27
Jan

Menetapkan Matlamat 5 Tahun Dari Sekarang

Assalamualaikum Wbt,

Apa khabar hari ini ? Hidup kita ibarat macam roda. Hari semalam bagus, kelmarin ceria, hari ini selsema sekejap. Itu semua proses kehidupan.

Tak ada orang yang happy sentiasa. Sedangkan suami isteri juga boleh bertengkar pada satu ketika ini pula kehidupan. Paling bagus waktu diduga itulah saat untuk kembali bertafakur.

Waktu terima cemuhan, kena marah, kena kutuk, kena sakiti hati…..senang cerita masa kita susah, kita akan rasa kecewa dan tidak bersemangat. Kalau nak difikirkan selalu masalah bukan dapat selesaikan segera. Jalan paling selamat dan senang sekali bila ada masalah ialah mulai tukar fokus.

Jangan fokus pada masalah sebaliknya fokus pada Allah. Daripada ingat masalah lebih baik ingat Allah. Sebenarnya waktu ada dugaan dan cabaran itu Allah nak kita merujuk dan kembali kepada dia.

Macam saya cakap tadi, tak ada orang yang sentiasa gumbira dan bahagia. Mesti ada hari yang dia diduga. Contohnya kalau dia meniaga, sales dia drop. Pelanggan tak ada. Duit tak cukup.

Bukan tak ramai orang yang masa tengah susah mulai nak pergi ke surau dan masjid. Baru nak mulai sembahyang jemaah. Kalau tak ada kereta sanggup jalan kaki ke masjid dan surau.

Masa tengah susah solat selalu menangis. Memang saya kenal ramai orang yang begini sangat rajin ke surau atau masjid semasa susah. Tahu lepas itu apa berlaku ?

Kebanyakan orang yang begini Allah mula berikan jalan untuk berjaya dan bangkit semula. Kalau dulu ada kereta kemudian jatuh bisnes tak ada kereta, Allah berikan semula nikmat ada kereta.

Mulai hidup senang, ada duit, banyak harta semula. Tetapi bila dah senang, dah kurang pula nak ke surau atau ke masjid. Alasan yang diberi ialah sibuk banyak kerja. Banyak appoinment. Banyak orang yang nak jumpa untuk bagi rezeki lagi.

Bila jatuh semula , baru mulai pergi ke surau atau ke masjid. Begitulah roda kitaran kehidupan kita yang hanya memikirkan masa sekarang berbanding masa yang kita akan hidup selama-lamanya.

Tak salah nak jadi kaya tetapi yang paling utama ialah kekalkan perhubungan kita dengan Allah. Walaupun dah mula hidup senang, ikhtiar sebaik yang boleh jika solat itu menangis bersyukur kepada Allah.

Jika masa susah amat mudah nak menangis masa solat, bila senang masa solat memikirkan kerja yang nak diselesaikan. Nak menitis air mata memang sukar masa senang.

Sebenarnya kita perlu maintain dalam kehidupan kita. Memang dituntut untuk mencari kekayaan tetapi dalam masa yang sama ikhtiar juga untuk tunaikan tanggungjawab kita kepada Allah.

Saya seru kepada diri saya juga, dalam hal ini kita banyak leka dan lalai. Saya juga bukan ahli ibadah tetapi sentiasa mohon kepada Allah untuk beri kemudahan menjadi seorang Ahli ibadah.

Saya minta maaf jika ada yang nak berurusan dengan saya pada waktu malam. Sebenarnya waktu malam saya akan gunakan untuk persiapan diri saya dan lakukan benda-benda yang jadi kewajipan untuk diri saya.

Akan datang saya kongsikan dengan anda apa yang wajib kita buat untuk masuk syurga. Selama ini kita fikir dengan melakukan solat 5 waktu yang wajib untuk diri kita. Sebenarnya ada lagi perkara yang dituntut boleh jadi wajib dibuat. Bukan saya seorang ustad atau seorang ulama, tetapi saya kongsikan apa yang ulama sampaikan kepada saya.

Jadi, untuk menjadi kaya jalan pertama yang kita perlu buat ialah membuat perhubungan baik dengan Allah. Mengapa begitu ? Kerana rezeki yang diturunkan, kekayaan yang di beri semuanya dari Allah.

Tajuk post kali ini tentang 5 tahun menetapkan matlamat bermakna sepanjang proses anda nak capai segala cita-cita , dalam masa 5 tahun adalah yang ideal. Jika ada perancangan nak beli banglo RM2 juta, 5 tahun memang logik berbanding 5 hari atau 5 minggu. 5 Bulan hanya bagi yang istimewa.

Maksud istimewa atau bertuah ni kalau dia menang gores dan menang atau cabutan bertuah atau menang peraduan dapat banglo  2 juta free. Bagi orang yang biasa-biasa seperti saya , 5 tahun adalah yang ideal.

Bayangkan hari ini anda menetapkan matlamat anda. Dalam masa 5 tahun nak dapatkannya anda akan lalui macam-macam jalan. Anda akan diberi banyak peluang , banyak ilham, banyak gangguan.

Dapat peluang dalam MLM ? Fikir dulu masak-masak kemampuan anda. Jika anda sanggup, sabar, sacrifice ada…anda boleh pilih jalan itu. Kalau anda nak pilih, boleh atau tidak anda dapat luangkan masa sembahyang jemaah di surau atau masjid?

Saya pun sama-sama usaha untuk perbaiki diri agar dapat laksanakan perkara ini. Sebenarnya kalau tak keluar malam pun boleh jadi kaya. Contohnya macam orang bukan Islam namanya Warren Buffet, lelaki paling kaya didunia.

Waktu malam dia hanya menonton TV sambil makan popcorn dan tidur awal. Donald Trump pun sama tidur awal bangun jam 4 pagi. Tetapi kalau kita lagi menyeronokkan. Malam dapat bermunajat dengan pencipta kita.

Seperti pertemuan sang kekasih yang sentiasa menunggu kehadiran kita di waktu malam. Mari kita sama-sama minta perasaan seperti ini. Setiap malam tak sabar nak bangun pagi untuk bertemu kekasih kita.

Maaf kan saya jika anda tidak berapa faham. Saya tahu ramai yang nak hidup senang dan hidup kaya. Saya jika boleh nak juga bersama-sama anda mencapai kejayaan dan melihat anda juga mendapat kejayaan.

Tetapi saya paling khuatir dan takut disaat kita sibuk nak mengejar impian dan cita-cita yang kita sasarkan dalam masa 5 tahun itu, umur kita tak kesampaian.

Link berkaitan :

Tendai jalan pantas mancapai impian dan matlamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

norimin

January 27, 2012 at 3:59 pm

sudah mula faham apa matlamat kehidupan,terima kasih atas bimbingan dan nasihat..ingat mengingati antara satu sama lain amat perlu,sebab diri ini mudah lupa..bersyukur kerana dikelilingi oleh orang2 yang mengingatkan kita kepada PENCIPTA

sakina

January 29, 2012 at 8:42 am

Setelah saya mengikuti dan mengamalkan tendai, matlamat hidup saya lebih jelas dan pada masa yang sama lebih mendekatkan diri saya kepada Allah. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan dipelihara iman kita serta sentiasa ingatkan Allah.

Halim

January 29, 2012 at 8:44 am

sakina = Halim, : )