31
Jan

KEMUSNAHAN YANG DASYAT

Gambar di atas jika kita lihat seakan bunga ros berwarna merah tetaoi ia sebenarnya adalah bintang yang meletup sehingga letupannya dapat dilihat melalui teleskop Hubble. Dari mata kita ia seperti keindahan cahaya tetapi cahaya itu adalah letupan api yang dasyat sehingga memusnahkan apa sahaja yang ada disekelilingnya.

Andainya jika bumi berada berhampiran bintang yang meletup itu nescaya bumi juga hancur dan yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah Allah.

Gambar ini dirakam pada tahun 1999 dan sudah lebih 10 tahun ia diambil. Cahaya itu belum lagi tiba ke bumi. Padahal letupan bintang tersebut sudah berlaku ratusan ribu tahun yang lalu dan kelajuan cahaya letupan yang dalam perjalanan ke mari mengambil masa 300,000 tahun cahaya.

Apa ertinya ini jika 300,000 tahun perjalanan cahaya masih lagi belum tiba di bumi kita ? Sedangkan kereta yang kita pandu kelajuannya setakat 200 km/j. Kelajuan cahaya ibarat sekelip mata sahaja tetapi ia memakan masa 300,000 tahun kelajuan cahaya.

Jika menaiki kereta, berapa billion atau trillion tahun harus sampai ke bintang tersebut? Apa maknanya semua ini ?

Inilah menandakan kebesaran Allah yang Maha Besar dan Maha Agung serta Maha Mentadbir. Bintang-bintang adalah makhluk Allah yang besar patuh dan tunduk kepada Allah. Apa lagi kita yang hanya mempunyai rumah besar dan kereta besar atau pangkat besar.

Masih ragu akan  kebenaran bahawa Allah itu Tuhan yang menjadikan alam semester yang lapisan langit pertama yang kita boleh lihat dengan langit warna hitam ini sudah dihuni oleh bertrillion bintang dan matahari. Belum lagi lapisan langit yang kedua sehingga lapisan langit yang ketujuh.

Inilah bukti ayat Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW yang ketika zaman baginda, tidak ada Teleskop Hubble. Yang ketika itu jika Nabi Muhammad menceritakan bagaimana kejadian alam semester ini tidak dapat dibuktikan dengan Sains tetapi para sahabat tetap beriman walaupun tidak memahaminya.

Kini, kita sudah melihat kebenaran dengan sains dan baru kita sedar bahawa sebelum ahli saintis menjumpai bukti ciptaan Allah, Nabi Muhammad SAW sudah menceritakan melalui mukjizatnya.

Ini kerana Al-Quran itu adalah Qalam Allah. Bukan cerita yang direka-rekakan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia adalah kebenaran dan sesiapa yang ikut dan beriman, dia akan berjaya dunia dan akhirat.

Inilah bukti kebenarannya , ayat al-Quran:

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً۬ كَٱلدِّهَانِ

Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti [kilapan] minyak.

Ar Rahman (55): 37

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.
Dikatakan bahwa gambar ini, yang merupakan hasil tangkapan dari Teleskop ruang angkasa Hubble, menunjukkan bahwa jika nanti bintang meledak, maka hasilnya adalah warna merah seperti mawar. Bahkan dalam beberapa pendapat, dinyatakan bahwa seharusnya gambar ini, – sebuah nebula -, seharusnya dinamai ‘Oily Red Rose Nebula’ (Nebula Mawar Merah yang Berkilap), agar sesuai dengan arti ayat di atas.

Dalam ayat itu disebutkan langit yang terbelah. Apakah ini gambar langit? Sumber dari NASA/Hubble menyatakan bahwa itu adalah hasil ledakan sebuah bintang. Dari bumi, ia hanyalah bagian amat kecil dari langit. Bahkan hampir tak terlihat oleh mata kepala.

Allahuakbar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

daudmabob

January 31, 2012 at 10:14 am

SubahanaALLAH……

iezat

January 31, 2012 at 4:08 pm

Allah Maha Besar!!!