaip update blog ini. Istilah pertanyaan bila free tak ada dalam kamus harian. Baru-baru ni mendapat projek untuk membekalkan pekerja ke syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja.

Memandangkan dah memang ada kepakaran dalam bidang itu jadi buat sahaja projek bekal tenaga pekerja asing. Alhamdulillah…

Emas pula ada promosi yang luar biasa. 3% bulanan duit hibah boleh terima. Hanya beli untuk diri sendiri banyak daripada promosikan kepada pelanggan emas. Masa yang diberi terlalu suntuk hanya seminggu sahaja.

Bila balik rumah sahaja, mula membuat karangan buku yang bakal nak diterbitkan …

Read More

14
Feb

FAKTA PENTING TENTANG EMAS

Emas Logam Berharga
“Kita mempunyai emas kerana kita tidak boleh mempercayai Kerajaan.” Presiden Herbert Hoover

Ciri-ciri emas

Emas ialah unsur kimia yang hanya boleh didapati dan tidak dikeluarkan. Emas dikenali kelangkaan, kelembutan, ketumpatan, dan baik dalam kekonduksian elektrik. Sehingga hari ini, sebanyak 161,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, 2009 (National Geographic: “Harga Tanah Emas” oleh Brook Larmer).

Ini adalah lebih kurang bersamaan dengan 5,175 bilion auns troy. Berikut adalah ciri-ciri beberapa emas:

Kimia simbol: Au
Tiada atom: 79
Berat atom: 196,967
Graviti tentu: 19,32
Kekuatan tegangan: 11.9
Takat lebur: 1063 ijazah
Kekerasan (Brinell): 25

Karat Emas Penukaran

Karat adalah ukuran kesucian emas dalam …

Read More

13
Feb

SOLAT JEMAAH MENARIK REZEKI

Assalamualaikum WBT,

Setelah 3 tahun saya menetap di kawasan rumah saya di sempadan Sepang, saya menyertai kariah masjid di sana. Selama 3 tahun itu saya dapat mengenali beberapa orang yang kerap solat jemaah di masjid.

Apa yang orang cakap sebelum ini memang terbukti bahawa solat jemaah di masjid atau di surau boleh membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Setiap kali ada majlis yang nak dibuat di rumah kariah, contohnya majlis tahlil, doa selamat dan kesyukuran , saya dijemput ke rumah mereka.

Bila sampai ke rumah mereka, Subhanallah… ada yang mewah, ada yang besar, kalau …

Read More

11
Feb

GAJI DARI BANK GHAIB

Assalamualaikum WBT,

Lepas dah ubah suai kedudukan perabot dalam rumah baru ada rasa aura masuk. Maksudnya setiap tahun kalau boleh ubahsuai sikit posisi perabut dalam rumah untuk buat perubahan pada kehidupan dan ekonomi.

Sebab itu kalau kita tengok kedai-kedai sanggup berhabis beratus ribu setiap tahun untuk buat ubahsuai dan renovation. Kita sendiri saksikan Mcdonald dan KFC selalu berubah wajah padahal tempat tu kalau namanya Mcdonald orang tetap datang.

Posisi perabut kalau boleh jangan letak menghalang pintu. Biar depan pintu kosong tak ada kerusi atau meja atau almari. Itu laluan angin. Angin …

Read More

10
Feb

WONG FEI HONG TOKOH ISLAM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.

Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung …

Read More

08
Feb

MELETAKKAN GAJI SENDIRI

Assalamualaikum WBT,

Sejak kebelakangan ini memang payah nak update blog ni. Sibuk menguruskan belian emas pelanggan-pelanggan emas hibah yang ada offer dapat setiap bulan 3% yang berakhir hari ini. Maaf ya saya kongsikan lambat.

Sebab bukan mudah nak uruskan belian emas tersebut. Perlu menunggu lama untuk mendapatkan nombor giliran. Terlalu ramai manusia nak mengambil peluang dapat 3% setiap bulan. Kalau beli RM 1juta bermakna hibah dia sebulan RM30,000. Mengalahkan gaji CEO syarikat multinasional.

