18
Jan

Trend Pakai Beg Porch

Assalamualaikum Wbt.

Alhamdulillah website hadzrin.com ni sudah dipulihkan dengan izin Allah. Hampir setengah tahun tak update perkongsian ilmu manfaat buat para pembaca dan pelawat web ini. Tentu sekali banyak benda yang saya nak kongsikan lepas-lepas ni. Wallahualam.

Dalam post saya yang lama-lama ada saya kongsikan cara nak simpan dompet . Kalau boleh jangan letak dompet di belakang atau di kocek belakang seluar. Simpan di kocek hadapan.

Ramai orang yang simpan di kocek belakang duitnya selalu bocor atau duit susah nak datang. Cuba amalkan letak dompet di kocek hadapan.

Saya mula menggunakan porch sejak mula niaga emas. Saya lihat taukey-taukey emas dan pemilik kedai emas ramai yang guna porch. Mungkin dalam beg depa tu ada berkilo emas simpan.

Masa sebelum pakai porch dulu saya masih ingat lagi. Satu gram emas pun saya tak ada. Nak beli satu gram masa tu pun RM200. Tengok orang kaya pun pakai porch saya pun cubalah trend dengan memakai beg porch pulak.

Selama ni letak dompet dan handfon di kocek depan. Rasa tak selesa pulak bila berjalan. Jadi saya mula beli porch yang murah. Waktu tu bajet memang ngam-ngam (cukup-cukup). Lepas beli porch, semua barang dompet , handfon, kad semua bubuh dalam.

Mula-mula pakai rasa macam orang niaga jual ikan kat pasar. tapi peduli ler. Janji selesa. Memang banyak perubahan lepas pakai porch ni. Sedikit sedikit stok emas bertambah. Rezeki pun bertambah.

Tapi yang jelas dan nyata, kad tak rosak macam kad bank, kad pengenalan, dompet dalam tu pun tak rosak, duit pun tak buruk. Kalau letak dompet kat belakang duit tak sempat nak buruk dah keluar dari dompet.

Sampai satu ketika, dalam dompet tu ada macam-macam sampai berbonjol besar. Macam bawa perut pula bila dah besar porch tu. Mana taknya, dalam porch ada macam-macam. Ada minyak wangi, garam, emas, mancis, duit syilling, kompas, handfon, tasbih, kupiah, cincin, batu, …setakat yang ingat.

Tak lama lepas tu, saya invest sikit beli beg porch kulit. Bagusnya guna jenis kulit ni kalau sumbat macam-macam ia tetap nampak kempis. Isi kandung yang sama di porch lama saya masukkan di porch kulit ni, baru nampak elegan sikit.

Lepas dah beberapa bulan saya pakai porch ni, baru dapat tahu, ramai jutawan yang saya kenal pun pakai porch. Untuk lelaki memang sesuai pakai porch. Perumpuan pakai handbag dah memadai. Sebab itu orang perumpuan lebih pandai simpan duit berbanding lelaki yang letak di belakang dompetnya

Tak perlu tengok jauh-jauh. Kawan-kawan yang ikut pakai porch pun nampak ada perubahan yang sama. Ada yang minta tolong modifiedkan porch depa. InsyaAllah, suatu hari nanti, kalau ada jodoh, saya akan keluarkan produk beg porch pula.

Anda nak cuba trend pakai porch ni ? Sebelum dapat pakai Porche, kita pakai porch dulu…

Jumpa di post akan datang. (Jangan lupa klik di Feddburner di atas untuk dapat secara langsung update terkini)

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

tamim

January 19, 2012 at 2:26 am

pasni master boleh buat beg porch biomagnetik plak..heheh

MOHD ZULKIFLI BIN OSMAN

January 21, 2012 at 4:38 am

INSHA-ALLAH.LUAR BIASANYA ENERGI MENGALIR MANTAP.TAHNIAH TUAN MASTER HADZRIN.AMINNNN.

norimin

January 21, 2012 at 5:41 pm

jom kita pakat pakai porch bag,buat brand JMG lagi power!

Halim

January 31, 2012 at 8:22 am

Master, porch = anjung, pouch=kantung. beg anjung/beg kantung.hehe : )

    masterbloguser

    January 31, 2012 at 9:29 am

    hahaha..asal bunyi sama udah le