Hari ini saya nak kongsikan tips percuma bagi yang berminat untuk melaksanakannya. Mengapa baru sekarang saya nak konsgikan tips …

Read More

06
Feb

Jodoh Dan Perkahwinan

Assalamualaikum WBT

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman sedikit dan sedikit ilmu tentang bagaimana nak mendapat jodoh. Saya percaya, ramai pembaca blog ini terdiri daripada orang yang bujang.

Sebab ramai juga yang bertanya dengan saya bagaimana nak mendapat cinta sejati yang sehingga membawa ke alam perkahwinan. Mencari cinta sejati bagi bahasa orang biasa memang bukan senang.

Percayalah. Sebenarnya tidak wujud cinta sejati. Sebelum berkahwin mungkin cinta sehangat gunung berapi tetapi selepas berkahwin perasaan cinta tidak ada lagi.

Ataupun sebelum kahwin dan selepas kaHwin cintanya sehangat api yang membara. Tetapi apabila salah seorang yang …

Read More

05
Feb

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2012

 

Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan nikmat yang paling agung iaitu menjadi orang yang beriman.

Selawat dan salam buat junjungan tercinta yang telah memberikan keteladanan yang  tarbaik dalam segala hal dalam kehidupan terutama keteladanan yang mulia untuk para pendakwah sepanjang zaman.

Tidak lupa kepada generasi Al-Quran yang menyelusuri jalan amal Islami mengembangkan Islam sehingga kini.

Hari ini , saya ingin kongsikan keikhlasan dan akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita sebagai pengajaran. Semoga kita memahami apa ilmu yang …

Read More

03
Feb

BERTAUBAT BOLEH MENARIK REZEKI

Assalamualaikum,

Ada sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, sabdanya:

” Sesiapa memperbanyakkan mohon keampunan (beristighfar) maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkanya.” ( Hadith Riwayat Abu Dawud)

Agar rezeki semakin bertambah dan barakah, kita perlu bertaubat kepada Allah. Inilah penyelesaian yang selalunya orang akan anggap aneh.

Mereka rasa ia tak ada kaitan antara bertambahnya rezeki dengan bertaubat. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda apa kaitannya taubat dengan rezeki.

Kita sebagai orang Islam bukan sahaja niat untuk tambah rezeki bila taubat tetapi mengharapkan …

Read More

02
Feb

MENGAPA SAYA SUKA BERKONGSI TENTANG EMAS

Assalamualaikum wbt,

Gambar di atas adalah risalah yang saya dan group saya edarkan untuk berkongsi peluang keEMASan dengan orang ramai. Hanya dari sehelai kertas mungkin boleh merubah kehidupan orang. Mungkin anda pernah dengar ayat itu jika anda selalu dapat risalah MLM.

Jangan salah anggap, ingat buat MLM sahaja yang guna risalah (Fliers). Semua bisnes guna fliers baik Mcdonald, pizza hut, giant, carefore, seng heng…ceramah agama, jual kereta, jual rumah. Risalah emas ? Sekarang ini belum HOT lagi. Jarang jumpa. Insya Allah lepas ini jadi HOT.

Hari ini dah masuk bulan Februari yang …

Read More

01
Feb

KURSUS TENDAI FEBRUARI

Selamat Hari Cuti Wilayah ( bagi yang bekerja di Wilayah Persekutuan). Bulan Februari ini lebih pendek jangka masanya. Diam tak diam, pada 15 haribulan ini kursus tendai akan di adakan lagi sekali di Putrajaya dan 26 hb Februari akan diadakan di Bandar baru Uda , NPC Johor Bahru.

Pendaftaran boleh dibuat di www.KursusTendai.com untuk mendapat pengijazahan serta membangkitkan potensi dalaman. Insya Allah, segala urusan dipermudahkan. Orang lain mencari jawapan rahsia kehidupan. Dalam kursus ini , anda akan didedahkan dengan kekuatan dalaman dan kerohanian.

Alumni yang dah hadir …

Read More